Monday, May 25, 2009

Positifkan hari & hargai mereka yg menghargai anda!

Lama dah menulis...rasa jgk nak menulis sesuatu...sambil luahkan sesuatu..erm....ya...positif...Mulakan setiap hari dengan perasaan dan minda yg positif...akhiri juga hari dengan pemikiran dan perasaan yang positif..Perasaan dan Minda yg positif ketika bermulanya hari sangat banyak mempengaruhi karekter kita seharian dan banyak membantu mempermudahkan kerja buat kita. Pelihara perasaan positif ini sebaiknya dengan sentiasa berlaku baik, murah senyuman dan yang penting bersangka baik dengan setiap insan. Sangkaan yang berupa negatif umpama magnet yang akan tertarik kepada kita kembali....misalnya,kita merasa tidak senang dengan si A kerana sombong, dalam hal ini,kita sendiri yang mewujudkan perasaan itu dalam diri kita sedangkan si A langsung tidak tahu menahu tentang perasaan kita terhadapnya...Si A, melalui hari-harinya dengan tenang tanpa gangguan. Jangan ganggu perasaan positif ini, kerana ia akan mengundang rasa kurang enak,muram,masam dan akhirnya,jika tidak dapat dikawal dengan baik,ia mungkin juga boleh menyebabkan kemarahan.

....Setiap manusia punyai perasaan dan karekter yg tersendiri yg kadang mungkin sukar utk mereka yg lain fahami...ya..mungkin senang dan mungkin juga sukar...perasaan manusia kadang sukar utk diramal..paginya ceria...petgnya suram pula.....paginya duka..malamnya ceria..begitulah kitarannya...setiap peristiwa yg berlaku dalam kehidupan seharian memberikan kesan kpada emosi dan ingatan kita. Bagi sesetengah daripada kita...perasaan mungkin sukar utk diluahkan...jika diluahkan mungkin mengundang rasa kurang enak utk didengar,dilihat atau dirasa oleh mereka yg lain...dan mungkin langkah memendam rasa itu yg baik bagi melupakan atas apa perkara yg berlaku....Perasaan2 positif ini mungkin boleh diganggu,mungkin perkara2 kecil lantas ia terasa sebagai beban lain yang terpikul...untuk itu, sbelum tidur..maafkan insan2 yang mungkin melakukan kesilapan kepada anda...bersangka baik kepada semua org...kerana kita bukanlah mereka, apa yang kita fikirkan mungkin tak sama dengan apa yang orang fikirkan, apa yang kita fahami mungkin sedikit berbeza dengan apa yang sahabat kita faham..dan,jgn biarkan ia menjadi sebagai konflik utk diri anda dan mereka...dan hargai mereka yang sentiasa menghargai diri anda, maafkan dirimu dan diri-diri mereka sebelum mata terpejam utk malam ini...agar dirimu sentiasa positif utk keesokan harinya.... ;>

dan Kerana 'DIRIMU' begitu berharga.... ;>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...