Monday, June 20, 2011

Aku ade awek...

Dari meja penulis Tasmania dengan tajuk "Jangan Hampiri Zina...."

" Mana ade aku berzina...aku couple je.." 

Memang kita kate kite tak akan buat benda tak molek, tapi siapa yang dapat bagi jaminan yang dia  tak akan kearah itu dengan sifat manusia yang serba-serbi lemah, iman lemah, agama lemah dan segala mcm lagi lemah...berada di jalan itu dan menyebabkan Allah murka kepada kita...

Zaman umur remaja memang kita didatangkan dengan pelbagai perasaan. Perasaan ingin tahu, dan yang pasti perasaan cinta kepada kaum yang berlawanan jantina. Lelaki mula rasa nak suke ke perempuan, perempuan dah mula nak kenal laki-laki...dan bermula dari hantar mesej, pastu berdating, dan seterusnya bersayang2...n bla-bla-bla...

Wahai saudara2ku,
Aish, awok-awok semua tak tahu ke bercouple sblum berkahwin ni haram....apatah lagi keluar berdating...

" Aku keluar je ngan die, mane ade pegang-pegang tangan pun"



Haaaa...tu la jawab budak2 sekolah yang galok gatal nak bercouple leni. Tak tahu halal haram, hukum agama letak tepi....apa yang die fikir ialah dunia khayalan cinta fantasi...

Mu jangan nak tipu aku, laki mane yang tak suke pegang tangan perempuan, mula-mula mmg kata tak nak pegang, tp kalau dapat pegang atau terpegang, atau buat-buat tersentuh, mesti mung kate, " Aish, sedap jugak.." Mula-mula tak biasa, lama-lama jadi biasa...itulah bijaknya syaitan merperkona-konakan, memperdayakan anak-anak adam supaya jadi member diorang ke dalam api nanti.
Zaman leni ade facebook pulok, koho la galok. ambik gambor pastu edit-edit skit, letok love,letok I sayang you,pastu letak dalam facebook....bangganya kita dengan kawan-kawan kita yang kita ada pakwe-makwe...bangganya kita bila orang kata kite pasangan "soo sweeet" ," pasangan bahagia"....korrok kering.....

Satu hari dalam satu mesej sms,

Pakwe : Salam sayang, awak tengah buat ape tu?
Makwe: Wassalam sayang, syg tengah rindu ke abg la...
Pakwe: Mudahan Allah merahmati cinta kita berdua...
Aku : Korrok mu....

Eeewww! , budak sekolah dah pandai mesej2 gini, buat lauk ikan singgang pun tak lepas lagi, menanak nasik jadi plastesin, dah galok nak berlaki. SPM pun tak lepas lagi... kamon guys, berfikir jauh skit...Islam ajar kita adab dan tertib....

Islam tak melarang untuk kita berkasih sayang, tapi ada caranya...kalau suka dan sayang sangat ke orang puang,islam ada anjur cara, bukan dengan berdating, keluar makan bersama n seumpanya yang mendekatkan kita dengan zina... Berkenalan untuk dijadikan pasangan hidup samada isteri/suami tak salah, tp yang menjadi kesalahan ialah apabila melampaui hukum agama, berdating,keluar makan sama2, duduk dekat2,mesej pagi petang malam tak ingat dunia, pegang tangan n sebagainya...

Kalau nak sangat bercouple ada syarat-syarat die, kalau tak cukup syarat ni...bolayang laa....gi buat kerja lain dulu...kalau tak buat malu company je...

1. Tanya diri sendiri, dah bersedia ke nak jadi suami/isteri?
2. Boleh ke dia jadi suami/isteri yang soleh
3. Boleh ke dia bakal menjadi ibu/ayah yang baik kepada anak-anak aku nanti...
4. Bersedia ke aku untuk merisik dan masuk meminang atau kahwin...dalam erti kata serius untuk berumahtangga..( ni tak tahu hujung pangkal,tengok org bercouple nak bercouple jgk...)


Keluarga solehah yang seperti ini yang sepatutnya menjadi idaman setiap insan bernama lelaki...

Sebab itu dalam Quran Allah sebut jangan hampiri zina, Allah takde sebut jangan berzina...

