Wednesday, July 12, 2023

Adab Ziarah & Dakwah

Oleh : Abdul Azim b Marzuki

Tarikh :12 Julai 2023

Dalam melaksanakan kebajikan, ziarah adalah satu perkara yang penting untuk kita buat untuk mengetahui lebih secara dasar apakah yang dihadapi oleh mereka. Ziarah ini juga sebahagian daripada usaha dakwah untuk menyampaikan mesej agama agar lebih memaknai hidup mereka yang dihimpit kesusahan hidup. Terdapat kelebihan yang besar kepada mereka yang membantu saudaranya dalam kesulitan.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barangsiapa yang memenuhi hajat seorang saudaranya yang sedang dalam kesulitan, maka Allah akan memenuhi hajatnya pada hari kiamat. Barangsiapa yang memudahkan bagi orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya." (HR. Muslim)

Hidup ini merupakan lapangan ujian kepada manusia, dan setiap kita akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza dengan tujuan untuk melihat tahap keimanan kita. Kita mengaku dengan lidah dan hati bahawa kita beriman, namun kita tidak tahu setakat mana iman kita sehingga Allah menguji kita.


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ٢

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? -Al Ankabut 2


Ramai orang menyangka hanya kesusahan itu adalah ujian, sedangkan kesenangan juga merupakan ujian, sepertimana dalam Al-Munafiqun ayat 9 yang menjelaskan anak-anak dan urusan harta merupakan ujian yang menyebabkan manusia lalai dari ingat kepadaNya:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَٰلُكُمْ وَلَآ أَوْلَـٰدُكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ ٩

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Diuji dengan Kemiskinan

Antara manusia ini, ramai yang paling banyak diuji adalah dengan kekurangan harta. Mereka diuji dengan kemiskinan, fakir dan papa. Namun,adakah kemiskinan ini akan menjatuhkan maruah kita dan menyebabkan kita menjadi hina? Tidak sama sekali. Allah tidak melihat pada taraf hidup dan harta yang kita ada, tetapi apa yang dilihat adalah taqwa dan iman yang ada dalam hati. Ramai sahabat Nabi yang hidup dalam miskin antaranya Ibnu Mas’ud, Abu Hurairah & Uqbah bin Amir. Mereka dikenali dengan ahlu suffah, mereka tidak bekerja dan tidak pula meminta, tetapi hidup mereka sangat mulia disisi Allah kerana taqwa & iman bahkan direkodkan dalam Al-Quran Allah yang redha kepada mereka. Mereka yakin yang memberikan mereka hidup dan rezeki adalah Allah yang maha Pemberi.

Namun, dalam ujian itu tidak kurang ramai juga yang berpaling & berputus harap dari rahmat Allah akibat tidak tahan dengan ujian. Ada beranggapan tuhan itu tidak adil, tidak sayang kepada mereka kerana tidak mengurniakan kesenangan seperti kehidupan orang lain. Tetapi itu hanyalah anggapan mereka sahaja. Kerana Allah beritahu dia Maha Adil dan tidak menzalimi hambaNya :

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظْلِمُ ٱلنَّاسَ شَيْـًۭٔا وَلَـٰكِنَّ ٱلنَّاسَ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ٤٤

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri. ( Yunus 44)

“Dan Allah berjanji akan ada berita gembira kepada orang yang sabar dengan ujian sebagaimana dalam Al-Baqarah 155.”

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍۢ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

Al-Baqarah 155

Tugas Ziarah

Atas apa sekalipun alasan mereka, sebenarnya mereka mungkin tidak sedar dengan apa yang berlaku dalam hidup mereka di atas kekurangan ilmu agama dan tidak pula tahu bagaimana cara menangani kesusahan mereka dengan jalan yang Allah sudah berikan. Atas tujuan ini kita perlu melaksanakan tugas ziarah & dakwah untuk mengembalikan mereka kepada Allah.Membantu menunjukkan jalan keluar dengan nasihat yang baik dan hikmah.

Disebalik tugasan ini, ia juga merupakan refleksi yang baik untuk mengenal erti syukur,qanaah dalam diri pendakwah kerana mereka juga pasti tidak terlepas dari ujian cuma mungkin dalam bentuk yang berbeza.

ۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Niat

Segala amalan bermula dengan niat, dan kita akan mendapat ganjaran dari apa yang diniatkan. Dalam kerja dakwah, ikhlas adalah perkara yang pertama. Semua dilakukan kerana Allah bukan kerana manusia. Samada mereka menerima atau tidak itu bukan urusan kita kerana yang penting adalah tugasan menyampaikan itu telah kita laksanakan dengan baik. Hidayah itu bukan milik kita, ia hak mutlak 100% milik Allah S.W.T. Jika ia milik kita, mengapa bapa saudara Nabi Muhammad masih juga tidak beriman, mengapa Isteri dan anak nabi Nuh juga tidak beriman sedangkan mereka itu sangat hampir dengan dakwah nabi? Usah takut kepada rejection, sampaikan sahaja dan senyum :)

Mulakan Ziarah

Apabila menziarahi mulakan dengan ucapan salam dan minta keizinan dari tuan rumah.Ada juga yang tidak sudi menerima tetamu, semuanya perlu dilakukan dengan hikmah. Beritahu dari mana kita datang dan tujuan bertemu mereka secara ringkas. Sapa dengan ramah dan senyum, Ini adalah mukaddimah yang baik kepada ziarah dan membina kepercayaan dalam diri mereka yang kita datang dengan tujuan yang baik.

Bina Persamaan

Sebelum memberi nasihat, kita perlu tahu apa yang perlu dinasihatkan. Mulakan bertanya tentang diri/keluarga mereka. Cari persamaan yang ada diantara kita dan mereka.Misalnya tempat asal, tempat anak belajar,umur atau apa sahaja yang ada persamaan secara kebetulan.

Setelah nampak ada keselesaan dan tidak lagi kekok untuk bercakap, maka bolehlah kita lanjutnya dengan bertanya tentang, apa masalah yang dihadapi mereka dan kita harus jadi pendengar yang baik.Kawal emosi, jangan melatah dan berprasangka buruk.

Kongsi Ilmu & Nasihat

Setelah mendapat gambaran masalah yang dihadapi mereka, boleh berikan Ayat Quran atau hadis yang berkaitan. Boleh juga dengan menceritakan kisah-kisah nabi & sahabat sebagai penguat agar mereka rasa bukan mereka sahaja yang mengalami kesusahan seperti ini. Penting untuk kita berikan ayat-ayat Allah kepada mereka, sebagaimana Allah memerintahkan kepada Nabi Musa ketika bertemu Firaun(Taghut, orang yang melampaui batas).


ٱذْهَبْ أَنتَ وَأَخُوكَ بِـَٔايَـٰتِى وَلَا تَنِيَا فِى ذِكْرِى ٤٢

"Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.


Allah mengingatkan agar dalam berdakwah, kita perlu bawakan ayat-ayatNya, tunjukkan kebesaran Allah dan jangan lupa untuk sentiasa berzikir kepadaNya. Kerana hati manusia ini milik Allah. Dia boleh terus tukar hati manusia yang tegas & keras menjadi lembut sepertimana Saidina Umar yang keras terus beriman apabila mendengar ayat-ayat Allah.

Beri Bantuan & Sumbangan

Setelah diberi nasihat & panduan, seeloknya berikan juga bantuan berupa barangan & kewangan agar ia mudah teringat dan terkenang akan usaha yang dibuat kepada mereka. Elok juga jika ada buku-buku panduan agama seperti zikir-zikir pagi dan petang agar hati sentiasa terikat dengan Allah. Berikan kata-kata harapan yang Allah sentiasa kepada mereka dan jika perlu bantuan lagi, jangan malu untuk terus berhubung dengan kita/pertubuhan kita.

Doakan Kebaikan

Setelah selesai, ambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah untuk kebaikan keluarga mereka dan kepada semua yang hadir agar dikurniakan taqwa, keimanan dan istiqamah dalam menjadi hamba Allah yang sebenarnya. Sesungguhnya tawakkal itu adalah satu bentuk tuntutan

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا ٢ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍۢ قَدْرًۭا ٣


“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu….”


Seusai itu, mohon izin untuk berlalu dan berikan salam serta senyuman yang paling manis. Semoga Amalan ini diterima oleh Allah sebagai satu amalan kebajikan !

Sunday, June 4, 2023

KHURAFAT APA PAKCIK X PERNAH BUAT? SEMUA DAH BUAT.

