Thursday, July 28, 2011

Are you proud?

B.S. ARCHITECTURE has been chosen as the toughest course among all the courses including MBBS, BCOM, IAS , IPS and Engineering by the Guinness Book of World Records on 18 MAY 2011 . It has 64 university exams + 174 assignment s + 40+ Major Projects within 5 years (1200 working days ) plus 2 years (1000 working days) work experience. All Architects post this on your wall for at least 2 hours and be proud.

Baru-baru ni ramai yang post pasal B.S architecture dinobatkan sbagai kuliah yg paling susah berbanding dengan kuliah2 lain...aah...tak kisahlah...architecture ke,MBBS ke,account ke..ape2 je lah...maka bermacam2 komen kita lihat,berbagai2 pandangan dilontarkan, dan tidak kurang jg yang berbangga,usaha penat lelah mengharungi getir,pahit maung dunia senibina dan segala mcm akhirnya diiktiraf...xpelah...xde salah pun....baguslah...cuma itulah,itu cuma dari satu seginya kita lihat...

Apa yg nak disampaikan dalam entri kali ni ialah khasnya bagi kita yang muslim...untuk sama-sama kita muhasabah...apabila keluar posting semacam ni,terdetik kat hati sy ni (untuk peringatan diri sendiri jg)...erm..lama belajar architecture,doktor,engineering dan sbagainya,sampai PhD dan segala mcm....Cuba tanya sape Le corb, walter gropius, boroque,rococo architecture,software archi,render sana sini,photoshop and segala mcm, satu2 bleh jawab...tp apabila ditanya mcmana hukum izhar halqi,hukum bacaan dengung,panjang pendek harakat, bacaan ishmam,...senyap terkedu tak terjawab...tak tanya lagi brape surah n hadis dah hafal...bila tanya bacaan sujud sahwi camner?senyap jgk..tak ingat..solat jenazah? mandi mayat? hukum2 tajwid? kalau tertinggal tahiyyat awal dalam solat,batal ke tak? boleh tak imamkan solat jenazah kalau parents dah tak ada nanti? solat kalau takde tamakninah jadi camner? Tanya plak tamakninah tu ape? kalau yg kahwin n yg nak kahwin  plak, hukum fekah perkahwinan mcmana? ambik tahu tak? jenis2 darah dah tahu? yg mana nifas,yg mana wiladah, yg mana boleh n yang mana tak leh solat, sekurang2 period brape lama,maksimum haid brape lama, darah istihadah bile n mcmana? dan bermacam2 lah lagi soalan fekah yg tak terjawab...alangkah malunya kita...padahal inilah semuanya bekal dan panduan hidup kita yg kita yg akan kita  bawak nanti...bukannya gaji..bukannya harta...bukannya BMW...apabila Izrael bertandang, tinggallah architecture dan segalanya...


Kalau kita nak merantau atau bermusafir ke sesuatu tempat misalnya KL atau pergi melancong jauh dan berhari2,pasti kita akan membuat persiapan sebetulnya2,membawa itu ini,pastikan segalanya tak tertinggal..sbb kita tahu,bila dah sampai sana,kalau tertinggal barang penting,pastinya dah payah nak berpatah balik...itulah hakikatnya kehidupan kita ni, kita tahu,tempat yg kita akan tuju jauh dan tak mungkin kita akan kembali untuk mengambil bekalan-bekalan yang tertinggal...ttp kita masih lagi tidak menyediakan bekal yg cukup...

Maka dengan hadirnya Ramadhan Mubarak pada tahun ini,mari kita sama-sama muhasabah, dan perbaiki segala kelemahan diri. Banyakkan bacaan quran,betulkan bacaan,solat sunat,tahajut,zikir dan sbagainya...Tidak salah mencari kebaikan dunia, asal jgn tinggalkan dan lupakan perkara akhirat. Satu renungan, kita ada rumah....pastu kita tanya anak kita," Nak,nak....kata mana rumah kita ?" mesti anak kita jawab dalam hatinya,"ayah aku ni makan pil kuda ke ape?"....itulah, kalau kita duk dalam rumah (dunia), kita still cari rumah....sedangkan kita tahu kita duk dalam rumah...carilah apa yang berada di luar rumah....

Akhiri entri kali ni dengan sepotong hadis baginda,
"Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah
berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh."


Setiap diri lemah,Semoga sama-sama dapat muhasabah,tingkat ilmu dan amal...
Sekian,Wassalam

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0, antara setuju dan tidak...

9 Julai pasti melakarkan satu epik dalam sejarah tanah air...Memang kecoh, ramai yang bersetuju dan tidak kurang juga yang tak bersetuju..

"Meskipun sudah dikepung oleh Polis dan FRU, roadblock sana sini, traffic jam teruk,ribuan yang ditangkap, cedera tak yg terkini seorang daripada demostran meninggal dunia... namun perhimpunan BERSIH 2.0 tetap berjalan." Kenapa ya? Semangat apa kuat sangat yg mendorong mereka semua untuk bersama BERSIH?

Mesti ada sesuatu yang mereka tahu yang tak pernah difikir atau taknak difikirkan oleh mereka yang anti-BERSIH!

Apa yang menyebabkan Pak Samad turut serta? 
Mereka tak berparang atau bom petrol.
Ditangkap bagai penjenayah

Bagi yang anti BERSIH....apakah anda lebih matang  dan cerdik dari mereka?
Atau anda mengatakan apa yang anda percaya itu betul?


















Penjenayah?

























Tetapi, bila tengok gambar-gambar BERSIH 2.0 ini, dengan penyertaan rakyat yang begitu ramai walaupun dikawal ketat dengan polis, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan politik di negara kita bukan?

p/s: Apa pandangan anda mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0 ini? Setuju ataupun tidak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...