Sebahagian dari asas-asas yang telah ditetapkan oleh Islam ialah: Apabila sesuatu itu diharamkan(zina dan seumpamanya), maka perantara (wasilah) yang membawa kepadanya juga dihukumkan sebagai haram (berdating). Dan, perlu ditutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada perkara haram itu. Apabila Islam mengharamkan zina, sebagai contoh, diharamkan juga segala mukadimah zina dan perkara-perkara yang boleh membawa ke arah itu. Seperti mempamerkan perhiasan (tabarruj jahiliyah), berkhalwat/berdua-duaan yang diharamkan, bercampur gaul dengan bebas, gambar lucah/porno, tidak berkahlak, nyanyian tidak bermoral dan seterusnya…. Dari sinilah  fuqahak telah menetapkan  kaedah: “Perkara-perkara yang boleh membawa kepada haram adalah haram.”

Apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan dan kedudukan. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena karektor selainnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Jadi Nasihat penulis : 

Kasih sayang yang halal lagi diberkati oleh Allah, iaitu kasih dan cinta suami kepada isteri.

1. Sebaik-baik cinta ialah cinta selepas berkahwin...
2. Jadikan dating pertama dalam hidup anda ialah dating bersama SUAMI/ISTERI , bukan dengan MAKWE/PAKWE...Akad nikah dulu baru keluar dating boh...itu baru betul... 

Peace,

Yang Benar,
Abdul Azim 

Saturday, June 18, 2011

Isteri yang tak sayang suami....

" I love you .." .." Saya cinta abang sorang je..."  eeeewwww...

Kata-kata ni memang selalu kita dengar terutamanya bagi mereka yang dah beristeri bersuami, atau yang sedang galak bercinta...tapi entri ni bukanlah untuk mereka yg galok bercinta tu..tp khas buat mereka yang dah berkahwin...

Ya, skali lagi ianya berkisar pada aurat wanita....khas kepada mereka yang masih INGKAR untuk bertudung dan tidak menutup aurat dengan sempurna...sbb katanya tak sampai seru... (Banyak la seru korang)...Banyak saya melihat isteri yang tak sayang kepada suaminya ..atau boleh jgk la kite kate, suami yang tak sayang isteri...walau bertan-tan,berhari-hari  kate i love you,saya sayang awak...biasalah ucapan dari mulut, apapun boleh...

Bila kita melihat wanita muslim yang dah bersuami, tapi tidak menutup aurat dengan sempurna...tak pakai tudung, pakai tudung tp tak sempurna, pakai tudung tp ketat sana sini, pakai tudung tp dedah situ sini....kesimpulan yang kita dapat buat ialah :  Dia tak sayang suami dia dan suami dia tak sayang dia...kenapa?

1. Dia tak sayang suami die sbb dia sanggup biarkan suami dia tanggung segala dosa-dosa die akibat tak tutup aurat dengan sempurna... betul ke salah?

2. Suami tak sayang isteri dan diri sendiri...sbb dia sanggup biarkan dirinya dan isteri dia menjadi bahan bakar jahannam kerana gagal menjaga aurat dengan baik...


"Wah...wah...wah...pandai gile ko menghukum orang ek..ko ingat ko baik sangat ke?"
" orang yang tak pakai tudung tak semestinya tak baik"
" Bajet alim konon "
Haa....itu ayat yang biasa dan alasan yang kite dengar bila ada orang nasihat pasal aurat-aurat ni....Walau apepun sekali alasan yang diberi, ianya pasti salah kerana menyalahi hukum agama...

Saya tak kata saya baik, saya tak kata saya alim, tapi saya sampai perkara yang betul...kan? kalau salah betulkan... :) Ini bukan saya kata, ini apa yang ulama suruh, nabi suruh, quran suruh dan ia perintah dari Allah....

