Thursday, October 15, 2009

Komunikasi yang baik

Pada suatu hari, si anak pulang lewat sedikit daripada biasa,banyak kerja kata. Sesampai dirumah, si ayah sedang menunggu sambilk menonton televisyen. Si anak masuk dengan tenang kerana banyak perkara yang telah diselesaikan hari ini. Tiba-tiba si ayah meninggikan suaranya dengan nada yang semacam marah, “ Kenapa balik lewat? Dah pukul berapa ni..kalau banyak kerja pun beritahu la…ini tak” Si anak tidak melawan...kalau menjawab, lain pulak jadinya.Teguran sebegitu terus mematikan mood si anak dan dia berehat pun dalam keadaan tidak tenang…hendak makan pun tiada selera…

Sebenarnya,terlalu banyak cara yang lebih baik utk si ayah menegur si anaknya yang pulang lewat itu….misalnya, “ Lewat hari ni Man, mesti banyak kerja ni…dah,pergila mandi2 dulu,nanti turun makan..”
Ataupun mungkin, “ Anak ayah balik dah….mesti penat, pergila rehat2 dulu…” atau bermacam2 cara lagi yang boleh mengharmonikan suasana malam yang tenang. Cuba bayangkan jika anda berada di situasi pertama…

Jadi,komunikasi yang baik itu sangat penting, walaupun mungkin kita dalam keadaan marah,hilang sabar…tetapi dengan cara yang baik,kita masih boleh wujudkan suasana yang aman,tenang dan tenteram serta menyenangkan orang lain. Situasi kedua amat menyeronokkan si anak dan membuatkan dia ingin terus bersama si ayah…Kerana itulah pepatah ada menyebut, sebab pulut santan binasa ,kerana mulut badan binasa….jadi,sama-samalah kita wujudkan komunikasi yang baik untuk diri kita dan semua yang mengenali diri kita ataupun tidak….sama2 kita renungkan….

Saturday, September 26, 2009

Apabila benda senang menjadi susah!

Apabila benda senang menjadi susah...kita akan jadi susah...apabila benda senang difikirkan susah ia akan betul-betul jadi susah...apabila benda susah difikir senang,insyaallah dia akan jadi senang.....
sekarang nak yang mana...

Apabila orang buta membaca Al-Quran....

Assalamualaikum..lama dah xmenulis...mungkin pressure hari ni..xtentu..jadi tulis blog utk releasekan perasaan hati ni..begitulah,kadang2 panas xde sampai ke petang..ade pulak mendungnya...susah nak faham hati manusia ni sahabat..

Ramadhan lalu mengajarku sesuatu yang istimewa. Alhamdulilah, rumah aku kat gombak ni,Imam hafiz dari Madrasah Yala, tumpang utk menginap selama sbulan. Ustaz Musa sampai sbelum Ramadhan, dan apa yg istimewa ialah dia Buta...Seorang al-hafiz yang buta dan tak nampak...berjalan kene pimpin..tetapi hatinya,masyaallah...tak macam kita saudara...subhanaallah...kene banyak fikir kearah itu..

Satu hari, aku menguji ustaz dengan ayat al-quran...bukan dari kepala ayat tp dari tengah2 ayat....itu pun dia boleh sambung tanpa salah dan siap boleh beritahu ayat tu no berapa? kita macamana? berapa ayat dah hafal?

Dia mengaji bukan pakai al-quran mcm yg aku pakai...masyaallah saudara...Quran Braille..hanya titik yg tengelam timbul,tp boleh hafiz lagi..kita kat mana? jauh langit dengan bumi..ade orang..seminggu,sbulan al-quran pun tak sentuh..(Tak yah jadi orang la)...

Kisah ni mengajak kita utk insaf dan bertanya pada diri sendiri....Alhamdulillah,biarlah ramadhan berjaya mendidik jiwa kita supaya lebih sabar,istiqamah dan mujahadah...amin. ( Aku insan yang penuh dengan kekurangan,penuh kesalahan padaMu dan jg pada hamba2Mu....)

Wednesday, August 26, 2009

Hukuman Sebat....Judi...Islam di mana?

Mari kita lihat, dengar ,mentafsir & fikir sejenak ulasan-ulasan pemimpin2 kita berkaitan dengan hukuman sebat Kartika :


Perdana Menteri, Najib Tun Razak kata:
"Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Kuala Lumpur malam ini. - Bernama, Utusan Malaysia..

Petikan Harakah - Kenyataan Najib hari ini yang mahu model sambilan itu merayu keputusan Mahkamah Syariah Pahang merotannya dengan enam sebatan menandakan kebimbangan kerajaan persekutuan terhadap kes itu yang telah menarik perhatian antarabangsa.

Soalan 1 : Mengapa bimbang dengan perhatian antarabangsa? Bagaimana dengan perhatian daripada Allah s.w.t kerana tidak laksanakan hukuman seperti yang telah diberikan? Anda Kata nak kene jadikan Al-Quran sbagai panduan hidup? Tapi kenapa tak pakai?

Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien kata:
"Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah...Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini. BERNAMA- Malaysiakini.com

Soalan 1 : Bila mahu pandai tentang cara hukuman dalam islam? Tak ada pakar? Mustahil...
Soalan 2 : Bilakah masa untuk penjara syariah menjadi satu keperluan? 10 tahun lagi? atau 30 tahun lagi? Atau tunggu bila semua orang ramai minum arak....
Soalan 3: ISA tu merupakan undang-undang yang mcmana ye? Ikut syariah?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata ( at his blog ):
"Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia."....Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu....Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?...

Soalan : Kenapa Mufti2 diam membisu? Harussani xde nak bagi komen? Majlis Fatwa?
Soalan : Al-Quran sudah dirujuk, jelas lagi bersuluh, jadi anda nak undang-undang adil yang mcmana lagi? Tidak yakin? Atau pakai undang2 Amerika yang lebih adil?
Soalan lagi : Salah siapa sebenarnya? Kerajaan? Individu? Keluarga?


