Sunday, October 7, 2012

Ibadah Korban di Kemboja!

Salam Rakan dan Sahabat,
Berminat untuk sertai ibadah korban di Kemboja?
Sertai EQurban dan semoga usaha yang sedikita ini kita dapat membantu ramai umat islam di Kemboja dan insyaallah diberi ganjaran berlipat ganda dari Allah s.w.t



Sedikit video untuk tontongan kita semua !

Idea dan Peluang Membina Perniagaan Sendiri !


Salam Sahabat,

Kewangan yang semakin menekan dan beban sara hidup yang semakin tinggi kini amat merungsingkan ramai dikalangan kita,teruatama orang-orang muda yang baru bekerja atau mendirikan rumah tangga. Beban hutang yang ditanggung sedikit sebanyak membuatkan kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti mereka yang lain....jadinya,ramai yang memikirkan cara untuk memulakan bisnes sendiri, tp kekurangan ilmu dan paling sukar ialah tak tahu bagaimana cara nak bermula...




Bisnes Cupcake dari Rumah!



Tahukah sahabat-sahabat Kebanyakan Perniagaan Cupcake Di Rumah mendapat sambutan yang menggalakkan? mungkin ini satu cara untuk kita bermula...

Kenapa ya? Sudah tentu.

1. Kita tidak perlu membayar sewa kedai.
2. Kita tidak perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran.
3. Kita tidak perlu peralatan yang mahal. Gunakan sahaja apa yang ada dirumah.
4. Dengan Internet, kita boleh mendapat pelanggan yang tidak putus.
5. Setiap bulan pasti ada orang yang melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan. Ini adalah satu peluang yang sangat baik untuk pendapatan sampingan bukan?

Ini adalah antara sebab perniagaan cupcake sangat lumayan. Dan sesiapa sahaja boleh melakukannya walaupun tanpa pengalaman dalam bidaang perniagaan. Apa yang perlu ialah Keinginan Untuk Berjaya!

Kita tidak perlu berkursus untuk menjadi seorang usahawan surirumah. Apa yang best, ia
langsung tidak menganggu tugasan sebagai surirumah atau kerjaya anda.

Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah
-----------------------------------

Puan Shida merupakan seorang usahawan surirumah. Dengan bermula secara kecil kecilan,
perniagaan beliau kini mula dikenali di sekitar Kuala Kangsar dan seluruh Malaysia.Beliau mendedahkan bagaimanakah untuk memulakanbisnes Cupcake dari rumah berdasarkan pengalaman beliau.

Beliau menjana pandapatan sehingga 4 ANGKA menerusi perniagaan cupcake dari rumah ini.

Anda boleh mendapatkan CD Panduan ini menerusi Panduan Bisnes Cupcake dari Rumah!

Ia boleh mempercepatkan proses pembelajaran anda.

Menerusi CD tersebut, beliau akan menunjukkan

1. Bagaimana membuat kek.
2. Bagaimana membuat krim icing.
3. Mewarna Krim.
4. Membuat dekorasi.

Dan banyak lagi. Ia memang satu panduan lengkap buat mereka yang ingin memulakan bisnes
cupcake dari rumah secara part time.

Dapatkan segera!


Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Salam Usahawan!

Abdul Azim

Sunday, July 29, 2012

Siapa Lelaki Dayus?


Petikan Dari Blog UZAR 

Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )


ERTI DAYUS
suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
17 Julai 2007
p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Saturday, February 25, 2012

Kembara Pulang

Kembali menatap ruang blog ini setelah sekian lama dibiarkan berdebu tanpa titipan kekunci, ingin rasanya dicoretkan bingkisan kisah kembara pulang ke tanahair, kerana ada satu dua kisah menarik yang ingin dikongsi untuk manfaat bersama.

Misi pulang ke tanahair mungkin menjadi antara memori menarik buat kami ditambah pula dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga, membuatkan masa-masa yang dilalui bersama dirasakan begitu berharga. Tugas untuk mengosongkan teratak kecil 2/9 Burns Street, tampak agak mudah, namun disitulah terletak seribu satu benda ,kenangan pahit manis, suka duka, yang harus ditinggalkan. Daripada katil, meja pelajaran, periuk nasi sehinggalah kereta pertama Mazda 626, berjaya dijual sebagai sedikit bekalan bagi memulakan kehidupan baru di bumi Malaysia.Segala puji hanyalah padaNya, walaupun berdepan dengan sedikit kesulitan,segalanya berjalan dengan baik dan rapi bagai dirancang.

