Thursday, November 20, 2008

Macam-macam

Lama xmenulis…tengah2 mengantuk pulak ni…alhamdulillah,hari ni siap lagi satu web ecommerce. Pelbagai masalah teknikal dengan server..benda yang boleh siap kejap je…jadi lama…xpe2…biasa laa..benda2 yang unexpected ni banyak je. Pagi tadi Dr.Hanita dengan Dr.Zaiton belanja breakfast..kitorang makan je ramai2 tadi kat sungai pusu…save dah skit kat situ..then balik studio, kitorang review balik masterplan and few proposal untuk design rumah kos rendah.So far, ada dalam 4-5 proposal design rumah….ade 2 team yang jalan untuk buat design…so come out dengan approach yang berbeza2 jgk….i’m incharge in planning the layout for the village…huhu…macam bagus..entah ape2 je design..ok laa…dapat belajar skit2…best jgk terlibat dengan real project camni..xdelaa rasa macam membazir je keerje…hehe..xdela..ok je

Nak balik? nak balik Terengganu pun xtau lagi bile…tarikh nak present kat dean pasal proposal ni 23hb..means extent lagi tarikhnya…25hb kene buat kerje2 lain pulak pasal marketing baju…sbb nak kene ade jgk sale utk bulan ni…kalau x…sakit…

Balik dalam awal bulan 12. Tp rasalah…mmg xbleh duk diam ni…bukak sem dalam 20hb…montage ade satu kene siap at least by 10th….bukak sem kene siap montage satu lagi…utk kuliyyah economic…hayyaa….mana mau lari…tadi pulak tiba2 je berdering telepon…suruh buat design fliers….camner ni…camner…xde orang nak tolong ke ana? orang ’sana’ camner? ok ke? hehe…xde la….ok je..boleh je siapkan…tp menangislaa…ok laah…rasa macam nak berehat sekejap..

Friday, November 14, 2008

Mengapa perlu menjadi pendengar yang baik?

Pernah anda baca novel atau menonton drama,, kemudian teresak-esak,menitiskan air mata dan sebagainya? Sebab apa?
Seorang penulis yang baik adalah penulis yang menulis dan juga menjadi seorang pembaca. Seorang doktor yang baik adalah doktor yang memahami ketakutakan yang dialami oleh setiap pesakitnya, seorang guru yang baik adalah guru yang memahami kelakuan dan kemampuan setiap anak muridnya dan kawan yang baik adalah mereka yang dapat menjadi pendengar yang baik.

Mengapa perlu menjadi pendengar yang baik? Ya…untuk menjadikan kita lebih faham akan situasi yang dialami oleh orang yang bercakap dengan kita. Kaunselor adalah contoh pendengar yang baik.Sebab tu orang senang bercerita masalah dengan mereka.

Cuba anda bayangkan, bila anda bercakap kawan anda tidak mendengar..Kadang buat-buat dengar, kadang-kadang bermain SMS ketika kita bercakap, dan tidak dengar betul-betul apa yang kita cakapkan, sedangkan kita sedang bercakap denganya.Apa perasaan anda? Marah? Geram ?

Jadi macam itulah perasaan orang lain kalau masa bercakap kita tak jadi pendengar yang baik.Walaupun untuk cakap-cakap biasa, sembang-sembang…kita wajar untuk setiap masa menjadi pendengar yang baik walaupun dengan sekadar menganggukkan kepala,mengiyakan ataupun memberikan sedikit respon kepada orang yang bercakap walaupun mungkin tidak selalu menyenangkan kita.

Sunday, November 9, 2008

Sungai Pisang

Sebelum berangkat pergi ke Kelantan, smalam sempat lagi kitorang merancang untuk pergi picnic sama-sama ke sungai pisang.Tempatnya boleh tahan jugak jauhnya, lebih kurang 30-40 minit jarak perjalanan daripada alang sendayu,memang kene jalan kaki la…pagi sebelum bertolak tu,pekena nasi lemak sungai pusu dulu…banyak sungai daa kat sini..hehe..lepas tu baru pergi 2 buah kreta.