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Shahrizat Abd. Jalil berkata:
"Tapi walaupun ini (menjatuhkan hukuman) hak hakim, yang saya amat terkilan dalam menegakkan syariat Islam, kita mesti bijaksana, mesti adil dan saksama dan dengan belas kasihan.

Soalan 1 : Memakai tudung & menutup aurat adalah menegakkan syariat Islam.Anda bagaimana?
Soalan 2 : Adakah anda mempunyai saranan lain yang lebih adil & bijaksana berbanding hukuman yang diberikan oleh Hakim Syariah?


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata :

"They understand that if the laws in this world are not in accordance with Islam, they will be on the receiving end again in the hereafter. So rather than being burnt later, it is better to have it settled now.

"Punishment like caning and stoning have existed in Islam but we will not see it being carried out in Malaysia as long as the country is governed by secularists," -
NST


Shukarno Abdul Mutalib ( Bapa Kartika ) berkata:
"Saya mengaku dan amat kesal dengan perbuatan itu. Ia bukan sahaja memalukan diri tetapi turut membawa penghinaan kepada seluruh keluarga saya.

"Saya harap hukuman itu dapat dijalankan secepat mungkin supaya ia memberi pengajaran kepada orang lain," kata ibu kepada dua anak ini di Ipoh, Perak, Rabu lalu.

Kenyaataan : Benar, ia untuk pencegahan dan pengajaran...kenyataan yg bertanggungjawab


Kartika berkata:

"Tiada siapa yang paksa saya supaya meminta hukuman itu dilaksanakan segera. Ia lahir daripada rasa keinsafan yang amat mendalam," katanya.

"Semua ini ketentuan Allah. Saya dibalas kerana terleka serta memandang ringan soal agama meskipun sudah dididik supaya menjauhi arak.

"Jika saya tidak ditangkap, mungkin saya masih hanyut dalam keseronokan dunia," katanya.

Kenyataan : Semoga Allah memberikan hidayah kepada hambanya yang mahu ingat.


Mari kita bertanya kepada "Kerajaan Islam Malaysia" pimpinan Najib berkaitan arak & judi ini:

1. Mengapa Penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 )
2. 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).

Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini.

Apa pula kata Anda ?
nak tunggu anak2 bangsa kita sampai jadi mcm video kat bawah ni?
Bangga dapat minum arak...


Undang-undang mcmana lagi nak pakai ? Barangkali pemimpin kita memang tak endah pasal orang islam minum arak kot..... ;-P

Saturday, August 1, 2009

Semua web kene Hack!

Hari ni kerje2 makin bertambah2...hampir semua web2 dihack kecuali Redang Lagoon dan F2jewellery.Satu domain yg tak ada files lagi pun kene hack dah...terjumpe satu file virus dalam folder tu..ape nak jadi dengan hackers yg slalu menyusahkan org n menghabiskan masa org nih.......

huuhh..letihla mcm ni...tgk ni tak tidur lagi..sbb benda2 ni la... :( susah la camni...
kene cari jalan utk prevent bende2 nih..takleh jadi

Sunday, July 26, 2009

Renungan 5 minit untuk mereka yang mahu ingat !

Semalam, kita dikejutkan oleh berita pemergiaan seorang pengarah filem yang tak asing lagi, Yasmin Ahmad. Kelmarin, kita mendengar beliau diserang strok/angin ahmar dan hari ini beliau sudah tiada lagi.

Kematian itu mengingatkan kita semua, yang ajal itu datang tidak mengenal masa dan tempat. Walaupun kita sedang sibuk bekerja, sibuk dengan projek itu dan ini, kematiaan tidak akan menunggu kita kurang atau lebih walaupun satu saat.

Berpisahnya roh dari badan,memisahkan kita juga dari segala benda kemewahan dunia. Harta, kereta mewah, rumah dan sebagainya. Sesungguhnya apabila matinya anak adam itu maka terputuslah segalanya amalanya melainkan tiga perkara iaitu sedeqah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh. Adakah kita anak yang soleh yang mampu menhadiahkan doa-doa kepada ibu bapa kita?

Kita selalu merenung masa depan kita 10 tahun, 20 tahun akan datang...tetapi tidak untuk masa yang tiada akhirnya..Ayuh kita renung masa depan kita di akhirat nanti...

Kematian itu memperingatkan kita semua akan amalan dan persediaan ke sana, apakah sudah sudah mencukupi atau belum. Apakah kita perlu menunggu usia 60 tahun untuk bersolat,puasa,pergi haji dan melakukan amalan-amalan soleh?
Oleh itu, hari ini mari kita sama-sama memperingati diri kita dan sahabat kita masing-masing dengan menghayati sabda baginda Nabi S.A.W dalam hadith berikut:

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Amin...Ya Allah jadikan aku tergolong dalam golongan yang sentiasa dalam payungan rahmatmu, dan matikanlah aku dalam golongan hamba-hambaMu yang beriman...amin ya Rabbal a'lamin.

Thursday, July 23, 2009

Redang Lagoon.com Coming Soon!


Salam...semua orang cakap pasal kerje..semua dah masuk firm..huhu..xpe2..Hari ni alhamdulillah kira 65.7% website RedangLagoon.com berjaya disiapkan..lega jgk setelah satu hari dari pagi tadi buat benda ni..insyaallah dalam masa dua atau 3 hari lagi,seronok jgk buat..semangat je tibe2...ade la bahagian yang tak siap lagi, macam bahagian kemudahan...borang online reservation dan sebagainya....sambil2 buat tu...teringat jgk time pergi kat sana...best..dengan kawan2...sekarang dah susah dah nak jumpe..masing2 wat hal masing2 dah...oklah..saje je..dah penat hari ni wat keje..corat coret seblum tidur ni...ok..wassalam.. :>

Wednesday, July 22, 2009

Nak kerje jugak..