Setelah kunci diserahkan, bermulalah musafir kami. Dengan bantuan serta pelawaan ikhlas daripada keluarga Abg Iwan, kami sempat untuk bermalam selama dua hari, dan mengambil kesempatan itu untuk menghabiskan urusan-urusan yang masih berbaki. Tepat jam 4.30 petang tanggal 22 Februari, deruman empat-lima motokar mengharungi Midland Highway menuju ke lapangan terbang Launceston. Terharu dan berterima kasih kerana  ramai  teman-teman yang sudi menghantar kepulangan kami ke Malaysia.

Debaran kencang dalam diri, bukan kerana sedih meninggalkan Launceston, bukan juga kerana gembira pulang ke tanahair, tapi kerana haru memikirkan beg-beg yang banyak, bimbang terlebih timbangan dan dikenakan denda dalam penerbangan Airasia malam nanti. Tujuh beg dimasukkan ke perut kapal terbang,tidak termasuk stoller dan kerusi bayi Nu'man. Enam beg lagi terpaksa dikelek masuk bersama kami. Wah, satu pengalaman yang sangat menakjubkan. Kami ditegur pramugari dalam penerbangan Jetstar kerana membawa lebihan hand-luggage. Tapi teguran itu tidak kami endahkan dan berlalu terus ke kerusi tertera nombor 24,jauh nun hujung ke belakang. Alangkah baiknya kalau kami masuk menerusi pintu belakang. Tidaklah perlu berjalan begitu jauh berselisih rapat dengan mat-mat salih. Dengan beg sebegitu banyak, penerbangan yang langsung penuh, ruang kompak atas yang hampir tiada ruang, memaksa satu beg ditinggalkan ditengah perjalanan menuju ke kerusi tempat duduk kami. Ah..tak mengapa, selepas selesaikan Nu'man, aku kembali mendapatkan beg tadi...Nah,berpeluh habis.

Kembara musafir kami didahului doa, memohon kepada Allah agar segala urusan perjalanan berjalan dengan baik dan dipermudahkan. Namun hati tetap gusar walau strategi diatur untuk melepaskan sejumlah 6 beg ke atas penerbangan D7213. Dalam penerbangan, ligatnya otak berfikir, lantas aku bersuara kepada sang isteri yang turut resah. " Nanti bila dah sampai, kita carilah siapa-siapa orang Malaysia kalau-kalau boleh ambikkan beg hand luggage kita ni...". Lontaran kata itu bersambut tandatanya dalam benak sendiri, apakah sempat dengan masa yang ada...

Nu'man tetap tenang,bagai tiada apa berlaku, senyum tetap diukir tanpa sedikitpun gusar dengan apa yang umi dan abinya fikirkan. Setelah mendarat di Melbourne, fikiran makin rungsing.  Apakah sempat untuk mencari kaunter takut-takut boleh ditambah timbangan kilo. Beg-beg pun belum habis keluar. Kemana pula lepas ni? Tiba-tiba satu suara menegur, " Assalamualaikum, balik Malaysia?" Salam disambut dengan raut yang sedikit terkejut, tangan perlahan di hulur, bicara ditutur rapi.  Selepas berbicara serta taaruf ringkas, pemuda tadi bersetuju menambah berat timbangan untuk 20kg lagi serta tidak lokek membantu kami sehingga selamat sampai ke kerusi tertera nombor 25 penerbangan D7213 walaupun agak keletihan. Rautnya tenang, tak sedikitpun menampakkan kegusaran dan resahnya membantu kami. Ikhlasnya jelas. Alhamdulillah, ada insan budiman yang sudi membantu. Moga Allah permudahkan segala urusanya kelak.Amin!

Tepat jam 6.15 waktu tempatan, roda pesawat Airbus Airasia mengerisek kuat landasan LCCT. Bahang 25C subuh itu sedikit terasa.Mungkin sudah lama terbiasa dengan hawa sejuk bumi kangaru. Ah, tak mengapa, selang dua tiga hari nanti, biasalah.Bak kata orang, hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Aku dan keluarga kini di Malaysia, tanah tumpah tercinta setelah dua tahun jauh berkelana di negeri orang. Banyak pengalaman suka duka yang ditempuh di negeri orang membuatkan diri lebih matang,dewasa dan lebih rasional dalam mengharungi kehidupan mendatang. Pelbagai ragam manusia dikenali digunakan sebaiknya merefleksi diri. Rencah-rencah inilah yang dikatakan pengalaman yang terkandung didalamnya ilmu kehidupan yang banyak manfaatnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...