Ait terjun die best jgk..ni first time datang sini…tengok pd tempat tu..sesuai benar kalau nak buat camping,tapak luas n selesa jgk la…lepas mandi2 tu ade la skit gambar2.buat style masing2.Terjun sana terjun sini,mula-mule kite tak berani jgk nak terjun2 ni….ye laa takut kene batu ke ape ke…dah try sekali..mahu lagi..hehe…

Dalam jam 12.30 kitorang bertolak balik n singgah makan dekat simpang tu pekena nasi goreng ayam garing,dah kenyang tu balik laa kolej….erm..Selesai solat tu,kene keringkan kamera….tadi basah….wap air n sejuk….bimbang jgk takut2 rosak….tengah2 keringkan tu..tiba2…tertidur pulak sampai ke asar…
huhu..penatnya tu…agakla…then solat , terus ke studio sambung kerje2 yg berbaki lagi…
Pagi ni,kitorang team planning ni akan pergi ke Kelantan bertolak dalam jam 9 pagi ni…:> jalan2 pun ade jgk ni..main2 pun ade jgk ni…hehe..tp apa yg penting ialah balajar…k…takat ni je laa…C U…

Friday, November 7, 2008

Wanita kini, pakai tudung tapi…

Ramai wanita kini tak sedar yang mereka banyak membuat kesalahan. Tidak? bukan semua, dalam berpakaian, mungkin ada sebilangan yang dirasakan tak mengapa, remeh, alah biasa, orang lain pun macam tu juga, tapi sebenarnya tak betul. Sudah la akan mendapat dosa akibat perbuatannya itu, kemudian orang yang melihatnya pun akan mendapat dosa sama. Kamu menyebabkan orang lain mendapat dosa! Apa kes ni?

1. Pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam Quran, Allah menyuruh wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Lagi dahsyat, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat sehingga menampakkan bentuk punggung. Apakah tidak ada perasaan malu ke?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Apabila berjalan, terserlahlah bentuk lenggok badan. Adakah ia satu kebanggaan apabila ramai yang melihatnya?

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? sudahlah tidak memakai stokin!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian, berhias untuk lelaki yang bukan suaminya. Bau taknak kalah,tengok lah dekat studiotu ..2 3 batu pun masih berbau lagi..Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu, ade lagi yang meluat bila suka untuk membuat aksi mengada-mengada..takkan menyampah!

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas, pusat beli-belah, suka pula belajar bersama-sama,kononya bantu-membantu,aku buat yang kau,kau buat yang aku…apa ni?. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Ini semua untuk menarik perhatian orang lain. Kan cantik kalau orang tengok kita sopan, berbudi bahasa dan pandai menjaga pergaulan dengan orang lain, lebih-lebih lelaki :>

Tuesday, November 4, 2008

Tawakkal

Hari ni habis satu paper, subjek Urban & Regional Planning. Ramai betul yang mengeluh, tak kurang juga yang menyumpah-nyumpah kerana soalan yang diberikan sukar dan payah untuk dijawab. Soalan spot pula tak keluar seperti yang dijangka. Semalaman tak tidur ulangkaji pelajaran.
Ini sebenarnya perkara biasa je, adalah satu lumrah yang mesti seorang yang bergelar pelajar akan lalui.Tapi bukan begitu cara mengatasi, walaupun soalan yang diberikan tak dapat dijawab dengan begitu baik.
Selalu berfikir positif.Itu je jawapan dia…bila ada je perkataan negatif yang keluar dari mulut kita, mood kite pasti akan berubah untuk baki hari itu,jangan hilangkan mood anda !
Pendek kata macamnilah…study..kita dah studi dan kita dah usaha..Exam pulak…kita dah jawab da sebaiknya…biarlah susah dan tak berapa nak betul kita jawab tu kan? Lastly…erm..ini benda yang selalu budak-budak/orang kita lupa lepas berusaha…tawakkal…serahkan semua tu kepada Allah..
Have a nice day ! Esok ada satu lagi paper…..Theory of Architecture….Jom baca!

Monday, November 3, 2008

Iktilat

Ikhtilat bermaksud “pergaulan (atau percampuran) antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.” Maksud ikhtilat di sini tidak terhad kepada percampuran seorang lelaki dengan seorang perempuan pada sesuatu masa di tempat yang sama tetapi meliputi juga keadaan di mana beberapa lelaki bercampur dengan beberapa perempuan.

Maksud percampuran di atas adalah apabila mereka mendapat peluang dalam percampuran itu untuk saling memandang, bercakap atau saling memberi isyarat antara satu sama lain. Oleh itu, percampuran yang berlaku antara perempuan dengan lelaki ajnabi, dalam bentuk apapun juga, di namakan sebagai ikhtilat.

