Carian dalam lingkungan blog ini

Loading...

Komunikasi yang baik

Wednesday, October 14, 2009

Pada suatu hari, si anak pulang lewat sedikit daripada biasa,banyak kerja kata. Sesampai dirumah, si ayah sedang menunggu sambilk menonton televisyen. Si anak masuk dengan tenang kerana banyak perkara yang telah diselesaikan hari ini. Tiba-tiba si ayah meninggikan suaranya dengan nada yang semacam marah, “ Kenapa balik lewat? Dah pukul berapa ni..kalau banyak kerja pun beritahu la…ini tak” Si anak tidak melawan...kalau menjawab, lain pulak jadinya.Teguran sebegitu terus mematikan mood si anak dan dia berehat pun dalam keadaan tidak tenang…hendak makan pun tiada selera…

Sebenarnya,terlalu banyak cara yang lebih baik utk si ayah menegur si anaknya yang pulang lewat itu….misalnya, “ Lewat hari ni Man, mesti banyak kerja ni…dah,pergila mandi2 dulu,nanti turun makan..”
Ataupun mungkin, “ Anak ayah balik dah….mesti penat, pergila rehat2 dulu…” atau bermacam2 cara lagi yang boleh mengharmonikan suasana malam yang tenang. Cuba bayangkan jika anda berada di situasi pertama…

Jadi,komunikasi yang baik itu sangat penting, walaupun mungkin kita dalam keadaan marah,hilang sabar…tetapi dengan cara yang baik,kita masih boleh wujudkan suasana yang aman,tenang dan tenteram serta menyenangkan orang lain. Situasi kedua amat menyeronokkan si anak dan membuatkan dia ingin terus bersama si ayah…Kerana itulah pepatah ada menyebut, sebab pulut santan binasa ,kerana mulut badan binasa….jadi,sama-samalah kita wujudkan komunikasi yang baik untuk diri kita dan semua yang mengenali diri kita ataupun tidak….sama2 kita renungkan….

Apabila benda senang menjadi susah!

Saturday, September 26, 2009

Apabila benda senang menjadi susah...kita akan jadi susah...apabila benda senang difikirkan susah ia akan betul-betul jadi susah...apabila benda susah difikir senang,insyaallah dia akan jadi senang.....

sekarang nak yang mana...

Apabila orang buta membaca Al-Quran....

Assalamualaikum..lama dah xmenulis...mungkin pressure hari ni..xtentu..jadi tulis blog utk releasekan perasaan hati ni..begitulah,kadang2 panas xde sampai ke petang..ade pulak mendungnya...susah nak faham hati manusia ni sahabat..


Ramadhan lalu mengajarku sesuatu yang istimewa. Alhamdulilah, rumah aku kat gombak ni,Imam hafiz dari Madrasah Yala, tumpang utk menginap selama sbulan. Ustaz Musa sampai sbelum Ramadhan, dan apa yg istimewa ialah dia Buta...Seorang al-hafiz yang buta dan tak nampak...berjalan kene pimpin..tetapi hatinya,masyaallah...tak macam kita saudara...subhanaallah...kene banyak fikir kearah itu..

Satu hari, aku menguji ustaz dengan ayat al-quran...bukan dari kepala ayat tp dari tengah2 ayat....itu pun dia boleh sambung tanpa salah dan siap boleh beritahu ayat tu no berapa? kita macamana? berapa ayat dah hafal?

Dia mengaji bukan pakai al-quran mcm yg aku pakai...masyaallah saudara...Quran Braille..hanya titik yg tengelam timbul,tp boleh hafiz lagi..kita kat mana? jauh langit dengan bumi..ade orang..seminggu,sbulan al-quran pun tak sentuh..(Tak yah jadi orang la)...

Kisah ni mengajak kita utk insaf dan bertanya pada diri sendiri....Alhamdulillah,biarlah ramadhan berjaya mendidik jiwa kita supaya lebih sabar,istiqamah dan mujahadah...amin. ( Aku insan yang penuh dengan kekurangan,penuh kesalahan padaMu dan jg pada hamba2Mu....)

Permata yang di cari...

Friday, August 28, 2009


Al-Jazeera-Malaysian woman to be caned for drinking beer

Thursday, August 27, 2009


Hukuman Sebat....Judi...Islam di mana?

Tuesday, August 25, 2009

Mari kita lihat, dengar ,mentafsir & fikir sejenak ulasan-ulasan pemimpin2 kita berkaitan dengan hukuman sebat Kartika :


Perdana Menteri, Najib Tun Razak kata:
"Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Kuala Lumpur malam ini. - Bernama, Utusan Malaysia..