Hari ni abah sampai KL...ambik die kat greenwood pkul 4 pagi tadi.Erm...then pagi tadi breakfast sekali..biasanya tak breakfast pagi2..pakai brunch je terus..jimatla katakan..petang ni dia nak pergi ampang puteri plak buat check lutut...erm..kerje2 masih ditreuskan seperti biasa hari ni, buat web redanglagoon.com dan masih banyak lagi kerje untuk disiapkan. Semalam customer lama call plak untk design banner utk forum..ok je..

Idea utk website lain pun ade jgk..tapi slow..hehe..entah jadi ke tak la marketing online aku kali nih...kertas kerje dah siap lama dah...tak jalan2 lagi je.takpe..slo2 kite tengok..erm..orang lain kerje mcm best je...semua dah masuk firm...tinggal kite je kat sini lagi..huhu..

Sunday, July 19, 2009

Gallery

Get the flash player here: http://www.adobe.com/flashplayer

Friday, July 17, 2009

Sukses juga akhirnya..

Alhamdulillah....akhirnya berjaya jgk pagi ni epustaka.net dibaiki....setelah lama dihack oleh indon yang tak bertanggungjawab...dalam beribu2 fail website tu..rupanya ade dua fail sahaje yg diubah oleh hacker tu, dia ubah coding supaya direct ke website die n macam2 la mencarut...nak cari due bijik tu la jenuh..huhu...jumpe jgk tadi..kalau tau dua fail tu..kejap je...tp xpe..at least dapat belajar sesuatu ape yang diorang tukar...smalam web alumni SMK A Yan dah dibaiki..lega rasanya..pun kene hack jgk...ape punyer hackers la....ade satu lagi website yg kene hack..web Jimi..lepas ni kene tgk yang die plak..

Thursday, July 16, 2009

Penat

Huhh..hari ni mmg penat..rasa nak rehat n sambil2 tu rasa nak jgk coret sikit2 kat sini...baru dua hari ni sampai kL...ye la..kalau kat ganu susah skit nak buat kerje,bukan xbest duk kat kampung..rasa macam best sgt je kat sana....makan best..bosan2 pergi rumah tok..takde jam,aman je rasa...tp sampai bile? mesti jgk nak kerje kan...at least dtg sini dengan semangt nak kerje....tgk kawan2 kerje,kite pun mestila nak kerje jgk...1st day sampai...aku ngan pali cari internet..benda penting nih untuk berkomunikasi dengan dunia luar n kawan2...akhirnya antara perhitungan streamyx dengan wimax...belila wimax...ok laa..not bad..stakat ni performance ok..hari ni pergi lagi beli meja n almari...shopping org bujang...hehe..balik rumah...pasang meja..pasang almari...pasang siap je semua..hehe..rasa macm seronok ade...semangat pun ade...at least nampak kemas la...kalau x....wat kerje atas lantai la...alhamdulillah hari ni, kerje2 pertama high priority dpt disiapkan...website alumni smkayan yg dihack oleh pak indon berjaya dibaiki n dipulihkan...sepagi jgk kerje tu..harap2 lepas ni xde lagi la..ade lagi web yg kene hack..website Jimi dah baiki sebelum ni...kene pulak sekali lagi...

Thursday, June 25, 2009

Hari cuti


















Hari ni semua org takde..studio pun lengang je...ramai yang pergi tengok transformers...erm..aku xminat crite2 fiction ni..hhu..yg tinggal kat studio beberapa kerat je...itupun ade org sudi temankan...ade laa orang tu...sampai ke tengahri tu,mundar mandir je.kerje ade tapi elektrik plak xde ...entah kat mane tertendang menyebabkan sparuh komputer kat group Padang xleh nak bukak termasuklah pc aku nih...erm..ingat nak pergi jgk keluar shoot...tp takbrape nak kuat sgt...main dalam studio dah la...hehe...ternampak frame gambar kat sinki...mcm best je...ahaks....try2 skali main.Afiq dengan Haq jadi model...pastu buat editing sket....bari aww sket...hehe..petang plak hujan renyai2...oo..pasar malam pulak malam ni...makan laksa penang,satay 4 cucuk dengan jelangkong ayam...hehe...trasa mengidam nak makan plak...saje....Hilmi besar plak..dah dua malam kate nak meeting...batang idung pun xbrape nak nampak nih...erm..letih kot berjuang dengan transformers...xpela....esok ade beberapa kerje yg kene diselesaikan...antaranya baju2 Dr.Hanita nih..nak kene siapkan awal jgk la.....pastu..ape ek...huhu...k lah...nak tidur dah..bye!

Tuesday, June 23, 2009

UTAS

Hari ni hari yang agak gembira sebenarnya...dan kalut jgk skit2....dari padi semua org sibuk buat studi pasal interview heritage ni...katanya nak interview sorang2...erm..buat selamba dah la..siapkan skit sebut harga utk Mdm. Hanita an terus pergi kedai utk comfirm dan dapatkan sample baju.Then baru dapat relax skit...sampai2 kaed,dah habis dah assessment...hehe..xdepun panggil sorang2...selesai dah heritage..kerje2 multimedia alhamdulillah..walaupun xperfect,tp rasa jgk kepuasan tu...banyak benda dapat belajar..cuma prepare n baiki2 skit2 lagi utk exhibition. Lepas ni...budak2 ni nak ajak pergi Pulau redang plak..lepaskan penat lelah dengan bercuti di pulau...ahaks...best kan?