KHURAFAT APA PAKCIK X PERNAH BUAT? SEMUA DAH BUAT.
.
Di satu pagi, ketika breakfast selepas kuliah dhuha di event Perkampungan Sunnah Perlis baru2 ni, ada seorang hamba Allah dari negara jiran berkongsi kisah hidupnya dengan sy & rakan2,hidupnya bergelumang dengan khurafat syirik dari muda, kini umurnya pertengahan 60-an. Air mukanya penuh keinsafan dan menyesal dengan apa yang dilalui dan bibirnya tak henti ucap istighfar, syukur dan tasbih kerana Allah mengembalikan hidayah kepadanya. Kisah ini memberikan kita rasa betapa syukurnya Allah kurniakan iman & kefahaman sunnah yang benar.
.
Pakcik : Apa khurafat pakcik xbuat, semua yang ustaz2 cerita kat sini pakcik dah buat semua. Setiap kali ada hajat,benda atau keputusan penting, mesti kena pergi kubur habib dulu minta.
.
"Anak2 ada nasihat,tp pakcik tak nak dengar sbb apa yg salahnya,org2 lama dah bergenerasi buat mcm ni"

Saya: Apa yg pakcik minta tu dapat x?

Pakcik: Suprisingly, semua yg pakcik minta dapat, itulah lg yg menambah keyakinan kita terhadap amalan pergi minta hajat ni, istidraj kan. Bila dah dapat,kita rasa doa diperkenan. Nanti next time, datang lagi minta. Dan bukan pakcik shj, ramai orang yg datang ke situ utk doa & minta hajat, berubat nak dapatkan air penawar kerana dikatakan mempunyai karamah dan dianggab wali.
.
Ziarah kubur xsalah, ziarah ada sunnah kerana Nabi suruh pergi kubur utk ingatkan kita kepada kematian.Kita doakan supaya Allah ampun & rahmatkan si mati. Tapi bila kita pula yang berdoa sesuatu 'meminta' utk diri kita dengan wasilah karamah simati kerana anggapan dia wali, dengan kepercayaan ia memudahkan doa kita dimaqbulkan, ia satu perkara yang tidak lagi sunnah dan khurafat.

Bukankah Allah kata suruh terus berdoa kpd Dia( Surah Yunus ayat 60),
 
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Pakcik: Benda tu dah sebati dari muda, pakcik tak nampak ia satu kesalahan, dah jadi kepercayaan dalam beragama sbb ramai orang buat begitu. Alhamdulillah, syukur sgt Allah kembalikan pakcik kedalam agama yang benar.
.
Mari renung Hadis baginda Nabi,“إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّه”.
“Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah. Dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah kepada Allah”. [HR. Tirmidzi hal. 566 no. 2514 ,Hasan Sahih]

Wednesday, April 12, 2023

Kisah Bersin & Selawat



Wajar untuk kita ambil ibrah dari Kisah Ibnu Umar r.a yang melarang orang berselawat ketika bersin diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi:

عَنْ نَافِعٍ، أَنَّ رَجُلاً، عَطَسَ إِلَى جَنْبِ ابْنِ عُمَرَ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ‏.‏ قَالَ ابْنُ عُمَرَ وَأَنَا أَقُولُ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَلَيْسَ هَكَذَا عَلَّمَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَّمَنَا أَنْ نَقُولَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ زِيَادِ بْنِ الرَّبِيعِ ‏.‏

Daripada Nafi', bahawa seorang lelaki bersin berhampiran dengan Ibnu 'Umar, lalu lelaki itu membaca: Segala puji bagi Allah, salam ke atas Rasulullah s.a.w. Ibnu 'Umar berkata: Aku juga membaca 'Segala puji bagi Allah, salam ke atas Rasulullah' akan tetapi bukan begini Rasulullah s.a.w mengajar kami. Baginda mengajar kami menyebut: Alhamdulillah, 'ala kulli haal (segala puji bagi Allah atas setiap keadaan). (HR Jami' at-Tirmizi)


Ibnu 'Umar melarang hal ini kerana menggabungkan tahmid dan salam ke atas Nabi s.a.w apabila bersin bukanlah apa yang diajar nabi s.a.w, yang nabi s.a.w ajar adalah tahmid sahaja. Riwayat ini menunjukkan pentingnya dalam ibadah kita berusaha mencontohi Rasulullah s.a.w kerana itulah yang terbaik.

Begitulah, selawat bagus, namun kaitkan selawat dengan perbuatna seperti berjabat tangan diikuti pula dengan fadilat tertentu pula, seakan mencipta agama sendiri atau menjadi Tuhan pula, sampai tahu amalan itu hapus dosa sedang tiada wahyu jelas dalam pengkhususan itu.