Petikan Harakah - Kenyataan Najib hari ini yang mahu model sambilan itu merayu keputusan Mahkamah Syariah Pahang merotannya dengan enam sebatan menandakan kebimbangan kerajaan persekutuan terhadap kes itu yang telah menarik perhatian antarabangsa.

Soalan 1 : Mengapa bimbang dengan perhatian antarabangsa? Bagaimana dengan perhatian daripada Allah s.w.t kerana tidak laksanakan hukuman seperti yang telah diberikan? Anda Kata nak kene jadikan Al-Quran sbagai panduan hidup? Tapi kenapa tak pakai?

Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien kata:
"Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah...Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini. BERNAMA- Malaysiakini.com

Soalan 1 : Bila mahu pandai tentang cara hukuman dalam islam? Tak ada pakar? Mustahil...
Soalan 2 : Bilakah masa untuk penjara syariah menjadi satu keperluan? 10 tahun lagi? atau 30 tahun lagi? Atau tunggu bila semua orang ramai minum arak....
Soalan 3: ISA tu merupakan undang-undang yang mcmana ye? Ikut syariah?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata ( at his blog ):
"Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia."....Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu....Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?...

Soalan : Kenapa Mufti2 diam membisu? Harussani xde nak bagi komen? Majlis Fatwa?
Soalan : Al-Quran sudah dirujuk, jelas lagi bersuluh, jadi anda nak undang-undang adil yang mcmana lagi? Tidak yakin? Atau pakai undang2 Amerika yang lebih adil?
Soalan lagi : Salah siapa sebenarnya? Kerajaan? Individu? Keluarga?


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Shahrizat Abd. Jalil berkata:
"Tapi walaupun ini (menjatuhkan hukuman) hak hakim, yang saya amat terkilan dalam menegakkan syariat Islam, kita mesti bijaksana, mesti adil dan saksama dan dengan belas kasihan.

Soalan 1 : Memakai tudung & menutup aurat adalah menegakkan syariat Islam.Anda bagaimana?
Soalan 2 : Adakah anda mempunyai saranan lain yang lebih adil & bijaksana berbanding hukuman yang diberikan oleh Hakim Syariah?


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata :

"They understand that if the laws in this world are not in accordance with Islam, they will be on the receiving end again in the hereafter. So rather than being burnt later, it is better to have it settled now.

"Punishment like caning and stoning have existed in Islam but we will not see it being carried out in Malaysia as long as the country is governed by secularists," -
NST


Shukarno Abdul Mutalib ( Bapa Kartika ) berkata:
"Saya mengaku dan amat kesal dengan perbuatan itu. Ia bukan sahaja memalukan diri tetapi turut membawa penghinaan kepada seluruh keluarga saya.

"Saya harap hukuman itu dapat dijalankan secepat mungkin supaya ia memberi pengajaran kepada orang lain," kata ibu kepada dua anak ini di Ipoh, Perak, Rabu lalu.

Kenyaataan : Benar, ia untuk pencegahan dan pengajaran...kenyataan yg bertanggungjawab


Kartika berkata:

"Tiada siapa yang paksa saya supaya meminta hukuman itu dilaksanakan segera. Ia lahir daripada rasa keinsafan yang amat mendalam," katanya.

"Semua ini ketentuan Allah. Saya dibalas kerana terleka serta memandang ringan soal agama meskipun sudah dididik supaya menjauhi arak.

"Jika saya tidak ditangkap, mungkin saya masih hanyut dalam keseronokan dunia," katanya.

Kenyataan : Semoga Allah memberikan hidayah kepada hambanya yang mahu ingat.


Mari kita bertanya kepada "Kerajaan Islam Malaysia" pimpinan Najib berkaitan arak & judi ini:

1. Mengapa Penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 )
2. 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).

Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini.

Apa pula kata Anda ?
nak tunggu anak2 bangsa kita sampai jadi mcm video kat bawah ni?
Bangga dapat minum arak...


Undang-undang mcmana lagi nak pakai ? Barangkali pemimpin kita memang tak endah pasal orang islam minum arak kot..... ;-P

Semua web kene Hack!

Friday, July 31, 2009

Hari ni kerje2 makin bertambah2...hampir semua web2 dihack kecuali Redang Lagoon dan F2jewellery.Satu domain yg tak ada files lagi pun kene hack dah...terjumpe satu file virus dalam folder tu..ape nak jadi dengan hackers yg slalu menyusahkan org n menghabiskan masa org nih.......


huuhh..letihla mcm ni...tgk ni tak tidur lagi..sbb benda2 ni la... :( susah la camni...
kene cari jalan utk prevent bende2 nih..takleh jadi