SAtu lagi berita baik...erm..pagi tadi check2 email...dapat offer utk Univeristy of Tasmania...alhamdulillah...adakah aku akan kesana? Kite tengok dulu mcmana..kalaulah mengizinkan...nak jgk pergi belajar kat tempat org...mudahan dapat semangat baru utk belajar..nak sangat sbenanya ni nak pergi sana. :>

Friday, June 19, 2009

Sesuatu yang baik wajib dilakukan - Najib


Saje nak tulis...cakap,tapi tak serupa bikin...itulah ungkapan yang rasanya paling sesuai diberikan kepada pemimpin ni..taknak komen panjang2...Seharusnya lihat isteri sendiri dahulu..perkara yang wajib bagi wanita ialah menutup aurat(memakai tudung) pun tak mampu dilaksanakan, sedangkan ia wajib...judi dan arak wajib di haramkan...tetapi tidak dilaksanakan...nak buat perkara2 yang besar2 supaya orang lihat,orang nampak dan orang kata kita bagus,baik dan mcm2...ke macamana?

Wednesday, June 17, 2009

Kian hampir....

Minggu lalu,aku dapat 1 lagi interview daripada Asiatica Snd.Bhd...sebagai grafik designer. Kali ni banyak jugak dia tanya...mcmana design corporate n sebagainya..basically,kerjanya ialah design buku,brochure,pamplet, website dan mcm2 lagi yg memerlukan kemahiran software2 mcm Adobe Illustrator,In Design dan Photoshop....sgt2 penting. erm...Hari ni,bangun2 pagi check email..dapat satu email dari UNSW( University New South Wales, Australia)..katanya application dalam process.dapat ke x tu..tak tau la...tapi for now..mmg kene usaha utk dapatkan sponsor tu..baru sedap skit nak ke sana....Kerja2 heritage dah makin nak habis...ade lagi seminggu lagi nih...so..kene kerje keras skit...huhu..

Tuesday, June 16, 2009

Najib percaya PAS Ikhlas?

Geram...rasa nak cakap politik skit...Kalau tengok akhir2 ini media arus perdana banyak bagi ulasan berkaitan lontaran idea oleh Presiden PAS, Hj Abdul Hadi berkaitan dengan mewujudkan kerajaan perpaduan. Macam2 ulasan..DAP dan PKR tak berhak persoal la..dan yang pasti,ianya satu tindakan melaga-lagakan dan mengapi-apikan...Tidak terlepas juga pemimpin BN yang melihat ini sebagai satu peluang baik untuk meretakkan komponen Pakatan Rakyat. Hari ni Najib bersuara mengatakan dia percaya PAS ikhlas dalam mewujudkan kerajaan perpaduan...percakapan sebegini hanyalah gimik politik bersama sindiran sinis ingin melihat Pakatan Rakyat retak. Kita dah lali dengar ucapan lunak2 manis sebegini...huhu...lebih2 kalau nak dekat pilihanraya....Usah bicara pasal nak wujudkan kerajaan perpaduan dan satu malaysia...perpecahan dalam UMNO dan BN pun makin parah. Pertelingkahan BN Terengganu antara blok Ahmad Said dan blok Idris Jusoh...di Perlis...macam2 lagi..mcamana ni? Pendekatan 1Malaysia jelas satu pendekatan populis untuk menaikkan nama sahaja.....ni dengar kata nak buat TV Islam kelolaan JAKIM...apa pulak ideanya? kita tunggu dan lihat...Islam Hadhari dan senyap dah...islam ape plak timbul lepas ni....apakah Islam liberal bawaan Sistem in Islam?

Thursday, June 4, 2009

Baca Quran bila nak mati !

Setiap hari kita kene baca Quran...sama2 kita ingatkan diri kita masing2...kita kata hidup berpandukan al-quran dan sunnah,tapi quran kita xbaca..sunnah kita tak buat....kita lebih pentingkan kehidupan dunia....nak gaji....nak kerja best...nak jadi akitek..nak jadi mcm2...itu yg kita nak kan...erm..tanya diri kita balik...tengok kat mana kedudukan kita kat depan Allah nanti...hidup xpanjang...makin hari,makin pendek...mati bila kita pun tak tau...tapi kita alpa...ramai kalangan kita solat pun xpenuh...nak kene orang pesan dan ingatkan selalu...kalau x...alamatnya xsolatla...kalau solat pun tak beratkan dalam kehidupan harian...mengaji lagi la...kat mana....dekat2 nak MATI baru nak mengaji.....itu pun bukan kite yang mengaji...tapi orang lain yang tolong mengaji sebab kite nak MATI....lepas mati..orang tolong solat..lepas tu,xleh nak buat ape dah...menyesal yang tak sudah...jadi...dalam kesempatan yang sikit ni,mari kita sama2 muhasabah diri,bila lagi kita nak mengaji Al-Quran...masa inilah kita ambik peluang untuk beramal..kitab panduan seluruh alam..sekian......insyaallah..masa untuk berubah..Amin!

Wednesday, June 3, 2009

Where am I after this ?


Hari ni ade job interview kat Firm Assaffa design practice ..post ialah asstant architect..alhamdulillah semua ok je...tak besar firmnya...kecik je...turun2 principle akitek turun nak datang interview..Ar.kamarul bahrin tp bukan senibahri......huhu..keputusan die maybe hari isnin ni kot..ade lagi interview hari jumaat ni utk candidate lain. Erm..kalau dapat...ok jgk...kalau x...ok jgk...hehe
dua2 ok..camner ni...kalau dapat kerje la...kalau xdapat..still ade 2 options...satu,kerje dengan UIA....satu lagi bisnes....masyuk jgk..lagi banyak kot dari yg Assaffa bagi tu..n boleh kembangkan kompani mediacitra dalam masa 6 bulan...cari project banyak2....hehe...bleh pergi AU..amacam?