Saturday, March 25, 2023

Nota Tadabbur : Surah Hud Ayat 62 , Amalan Nenek Moyang Penghalang Hidayah

 

قَالُوا۟ يَـٰصَـٰلِحُ قَدْ كُنتَ فِينَا مَرْجُوًّۭا قَبْلَ هَـٰذَآ ۖ أَتَنْهَىٰنَآ أَن نَّعْبُدَ مَا يَعْبُدُ ءَابَآؤُنَا وَإِنَّنَا لَفِى شَكٍّۢ مِّمَّا تَدْعُونَآ إِلَيْهِ مُرِيبٍۢ ٦٢

Mereka menjawab dengan berkata: "Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami?

Apabila kita tadabbur Quran, kita kena rasa setiap ayat tu Allah tuju kepada kita. Walaupun Allah cerita pasal kaum2 lain, kisah-kisah tu adalah untuk jadi pengajaran kepada kita supaya tak ulang kesalahan yang umat dahulu buat.Al-Quran ni relevan sepanjang zaman, maknanya, perkara yg umat yg derhaka tu buat,kalau kita perhatikan betul2 masih lagi berlaku sehingga kini. Walaupun ayat2 tu dituju pada Firaun sekalipun,yang diceritakan itu bukan pasal batang tubuh Firaun, tetapi kepada sifat dia yang sombong,takabbur,ingkar yang boleh jadi ada juga pada diri kita dan masyarakat. Jadi itu yg perlu kita ambil perhatian.kita tak boleh skip dan kata,"Ni Allah kata ke Firaun, aku bukan Firaun".Kita kena ingat, Quran ni bukan kitab sejarah, lalu kita baca mcm tu je, tetapi ia adalah kitab panduan, Kalam Allah yang memberi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa, Hudan lil Muttaqin.

Setelah diajak oleh Nabi Saleh untuk menyembah Allah (ayat 61), kaumnya iaitu Kaum Thamud menjawab kepada Nabi saleh dengan nada yang kurang hormat,iaitu dengan panggil "Wahai Hud". Mereka telah menjadi ragu dan hairan dengan ajakan nabi Saleh." Ye ke yg Saleh bagitahu ni, mcm pelik je". Ajaran yang mereka banggakan yang . Dulunya mereka sangat sanjung nabi Saleh, mereka sendiri beritahu yang nabi saleh ni adalah harapan mereka, pemuda harapan yang boleh membantu masyarakat, bijak,talented dan berwawasan, yang boleh menerus memimpin dan menyuburkan ajaran nenek moyang mereka.tapi lain pula yang Nabi Saleh bawa.Setelah ajakan tauhid yang dibuat Nabi saleh, mereka jadi sangat kecewa. Mcm tak patut je,orang yang jd harapan mereka tiba-tiba jd mcmtu. Contoh, mcm seorang ibu hantar anak harapannya ke sekolah agama.,dah belajar lama pastu graduate,pastu tiba-tiba anak ni tegurlah mak ni sbb nampak amalan ibunya salah atau tak berapa tepat..Teguran anak tu hanyalah utk kebaikan mak dia.Tapi apa kata maknya, "Mak ingat kau pergi belajar agama ni bolehlah jadi imam mak, tp ko pulak nak mengajar mak ye!"

Sebabnya apa kaum Nabi saleh kecewa? Sebab Nabi Saleh ajak kepada perkara yang bertentangan dengan amalan yg dah lama mereka buat.Amalan yang setelah sekian lama mereka amal dan juga ayah,ibu,datuk,nenek moyang mereka juga beramal. Mereka pun dapat dari ayah ibu mereka. Pada mereka tidak ada masalah pun dengan amalan yg dah lama mereka amal ini, sbb dah lama di amal,turun-temurun,dari generasi ke generasi, tak de orang kata salah pun.lagi pun orang alim ulama dikalangan mereka pun buat juga.takkanlah mereka semua sesat.Kalau salah mesti dah ada org tegur.Inilah masalah yang berlaku apabila sesuatu amalan diamalkan sekian lama turun-temurun,dan tidak ada orang dalam masyarakat berani menegur dan mencegah perkara yg salah. Perkara yg tak betul dibiarkan je,sbb kalau tegur nanti mungkin akan jd pecah belah masyarakat.sehingga sampai ketika, kemungkaran yang berlaku tidak lagi dianggap mungkar,bahkan dianggap sebagai perkara baik,ma'ruf pula.