Ikhtilat adalah salah satu perkara yang dilarang keras sebab percampuran antara lawan jenis merupakan sebab yang sangat kuat memudahkan terjadinya kemurkaan atau lebih khusus lagi, zina. Lebih-lebih lagi jika hal yang berlaku adalah di tempat sunyi di mana syaithan mempunyai kesemapatan yang luas untuk menjerumuskan kedua-dua pihak yang bercampur itu ke lembah penderhakaan atau maksiat.

Sabda Rasulullah saw yg maksudnya::
“Tidak bersunyi-sunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan, melainkan yang ketiganya adalah syaithan” - Hadits Riwayat Ahmad, Tarmizi, dan Hakim


p/s : jawapan yang terbaik ialah melaui perkahwinan.Jadi carilah jalan kearah perhubungan yang lebih halal :> kene usaha skit laa….kite pun tengah berusaha ni.

Thursday, October 23, 2008

Hidup perlu kepada berfikir

Penting berfikir ni…kadang2 kite rasa macam berfikir tapi fikiran kite tidak sepanjang mana….berfikir perlu untuk membuat pelbagai2 keputusan dalam kehidupan kite seharian yang melibatkan pelbagai risiko yang mahu atau tak mahu kite terima…Beribu2 keputusan dan pilihan yang kite perlu buat daripada pagi hinggalah sebelum mata kite rapat terpejam…dari awal pagi kita dah membuat keputusan samada terus untuk bangun ataupun sambung tidur sekejap lagi….pakai baju warna apa….kene buat ape dulu…lepas ni apa…dan lepas ni apa…semuanya melibatkan perancangan yang memerlukan kita berfikir secara betul dan waras…Namun…kadang2 fikiran kita memberikan keputusan yang memungkinkan kita merasa benar dibawah pengaruh2 tertentu seperti emosi, tekanan dan sebagainya…Percayalah..hampir 90% kebijaksanaan kita akan hilang apabila kita tidak berada dalam keadaan tenang ataupun alpha…Perasaan ataupun tahap pemikiran alpha sangat penting untuk mencari idea2 bernas…menyusun strategi kerja agar lebih efektif dan sebagainya.Sama seperti solat dimana permikiran kita berada dalam keadaan yang paling tenang…Sbb itulah kita mudah untuk mengingati perkara2 yang kita lupa di luar solat…betulkan?

Jam pun dah menunjukkan 4.30 pagi..saje ambik masa skit untuk tulis2 sebagai panduan untuk kongsi bersama sahabat2. Tenang…sangat penting…ia dapat membantu kite membuat keputusan yang bijak dan rasional ketika walaupun hakikatnya kita berada dalam keadaan yang tidak menentu….apbila membuat keputusan dibawah pengaruh emosi,maka kita telah membuatkan keputusan hampir 80% menjurus kepada keputusan yang tidak tepat.Tapi ini adalah sekadar fakta…sbegai contoh, dalam menghadapi peperiksaan,submission drawing atau ape2 yang memakan masa seperti kursus architecture ni….mmg memerlukan kita sentiasa dalam keadaan yang biasa dan tenang…kerja2 kita akan lebih terurus dengan baik…keputusan dapat dibuat dengan betul dan seluruh proses kerja tidak mendatangkan masalah yang kritkal…..so…dengan itu…biar hidup kita lebih bertenang, berfikir dan selalulaa mentafsir… :>

Hari ni..dan seterusnya….Yes!

Alhamdulilah..erm..ambik masa skit nak coretkan skit sebanyak tentang ape yg berlaku seminggu lepas…Alhamdulilah…semester ni…setakat ni still xde masalah…walaupun akhir minggu critical nak submit drawing macam2 kerje lain sampai…request nak update website dari UIA, 2 client request nak buat website…dalam2 tu Allah masih lagi beri masa untuk ke Serdang jumpa client..orang kate rezeki datang jgn ditolak…ade laa kerengganan masa yang Allah beri utk kite selesaikan tu…walaupun pada hakikatnya nampak macam sibuk,tapi itu laa kadang2 keenakan bekerje ni..ade kadang2 penat,tp kite suke bile tengok result….seawal sem dulu,tertanya jgk macamana laa final design aku sem ni…camner laa rupe bentuknya…tapi, perlu sentiasa letak perkara yg positive dalam kepala…kalau kite kata boleh….insyaallah boleh..pergerakan n fikiran kite akan cuba untuk suitekan dengan apa yg kite setkan dalam fikiran….kalau dah awal2 lagi katakan takut dan tidak,tak mampu dan sebagainya….selamanya kite akan jadi lemah…xade kekuatan….sebenarnya kekuatan tu laa datang dari kelemahan..tanpa lemah kite xkan jadi kuat…..sebenarnya xsenang hidup…Orang yang senang hidupnya akan susah…banyak perkara yang dia tak akan tahu berbanding dengan orang yang susah…kan? So..banyak perkara yang perlu kite belajar dalam hidup ni..bukan senang kadang2 na puaskan hati semua orang sebab apa? sbb orang lain bukannya diri kite…