Pagi tadi dapat jgk offer utk abroad dari Uni.of Newcastle,Australia...erm...best,mmg rasa nak study abroad and sambung master of architcture kat AU...kalau ade rezeki..ade apply utk University of Tasmania..Deakin University...hope,kalau bleh nak pergi Uni. Tasmania...kat pulau Tasmania...tp kene kumpl jgk duit tu...insyaallah sempat kot...hehe
banyak la dol...kalau dapat scholar..alhamdulillah...erm..lepas je interview rasa lapar terus..baru teringat rupanya,xmakan dari pagi tadi....

Sunday, May 31, 2009

Sejarah SLR


Saje...mcm tak de topik nak cerite..takpela...maybe bleh je jadi kenang-kenangan utk kite semua lepas ni..
Aku nak cerite sejarah SLR dalam zenith ni...kalau ade salah2 tu...cakaplah....hehe

Mule-mule kawan kite, Hafiz Shah dengan D70s nya..senyap tp power...smua org pun xsedar2 tibe2 dunia SLR naik..die sorang2 je senyap...hehe...tp skang dah jadi org power .Orang kedua, Edi Mcrappy dengan olympusnya..time ni,ramai jgk yg ingin cuba2 utk memegang kamera Idi..termasuklah aku yg buat2 paham dan pandai..tp xpandai pun...Manusia seterusnya ialah Zul,dengan Nikon D40....huuh...time ni mula dah nak buat wedding,mcm2 nak shoot..huhu...aku tgk saje...terliur jgk..tp yelaa...xde pitis nak wat camner...tgk2...pegang2 gitu je la....xpe..sabor.

Makhluk kedua...bercita rasa tinggi..xmain la D40 nih...walau beginner tp, die beli yg besar skit dari tapak tangan die...makhluk ini ialah Makhatir dengan Nikon D200..tahun ni baru ade flickr....tp walau xde flicker....die ttp power...Rakan seterusnya ialah Adam Ahmad Saufi...dengan D40...Adam ni...senyap2 jgk..tibe2 pinjam flash Zul nak gi ambik gambar tunang...hehe...ke guane Adee..Sterusnya ialah Reza Afandi...juga dengan D40...time ni diorang dah mcm team dah..keluar shoot sana sini....aku xmasuk team lagi...

Selang beberapa bulan..xsilap dalam 3- 4 bulan lepas Zul beli..dia nak beli plak yang baru...nak upgrade D80..maka beli la D80 dan ditawarkan D40 nya pada aku...mule2 letak RM1800...ish..xambik lagi...pastu...RM1700...ish...xambik lagi...pastu...last2 sekali jadi RM1500....dengan kit lens aku kebas...lantas Zul cuma ada D80 dengan lens 50mm dan 70-300mm...tp lepas tu die mengganas dengan membeli plak Tamron sbgai ganti Kit lens....hehe...power..Mahathir plak menggaum dengan mengankat lagi darjat kebesaran kameranya dengan lens Sigma 2.8....orang lain senyap je...hehe....aku pun nak jgk...aku mencari laa lens yg ade motor memandangkan kamera aku xde motor..lantas....55mm-200mm VR aku kebas...hehe...then stop la...xbeli dah..


Tringat masa nak pg langkawi ade jgk budak2 perempuan yg baru beli..seingat aku Salwa dengan 400D, sebab time tu ade pinjam jgk sbb tu ingat tu..hehe....Time ni....Pali pulak terliur..dicarinya di EBay dan dapat plak mengankut Canon 20D...time tu Hanis dah ade Canon 400D...langsung team Canon terbentuk...time kat 2nd year..Nik Aziz mengorak langkah...langsung Nikon D200...langsung ambik gambar2 wedding...power...Syauqee plak masuk team Canon dengan 450D..xpe2..balance team Nikon..entah ikut sequence ke entah ni...


Time pergi Terengganu..ade lagi budak2 perempuan yg kelihatan memegan SLR..antaranya ialah Tasnim dan Mira...masing2 dengan Nikon D60....Aus plak...xnak kalau jgk die...rembat Nikon D200 jgk...tiap minggu ambik wedding...Reza plak telah mengupgrade D40nye kepada D90...kire paling power la takat ni...bleh ambik video...takpe...credit to team nikon..Walaubagaimnapun...,kawan kite Hafiz Shah tetap no 1....dengan D300 nya...heheh..ade sape nak lawan..mungkin ade sorang kot.....NIK AZIZ..kire ramai benor la yg ade SLR nih...mcm barang mainan plak...hehe...xpe...best jgk..kalau xde korang..sampai kesudah xmerasa SLR....jadi berikut ialah list2 flickr budak2 kite yg ade flickr...tgk2laah...

Azizul,Makhathir,Reza Afandi,Hanis,Azim,Fadhli,Adam,Edi,Nik Aziz,Hafiz Shah,Tasnim,Syauqee

Saturday, May 30, 2009

Teaser Padang Heritage Studies 2009


Nur Kasih...








Ingat lagi shot2 video dari drama kekasih ku seru..cantik..unik dan penuh perasaan...Malam ni, episod 1,drama arahan Kabir Bhatia keudara...takkurang hebat shotnya..jalan cerite yg menarik dan menginsafkan..erm...kene layan cerite ni..hehe..nak tahu cerite nur kasih ni macamana..berikut ialah sinopsis drama arahan Kabir Bhatia ini..

Sinopsis :

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Friday, May 29, 2009

Temuduga...


Pilihan oh pilihan..4 hari lalu aku ade apply utk kerje...try2 je...Hari ni dapat satu email....panggilan temuduga 3 haribulan ni.....huuuhh...utk post assistant architect...kalau masuk ni..baru dua kali aku bertemuduga...dulu first time nak masuk DQ..ujian hafazan...kalau kerje ni laa first time ni...xtaula mcm mana...kene buat preparation jgk ni..mcm2 perasaan ade...takut ade...debar ade...xtau nak buat ape ade...tp...ni pengalaman kan...kalau xpergi...kan tak dapat kerje plak...so...hopefully bile kerja nanti dapat belajar banyak lagi pasal architecture..walaumacamapun kenelah mencuba dulu...mana tau...kalau bernasib baik boleh timba pengalaman baru kan? ;>

Wednesday, May 27, 2009

Pilihan..