Sbb itu Allah memberikan darjat yang tinggi kepada orang yang mencegah kemungkaran.Lihat ayat 104 Aali Imran, Allah bagitau orang yang suruh orang buat baik , cegah mungkar, dan beriman kepada Allah sebagai ummat terbaik. Bukan semua umat Nabi Muhammad ni terbaik, hanya mereka yg cukup 3 syarat ni yg boleh kita kata mereka terbaik.Suruh buat baik,cegah mungkar dan beriman. Tegur amalan-amalan yang tiada asas daripada Nabi adalah termasuk dalam perkara mencegah mungkar.contoh cegah mungkar ni mcm tegah amalan khurafat,syirik dan bi'ah.contoh dulu ada amalan mandi safar,majlis tahlil kematian,bayar upah solat jenazah,baca surah An-nas sebelum solat dan sebagainya.ini semua tidak ada contoh dari Nabi & sahabat. Kalau kita tak cegah mungkar,akhirnya setelah bergenerasi amalan-amalan ini akan jadi biasa dan tak dianggap salah lagi.

Inilah yang juga berlaku kepada Nabi Muhammad,Sebelum seruan tauhid kepada penduduk mekah, Nabi dipanggil dengan pelbagai gelaran yang mulia seperti Al-amin kerana sifat amanahnya. Sehingga Nabi kumpul mereka dan kata,kalau aku kata ada musuh di sebalik bukit ni, kamu percaya tak. Tanpa sedikit pun ragu mereka percaya dengan kata-kata nabi.Tapi setelah nabi beritahu yang dia adalah utusan Allah membawa risalah tauhid,mengajak sembah Allah dan tinggalkan patung berhala, nabi mula dibenci,diugut,dimaki dan digelar dengan pelbagai gelaran-gelaran buruk seperti gila,ahli sihir,dan sebagainya.

Kisah ni berlaku lagi zaman nabi, lihat Al-Baqarah 170. Apabila Nabi suruh ikut apa yang telah diturunkan oleh Allah, kaumnya kata apa, "Taknak, kami ikut apa yang dah makayah, nenek moyang kami amalkan".Sedangkan nenek moyang mereka Allah kata tak ada panduan,tak dpt hidayah dan tak faham, pastu kamu nak ikut jugak ke mereka?Masa mereka dah lepas,Allah Maha Adil dan Dia tak siksa mereka yang tak sampai seruan kepada mereka. Melainkan seruan dan ajakan dah sampai tapi mereka sendiri yg menolaknya. Mcm kaum Yahudi,Nasrani,Ad,Tsamud,musrikin Mekah dan sebagainya. Apakah sekarang seruan dah sampai kepada kita untuk ikut apa yg Allah dan Rasul kata? Iaitu turut apa yang Al-Quran dan As-Sunnah.

Kalau kita perasan cerita yg kita baca ni, semua pasal ikut-ikutan.Manusia ni suka ikut orang.Kalau orang yg kita ikut tu benar,insyaallah kita pun akan duduk di tempat yang benar. Sbb tu Allah rakamkan perkataan nabi dalam Surah Aali Imran ayat 31, " Kalau kamu cintakan Allah, maka Ikutlah aku…" Jadi perkataan ikut ni penting dalam agama. Kita ni asalnya tak tahu langsung beribadah melainkan setelah ditunjuk oleh Baginda Nabi SAW. Kerana itu nabi diutus sebagai contoh ikutan.Ikut bermaksud tiru,orang tu buat A kita pun buat A. Orang tu tak buat, kita pun tak buatlah. Dalam exam, kalau kita tiru pelajar yang dapat straight A, dapat tiru pulak sebijik-sebijik,Insyaallah kita pun boleh berjaya mcm orang tu. Jadi nak berjaya dalam agama ni kena ikutlah apa yang Nabi buat,takleh pandai-pandai.

Tuesday, February 14, 2023

Tiada larangan melaksanakan sesuatu amalan 'agama' walaupun Nabi tidak lakukan.

 Ada beberapa perkara penting yg kita kena faham :

  1. Agama telah sempurna, apa yg dinamakan(amalan) agama pada zaman nabi,itulah juga agama pada hari ini. Jika tiada pada zaman nabi, maka ia bukan dari agama.