Nasihat untuk para suami dan diri sendiri, sayangi diri anda,sayangi isteri anda dengan menjaga aurat mereka...semoga keluarga yang dibina mendapat rahmah dan berkat dari Allah s.w.t
Saya akhiri dengan satu petikan ayat Quran dan hadith : 


Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)

'Ali bin Abi Thalhah menuturkan dari Ibnu 'Abbas r.a, ia berkata, "Firman-Nya 'Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka', yakni ajarilah mereka utk taat kepadaNya dan tidak bermaksiat kepadaNya. Dan perintahkanlah kepada keluarga kalian utk berzikir agar Allah swt menjauhkan mereka dari api neraka" (Ath-Thabari (XXIII/491))

Mudahan dapat diamal dan disampaikan...
Wallahua'lam...segala kelemahan datang dari kelemahan diri sendiri...amin!

Wahai adik dan sepupuku, dengar aku nak cakap sikit pasal batas aurat dengan sepupu-sepapat..

Salam rakan dan sahabat..lama cuti dari menulis, biasa la,kadang panas kadang sejuk..bile panas n semangat tulislah...itu lah, perkara yang paling payah dalam beramal ialah istiqamah...

Bila bercakap pasal aurat, banyak dikalangan kita yang masih tak ambik indah, ambik remeh. Jangan tengok orang kat luar sana, tengok lah dalam keluarga kita sendiri..tengoklah Facebook saudara sepupu kita...macam2 jenis gambar yang kononnya nak menunjukkan kecantikan,cute la, padahal taksedar membuka aib diri sendiri..auratya tidak ditutup dengan sempurna menjadi tatapan lelaki ajnabi (asing) yang pastinya mengundang dosa. Tapi mereka tak kisah kan? Sebabnya Mereka tak tahu atau Mereka tahu tapi buat tak tahu...entah apa yang nak dibanggakan pun tak tau...

Aurat sepupu sepapat yang kita semua ambil ringan...

Wahai adik-adik dan sepupu-sepupuku,

Banyak terjadi dalam keluarga kita, termasuk keluarga penulis, apabila melibatkan keluarga besar, batas-batas aurat ini tidak dijaga dengan sempurna atau langsung tidak diambil peduli. Ianya telah menjadi kebiasaan. Ada juga yang buat tak faham bila kata, " tak leh salam, nanti batal air sembahyang"...padahal ia adalah bentuk kiasan yang nak kata bahawa tak leh bersentuhan...Solat dan solat, puasa dah puasa,zakat dah zakat, tapi amalan kehidupan kita rompong dengan tidak menjaga batasan ini. Maka kita tidak mengambil Islam secara keseluruhannya...sparuh2, atau dengan kata mudah secara part-time...

Bagaimana kita nak jaga aurat kita bila ada sepupu-sepapat ni. kita kena tahu la dengan siapa kita mahram dan dengan siapa tidak...Bila ada keluarga sudah pasti kita ada sepupu di sebelah mak dan di sebelah ayah. Lelaki dan perempuan. Khas bagi  yang perempuan , sepupu lelaki adalah off-limits. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:

1. Tutup aurat sebaik-baiknya, haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.

Untuk sepupu yang merangkap suami, wajib anda utk menasihatkan isteri anda supaya menutup aurat. Anda tak buat anda berdosa...tak kira la anda doktor ke, anak dato' ke, tan sri ke, gaji besor ke, anak paling tua ke...xkisah la sape2 pun...


Aurat dengn bapa/mak saudara sabit...

"Kite tak leh bersalaman dengan Suami/Isteri kepada bapa/mak saudara kita...."

Iaitu suami/isteri kepada mak/bapa saudara kita sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut kita dia tak boleh lihat. Tubuh badan kita juga sejak kita akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.

Kesimpulannya...

1. Untuk si ayah, nasihatkan isteri dan anak-anak supaya panduan agama ini menjadi syarat asas dalam memperolehi keberkataan dalam keluarga.

2. Untuk si isteri, ingatkan suami kalau suami dan anak-anak kalau-kalau mereka terlupa akan perkara ini...

3. Untuk abang dan kakak, ingatkan adik-adik anda yang perempuan sepaya menjaga aurat mereka, bukan hanya bila keluar nak ke bandar, tp juga bila pergi ke rumah datuk dan nenek...kerana kat sini adanya sepupu-sepupu dan bapa/mak saudara sabit...

Sampaikanlah dan selamat beramal... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...