Hari ni ramai kawan-kawan bercakap pasal nak jadi ape lepas ni...macam-macam jawapan yg kite smua dengar..ade yang nak sambung terus ke 4th year, ade yang nak sambung oversea, ade yang tak nak sambung,ade yang nak jadi lecturer,ade yang nak berhenti dan kerje saje..ade pulak yg mule2 bercakap pasal nak menamatkan zaman bujang ;> hehe....dan tak kurang pula yang masih tak tahu ape2 lagi...mcm2..



Erm...syabas kepada rakan2 yang mendapat tawaran ke tahun 4, selamat buat essay thesis & interview..kpd kawan2 yg dapat tawaran oversea,syabas jgk...kpd kawan2 yg xdapat mana2...usah kecewa....pasti ada hikmah knp x terpilih tu...mungkin ada sesuatu yg lebih baik menanti...hehe...mane tau..org dtg nak minang ke...ahaks..xdelah...pastinya ade jalan,kerana rezeki kita ada kat mana2..bukan xleh nak hidup pun kalau xleh sambung...betul x? boleh je...pokoknya dong,positifkan pemikiran kite semua...sape berusaha pasti akan berjaya...belajar la kat oversea pun,kalau xberusaha...x akan kemana jgk...balik2..kat situ jgk...betul x?

Keputusan dan pilihan adalah satu benda sungguh susah nak dibuat jika ia melibatkan kehidupan kita..tp,nak atau tidak,saban hari kite membuat banyak keputusan, daripada awal bangun tidur,nak pakai baju apa, nak buat ape hari ni hinggalah pukul brape kite nak tidur...semuanya adalah pilihan dan keputusan...

Sekarang bagaimana? Nak kemana? Tanya diri sendiri kerana jawapannya ade di pada diri kite sendiri. Sekiranya kite bercita-cita nak jadi akitek...terdapat bnyak jalan utk kite sampai kepadanya...sambung kat UIA pun boleh,nak kerje dulu kat luar..pastu sambung pun boleh...nak sambung kat oversea pun boleh..matlamatnya satu..tp jalannya pelbagai...begitula kita kalau nak buat keputusan,carilah yg terbaik utk diri kita. Banyak kebarangkalian dalam kehidupan kita ni,percayalah...walau jalan apa pun yg kita ambik,disitu lah takdir kita...rezeki pasti ada....siapa tahu kita lebih bahagia dan tenang daripada meraka yg lain?
sebagai penutup bicara, selamat maju jaya untuk semua...berusaha dan tawakkallah,insyallah berjaya...duduk la kat mane pun..!

Tuesday, May 26, 2009

Kisah apa yang orang lihat pada kita !

Topik hari ni....knp kita terlalu kisah tentang apa yang orang tengok pada diri kita hari ini....ya kita terlalu kisah.

Itulah manusia...bila dah terlajak...kata tak ada orang nasihatkan...bila orang nasihat...kata pulak " eleh...nak bagi ceramah..konon alim la.." itulah kita semua..
Bab kerje...Kalau nak kerja..kene kerje yg baik2...kerje kene bagus..kene kemas...xleh tipu2..erm...bagus2..itu yang kita nak...tapi kebanyakan kita lupakan..apa pandangan Allah taala pada kita kalau kita kerje tapi x smayang... Tak malu ke...Allah beri udara free...matahari free....nikmat kesenangan...tiap2 hari pulak tu..nak suruh smayang kejap pun tak nak....

Seharian bekerje...penat lelah..utk dapatkan duit yang mungkin habis dalam dua tiga hari saje..tapi tinggalkan suruhan Allah taala.....kalau buat submission lewat atau xsiap kerje...tahu kita malu pada kawan...takut bos marah...tapi bila kita tak ikut perintah Allah...langsung tak rasa takut....kerja..keja jgk...tapi bila ada perintah utk bersolat...jgn ditinggalkan solat. Berkat hidup kita bukan atas mulia mana kerja yang kita dpat atas dunia...mulia hidup kita ini adalah sejauh mana kita dapat amalkan suruhan Allah dan tinggalkan larangan dalam hidup kita..

Sejauh mana pun kita kaya kat dunia...bila mati, satu sen pun kite tak bawak tau...!
Kemana duit nak bawak kita? Berkat tak duit yang kita dapat tanpa lengkap solat kita seharian?

Solat 5 waktu..cukup?
Mengaji Al-Quran ?
Puasa sunat ?
Mencarut?

Lama mana sangat kita hidup kat dunia ni...mungkin esok mati? dah sedia nak jawab mungkar nakir?....Mari kita sama2 muhasabah...tepuk dada tanya iman..

Monday, May 25, 2009

Keringat Petang....

Tajuk bunyinya mcm tajuk novel...hari ni terasa mcm terlalu cepat berlalu...sedar2 dah petang...sedar dah 3 tahun dekat UIAM...sedar2 dah nak habis dah semester ni...sedar2 dah makin berusia kite ni...tanya skit...amalan dah sampai mana kita ni ye...huuuh...! saje...ptg ni keluar pergi joging keluarkan peluh...ambik udara petang...udara segar...setelah lama berpekung dalam udara dingin...yg mungkin tak berape segar..seingatku.. kali terakhir joging semster lepas...time2 dekat nak final...yg tu release tension ptg2...sempat dua tiga hari je...hehe...xkonsisten...pastu duk studio balik..ni pun saje...lepaskan letih kejap sambil tulis blog...sambil tunggu maghrib...