  2. Jika perkara tersebut sebahagian dari agama, maka ia sudak pasti ditunjukkan cara amalannya oleh baginda Nabi. Jika ia perkara baik, para  sahabat juga pasti akan mendahului kita dalam melaksanakannya. Berapa ramai yg mati pada waktu Baginda hidup termasuk isterinya, sahabat2 kesayangannya, tetapi tidak pula baginda melaksanakannya walhal tiada  halangan untuk baginda melaksanakannya. Kerana apa, kerana tiada suruhan/arahan dari Allah, Pemilik agama ini.

  3. Setelah nabi wafat, sahabat juga tidak buat(tahlil) kerana mereka tidak tahu ttg perkara itu. Jika ada, pasti mereka org yg pertama akan buat tahlil kepada nabi.Jika ada, pasti sudah sampai riwayat ttg adanya tahlil itu.

  4. Apakah kita(yg melakukan tahlil/perkara yg tidak dicontohkan Nabi) lebih baik dari mereka(sahabat)? Mereka adalah golongan yang dijanjikan syurga dan diiktiraf sebagai golongan terbaik.

  5. Nabi beritahu, bila berlaku perselihan/kemuskilan dalam agama, kembali kepada Al-Quran & Sunnah.Siapa berpegang dengan 2 perkara ini, maka ia tidak akan sesat selamanya. Rujuk asatizah yg dapat memberikan dalil (quran sunnah) agama utk kita kembali yakin dalam amalan.

  6. Isu kita skarang adalah menggangap perkara/sesuatu itu sebgian dari agama walaupun ia bukan dari agama.

  7. Bid'ah adalah satu perkara besar yg nabi pesan kepada ummatnya. tetap kini ia menjadi isu sensitif dan elak utk dibicarakan.ia adalah perkara yg perlu kita bincangkan supaya kita dan ummat terselamat dari ancaman neraka. Ancaman ini bukan kita yg kata, tp Nabi sendiri yg beritahu.

  8. Bila kita bercakap / membicarakan ttg syirik bukan bermaksud kita hendak mensyirikkan org.Kita belajar supaya kita tahu dimana batas agar kita tidak terjebak melakukan syirik.

  9. Begitu jgk dengan bid'ah.ia adalah perkara yg tanpa sedar merosakkan agama.1 amalan bid'ah akan menghapus 1 amalan sunnah. Ia adalah permainan strategi iblis yg menyulam perbuatan bukan agama supaya nampak mcm agama. nampak baik dan byk pahala. tetapi ia perbuatan sia-sia.

    Lihat  hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Aisyah ra. berkata, "Barangsiapa mengada-adakan sesuatu dalam urusan kami (agama Islam) yang tidak ada di sana, maka perbuatan itu akan tertolak." Dalam hadis ini, Aisyah ra. mengingatkan umat Islam agar tidak mengada-adakan atau menciptakan hal-hal baru dalam agama yang tidak ada dasarnya dalam Al-Qur'an dan Hadis


  10. Kita tidak mudah menggelarkan/menerakakan/meletakkan ssorg yg melakukan bid'ah. mereka mungkin tidak tahu,tidak faham, tidak sampai ilmu & tidak sedar. mungkin atas byk faktor.ilmu,budaya & amalan masyarakat yg setelah sekian lama sebati.ia juga bukan bidang kita. tugas kita adalah dakwah.dengan pelajari kita pasti dapat ubah semua ini.

  11. Pernah dengar hadis ttg nabi menghalau ummatnya dari telaga haud? Kerana apa, kerana melakukan apa yang tidak dibuat & diajar nabi. Dalam erti kata lain, inilah larangannya (perimeter) dari melakukan hal(agama) yg tidak diajar nabi.

    “Aku lebih dahulu dibanding kalian (sampai) di telaga. Ditunjukkan kepadaku (tentang telaga itu) beberapa orang di antara kalian. Ketika aku akan mengambilkan minuman untuk mereka dari telaga, mereka dijauhkan dariku. Lantas aku bertanya kepada Tuhanku: ini adalah umatku (mengapa dijauhkan?). Lalu Allah berfirman: ‘engkau sebenarnya tidak mengetahui bid'ah yang mereka buat sesudahmu.” (HR Muslim)

  12. Semoga kita dan keluarga selamat dari mengamalkan amalan yang bukan dari amalan agama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...