Ha…cakap pasal semester ni di UIA…sem depan dah final sem..projek design ape laa yang menanti…hope dapat buat lebih baik dari semester ni…sem ni…tengah nak submit final ni…ade pulak LKS…minggu lepas dah majlis konvo anugerah sijil LKS…alhamdulillah..dapat jgk sijil tu…Pastu…ade pulak exam swimming..alhamdulillah lepas jgk aku 175m breaststroke…xde laa susah pun…sbb dah pernah buat rekod 300m tanpa henti…hehe…dalam hidup ni…best kalau banyak perkara yang kite tahu…..orang cakap pasal apa2 pun kite tahu…pasal tu tahu…pasal ni tahu…suruh buat tu boleh buat…suruh buat ni boleh buat…best kan? tp bukan semua benda yang kite boleh buat…sebb kemampuan kite ni sebagai manusia ni terhad…satu je yg aku pegang….try not to be perfect…sbb xkan ade orang yang perfect…so..be yourself..!

Hheh…panjang pulakkan cakap…xpela….saje nak coret2..lama dah xcakap2 kat sini…nak jgk sekali sekali macam lama dah xmenaip…lepas pada minggu ni…kene siapkan 3 website..uhu..keje2…xhabis kerje ni…..pastu projek baju,projek homestay,projek tutorial semua tunggu nak jalan je…sem ni xbrape nak sempat nak buat laa…dek kesibukan design martial art centre ni laa…tp xpe…seronok jgk…mane x nye…24hours duk kat studio…mandi je kat bilik…selain time tu…kat studio je la…tapi…yg baiknye…rapat dengan kawan2…boleh tolong kaw2,pastu gi makn sama2….yg tu best tu…

Erm….pagi ni dapat berita pulak…working paper yg nak pergi medan tu ken tolak sbb tempat tu prominent…alaa….letih kene buat n cari tempat lain plak…tp xpela..nak buat camner ek….hehe…xpe..sama2 laa buat nanti…

So…leni tengah recompose smua board utk porftolio day….esok nak kene print 7A0…huhu puas hati…xpe laa habis duit skit..asal lega kat hati ni…1A0 8 A3…1 A3 RM 2. (8×7)x2…mau seratus lebey jgk tuh…huhu…xpe…asal kerje siap..

esok lusa kene pergi kuala pilah pulak..ade kerje kat sana…mungkin sehari kot…..ape lagi nak cakap ni…xde benda dah…huhu..erm..k la….ni laa design sem ni…kira siap laa ni..xde development dah…puas hati? puas laa….ok laa…xde laa cantik cam budak2 sebelah sana tuh…setakat design orang2 kampung je kite ni..

bab hati dan perasaan? xnaklaa cakap…xkisah laa ape2 pun ….let time go…ade rezeki ade laa…xde xdelaa….hehe…cam frust pulak.kan ? xdelaa…..nak pk pun xreti laa..xfaham pun ade…pening pun ade….salah ke…betul ke…silap ke..ape2 je la..huuu…entahlaa labu…hehe…tengok tu sambil2 kate xnak cakap pun cakap jgk…luahan perasaan ni…hehe…

tp walau ape2 pun…kite perlu sentiasa ceria…sentiasa positive…dan sentiasa bekerja untuk diri sendiri…sentiasa ceria..jaga akhlak..n sbagainya…jaga hati kawan2..sahabat2..jgn marah2..relak2..tenang2…jangan gaduh2……belajar dari pengalaman lepas…dari manusia lain…xtahu tanya orang yang tahu..dan macam2 lagi laa…dan yang paling penting…hargai mereka yang hargai anda :> mak ayah yang paling banyak tolong kite n didik kite sampai kite jadi camni…trimakasih abah n mak…insyaallah kite berusaha lagi..semoga hidup jadi lebih bermakna…pelangi xkan muncul selagi xde panas dan hujan….susah dan senang adalah satu lumrah yang pasti kite perlu rasa… :> It’s test of life….Yes……you can do it! Go…go

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...