Semster ni..pendek je..kerje2 heritage masih lagi dalam proses..erm..biasa multimedia team...lambat sket..aku ni masih lagi tengah mengfinalizekan lagi script utk narrator..xbanyak dah...nak baiki ayat2 n tambah isi2 sket lagi..group malaysia cepat jgk...tp xkisahlah...sebut helmi besor..kak ita...xasing lagi kalau bab2 kerje cepat ni...kite ni..steadyh je...insyaallah...buat yg terbaik..

erm..hari ni plak ade beberapa perkara yg mungkin aku terlupa...haha...lupa nak ambik invoice kat RMC..pasal software ROTAS...pastu nak kene bayar plak...bnyk jgk tu...xpela...nnti kite bayar..Domain ROTAS plak xtahu pergi mana...tgk2 kat register domain xde plak..huhu...susah ni..banyak plak masalah ni..xpe.laa kite cuba selesaikan..

Satu lagi..ada sorang ustaz ..abu syafiq gelarannya...erm..insyaallah malam ni cuba psang forum di blognya...sape2 yg berminat mungkin boleh ke blog/webnya di http://www.abu-syafiq.com. Ada persoalan2 berkenaan wahabi dan sebagainya...

Positifkan hari & hargai mereka yg menghargai anda!

Lama dah menulis...rasa jgk nak menulis sesuatu...sambil luahkan sesuatu..erm....ya...positif...Mulakan setiap hari dengan perasaan dan minda yg positif...akhiri juga hari dengan pemikiran dan perasaan yang positif..Perasaan dan Minda yg positif ketika bermulanya hari sangat banyak mempengaruhi karekter kita seharian dan banyak membantu mempermudahkan kerja buat kita. Pelihara perasaan positif ini sebaiknya dengan sentiasa berlaku baik, murah senyuman dan yang penting bersangka baik dengan setiap insan. Sangkaan yang berupa negatif umpama magnet yang akan tertarik kepada kita kembali....misalnya,kita merasa tidak senang dengan si A kerana sombong, dalam hal ini,kita sendiri yang mewujudkan perasaan itu dalam diri kita sedangkan si A langsung tidak tahu menahu tentang perasaan kita terhadapnya...Si A, melalui hari-harinya dengan tenang tanpa gangguan. Jangan ganggu perasaan positif ini, kerana ia akan mengundang rasa kurang enak,muram,masam dan akhirnya,jika tidak dapat dikawal dengan baik,ia mungkin juga boleh menyebabkan kemarahan.

....Setiap manusia punyai perasaan dan karekter yg tersendiri yg kadang mungkin sukar utk mereka yg lain fahami...ya..mungkin senang dan mungkin juga sukar...perasaan manusia kadang sukar utk diramal..paginya ceria...petgnya suram pula.....paginya duka..malamnya ceria..begitulah kitarannya...setiap peristiwa yg berlaku dalam kehidupan seharian memberikan kesan kpada emosi dan ingatan kita. Bagi sesetengah daripada kita...perasaan mungkin sukar utk diluahkan...jika diluahkan mungkin mengundang rasa kurang enak utk didengar,dilihat atau dirasa oleh mereka yg lain...dan mungkin langkah memendam rasa itu yg baik bagi melupakan atas apa perkara yg berlaku....Perasaan2 positif ini mungkin boleh diganggu,mungkin perkara2 kecil lantas ia terasa sebagai beban lain yang terpikul...untuk itu, sbelum tidur..maafkan insan2 yang mungkin melakukan kesilapan kepada anda...bersangka baik kepada semua org...kerana kita bukanlah mereka, apa yang kita fikirkan mungkin tak sama dengan apa yang orang fikirkan, apa yang kita fahami mungkin sedikit berbeza dengan apa yang sahabat kita faham..dan,jgn biarkan ia menjadi sebagai konflik utk diri anda dan mereka...dan hargai mereka yang sentiasa menghargai diri anda, maafkan dirimu dan diri-diri mereka sebelum mata terpejam utk malam ini...agar dirimu sentiasa positif utk keesokan harinya.... ;>

dan Kerana 'DIRIMU' begitu berharga.... ;>

Monday, April 20, 2009

Heritage Trip, Padang, Indonesia


Today is the last day we in Malaysia and tomorrow morning our group will fly to Padang, Indonesia. Terasa tak sabar untuk ke Padang,macamanalah keadaan kat sana..bagaimanalah keadaan heritage trip bila kat sana nanti setelah hampir 3 tahun merancang untuk ini,....huhu...

Sepetang itu...erm...terasa pulak nak pergi beli sesuatu...cari2 jumpa yg 2ndhand kat tenet....erm..terus ke Shah Alam untuk mengambilnya...hehe.

Cerita sebelah malam...masing2 kelam kelibut mengemas barang2 sebb nak berangkat ke LCCT jam 2 pagi...biaselah..time last2 minutes, takut2 ade benda yang tertinggal laa...maklumlaa nak pergi jauh n lama pulak tu...l 13 hari...

Jam 12..briefing daripada Aus,Afiq and Fadli...selaku ketua kumpulan mengingatkan tentang beberapa perkara penting...then lepas tu semua naik bas dan berangkat ke LCCT...

Flight esok dengan Airasia jam 7.50 waktu Malaysia....masing-masing keletihan kat LCCT tu..sbb smalaman tak tidur menyiapkan barang...ni ade laa sempat merakam dua tiga wajah yg keletihan tertidur…







Flight mengambil masa kira2 satu jam 10 minit untuk sampai ke kota padang…erm..dah lama tak naik flight….seingatnya 5 tahun yang lepas last flight dari Labuan ke Semenanjung..bagi yang first time naik tu…mestilah excited kan….berebut nak duduk tepi tingkap...nak melihat mcmana pemandangan dari atas…

Lebih kurang jam 8.50 kitorang sampai di Bandara Internasional Minangkabau…then terus dijemput oleh travel agent untuk city tour…haa…yang menarikya ialah pada Bus di Kota padang ni…habis di makeup…spoiler taknak kalah…skirt pun sama…lets have some pictures here.Keadaan di kota padang ni...sesak..ramai sangat makhluk bernama manusia..lepas shoot video and ambik gambar2...kitorang terus balik ambacang...prepare solat and nak pergi dinner pulak...





Then..tempat pertama yg kami singgah ialah di Kripik Balado…tempat pertama wang rupiah kami digunakan…hehe…Haq beli krepek kulit lembu…siap dua bungkus lagi…haha..then selesai di situ kami ke tepi pantai untuk membeli simcard beramai2 iaitu Mentari…gratis pulsa utama 3000 pak..hehe.Sambil2 tu ade yang mencuba utk merasa telur penyu termasuklah aku…kemudian kami terus berangkat ke hotel utk menginap pada hari tu iaitu di Hotel Ambacang…walaupun namanya 3 bintang…tp tarafnya mcm 4 bintang setengah kalau kat Malaysia..kelas gitu..then 1st day ni takde sangat aktitivi just rehat2 je…dikesempatan itu…aku n zul jalan2 ke market kota padang ni…ambik skit2 shot2 untuk multimedia termasuk laa beli CD lagu tarian minang… sempat jugak bergambar dengan Bendi ataupun kereta kuda….

Malam beransur…sebelah malamnya tiada apa2 aktiviti berat melainkan makan malam nasi padang dan meeting kumpulan untuk finalize apa2 yang belum difinalizekan..time ni,bangunan utk dibuat ukuran masih belum pasti lagi…Esok maybe akan dipastikan..setelah melawat ke Universitas Bung Hatta....

To be continued......

Friday, April 10, 2009

corat-coret

Jam menunjukkan 1.06 pagi...aku masih lagi cuba menghabiskan pengkaleran plan budak 5th year thesis,Fudzhail....adela skit2 lagi...or maybe sambung esok kot.....saje tolong2...dan tiba saat bila terasa sakit belakang, aku cuba tukar mode utk menulis blog ni..rupanya dah lama xberblog...tulis pun dah xbrape pandai...taip je pandai...erm...dah masuk tiga tahun...dah habis dah pun Bsc.Arch...pejam celik..xterasa pun...rasa baru semalam berasama-sama masuk 1st year..

Tadi...saje aku belek2 video2 lama dalam laptop...terjumpa video presentation masa pergi ke langkawi dulu...masa kita dulu as a batch...best kan...ramai2 mcm tu...duk kat kampung tok senik, time tu arwah Dr.Shuk ( Al-fatihah ) ada lagi..n tercapture pulak dalam camera aku...kejap je..terkenang kejap kat arwah..orgnya baik...caring...and walau dia sibuk tp dia flexible dengan students...
Time tu kite semua stay kat Pantai Chenang...malam tu ade buat persembahan...entah benda ape aku mengarut malam tu..aku pun masih ingat lagi.....pasang bunga api banyak2..then kite semua pergi naik kete kebel...sampai ke gunung makcincang...naik bot..pergi ke fish farm,tgk helang..masuk gua sama2...then pergi ke makam mahsuri...tringat aus joget2 dengan hafiz karami...erm...kejap semua tu dah berlalu dengan begitu pantas....n pastinya kenangan tu pasti akan terus kite semua ingat...(Azim,2006)

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Azim,2007, "banyak perkara yang berlalu...banyak yang kita pelajari...banyak yang kita rasa...lepas2 ni...maybe ade yang kita mungkin dah xjumpa....mungkin ade yg kerja..mungkin ade yang ke stream lain...ade yang nak ke oversea....ade yang tak tau nak buat ape...perkara2 ni laa yang menambat silaturahim antara kita semua...we not live in this world alone..we need them...nanti bila kita susah,...mereka2 ni laa yang akan bantu kita semua...xbaik hari ni...esok boleh jadi baik...sebb itu indahnya pepatah melayu...buang yang keroh ambil yang jernih....."

Ahaa....ade APA style plak...eces...mengarut semua...Erm...last but not least...aku postkan video untuk kite semua kenang balik kisah2 sepanjang kite duk sini...


Thursday, April 9, 2009

Jalur kehidupan

Sedikit sedutan dari Kitab suci...tidak semua perkara yang baik itu baik untuk kita..dan tidaklah semua perkara buruk itu buruk untuk kita...siapa tahu..kerana manisnya gula, kencing manis bertandang...busuknya petai,tapi baik untuk kesihatan...itu semesti lumrahnya kehidupan...pasti ada kegembiraan selepas tangisan.. :>

Jadi usah ditangisi perkara lepas, walau ia pahit sekalipun...teruskan usaha kerana yang semalam adalah sejarah yang patut dipelajari,kuatnya kita hari ini kerana lemahnya kita semalam....

Hari yang panas terkadang baik untuk kita,terkadang sukar untuk kita....begitupula jika hujan yang lebat...kadang kita terasa sejuk dan enak untuk berselimut,tetapi jika keterlaluan...ia mungkin musibah bagi kita....tapi...kita memerlukan panas dan hujan...kerana disana akan terbentuk pelangi yang bewarna-warni...Indah kan? Itula kehidupan kita.... Itulaa jalur kehidupan kita semua ni...

Wednesday, February 4, 2009

"E-Pustaka.net :: Malaysia Books Bay"

Sebuah komuniti untuk mengumpul buku-buku terpakai yang tidak digunakan dirumah atau dimana sahaja. Iklankan buku-buku atau majalah terpakai di E-pustaka untuk manfaat mereka yang memerlukan. Jual dan beli buku-buku terpakai di e-pustaka.net

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...