Thursday, October 21, 2010

Selamatkah kita di persinggahan pertama?

Salam rakan2,
      Hari-hari kite bicara berkaitan perihal dunia, bahkan hampir 24 jam daripada masa kita peruntukkan membincangkannya, berfikir tentang perkara dan kebesaran2 dunia, kereta,rumah,shopping,kerja,sekolah, bermain dan pelbagai lagi perkara yang tidak tahu dimanakah sudahnya.....sudahnya bila Izrael a.s datang menjemput...begitu sedikit masa kita sediakan utk agama, mungkin tidak sempat atau mungkin tidak langsung?...Ini kerana kehidupan beragama semakin lama semakin terhakis dengan kebesaran dan kehebatan dunia...walhal kehidupan dunia sementara...

     Berbicara berkenaan surah al-mulk, ambe teringat kisah seorang ustaz ambe di SMKATJ dulu, Allayarham Ustaz Wan Nordin namanya...(Al-fatihah buat beliau,mudahan rohnya aman bersama orang2 yg beriman)....setelah kembalinya ustaz Wan..dalam satu sesi tazkirah di surau selepas solat zohor, ustaz Yusof menceritakan bagaimana beliau menerima panggilan  daripada ustaz wan, suaranya sama, menceritakan tentang hutang-hutangnya yang belum disempurnakan dan minta tolong disempurnakan... sedangkan ustaz wan nordin dah di alam lain...Wallahua'lam, Allah maha berkuasa...Ustaz Yusof mengakhiri  tazkirahnya dengan menceritakan fadhilat satu surah, surah yang ke-67 yang mengandungi 30 ayat, Al-Mulk.

" Mati adalah benar, Alam Kubur adalah benar, Mungkar & Nakir adalah benar...."



      Mengamalkan surah al-Mulk memang banyak fadhilatnya dan diceritakan dalam banyak riwayat. Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: 

“Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang
 menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
Suka atau tidak..kita pasti laluinya juga satu hari nanti...
     Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalu ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-mata. Seseorang bertanya kepada Umar sebab apa menangis  sebegitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

     Lalu Umar menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

....Jika kita nak amalkan satu sunnah baginda sebelum tidur, maka bacaan surah al-mulk la jawapannya..

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk (HR At Tarmizi)


Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi amalan dan peringatan buat diri sendiri, ahli keluarga, rakan sahabat, dan semua umat islam. Mudahan apa yang dibaca dapat diamalkan dan disampaikan ke seluruh alam~amin...

Coretan buat diri yang selalu leka,

Wednesday, October 20, 2010

Tiada lagi doa seorang anak soleh....!

          Salam rakan sahabat, terasa begitu cepat masa berlalu...terasa baru je habis tingkatan 5, rupa-rupanya tingkatan 5 tu dah 8 tahun berlalu..pantaskan?..Alhamdulillah, ambe pun dah berumahtangga...hari ni terdetik untuk berkongsi coretan berkait dengan masa yang pantas tu, ambe teringat salah satu diantara tanda-tanda hampirnya kiamat iaitu setahun berlalu begitu pantas seperti seminggu,seminggu seperti sehari, sehari pantasnya seperti pelepah kurma yang sedang terbakar...cepat! Terdetik pertanyaan pada diri sendiri, " Apa yang  sebenarnya kamu kejar untuk kehidupan ini? "



         Ambe teringat satu hadis riwayat muslim, dimana baginda pernah bersabda, " Apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalan anak Adam itu kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh( 1)"  Berbicara pasal perkahwinan dan kekeluargaan, ambe sangat takut bila berbicara mengenai perkara yang ke-3, mampukah lagi kita untuk berharap menerima doa anak yang soleh setelah kita mati kelak? Mudahan ini menjadi peringatan buat diri juga....


         "...Along, along besar-besar nanti nak jadi ape? "
         "...Angah besar-besar nanti jadi doktor ye?"
         "....Ibu, bila besar nanti Along nak jadi akitek...nak buat bangunan cantik"


       Jarang kita dengar bila dah besar, kite nak anak jadi Qari, nak jadi Imam, nak jadi Ustaz ustazah atau pendakwah, nak jadi ahli-ahli agama,mufti atau sebagainya....jarang kan?sebab apa? Sebab pekerjaan ni xglemer, gaji tak tinggi, kalau jiran atau anak branak tahu, rendah diri,xleh nak bangga,anak kite tak mcm anak orang lain berjaya jadi doktor...n satu lagi perkaran yang besar ialah kita dah ditanamkan bahawa dengan menjadi doktor,akitek, jurutera dapat menjamin hidup untuk masa depan...sekolah besar aliran sains, kejuruteraan dan sebagainya...ibu ayah tak jemu2 bagi dorongan untuk betul nak tengok kita jadi apa yang diorang idamkan.....pendidikan agama? fardhu ain biase je la....kat skolah..kelas petang2...

       Itulah selalu perbualan yang sering kita dengar...tp perkara tu xde salah pun..tak salah meletakkan impian dan cita-cita sebagai tanggungjawab fardhu kifayah untuk ummah....tp yang salah ialah kite sangat menekankan perkara tu,membesarkan,sampai menenggelamkan perkara-perkara agama..Belajar agama,fardhu ain,mengaji quran masa sekolah rendah je.. khatam masa skolah je...cuba tanya sekarang khatam quran tak....silap2 mengaji quran pun dah lama tinggal.. 

"...Tanya anak kita, berapa banyak lagu yang dihafal...dan berapa banyak surah yang dihafal...
Ya Allah,malu kita dihapan Allah kelak..."

        Anak soleh ni impian semua orang...walhal ibubapa yang tak soleh pun mendoakan supaya mendapat anak2 soleh...tp sahabat2..cuba kite tengok keadaan sekarang ni...budak2 sekolah rendah dah addicted dengan facebook,bergaul biase je dengan bukan mahram..ibubapa kat rumah langsung xambik peduli.....lihatlah bagaimana TV memomokkan budaya hedonisme (suka berhibur) , melilau tak mengenal usia....bintang kecil, bintang RTM , tom tom bak dan sebagainya, kononnya hendak mencungkil bakat dari kecil...akhirnya anak-anak kita dibesarkan dalam suasana hiburan....meniru gaya dan fesyen pakaian artis...huuuh...masih mengharap doa anak soleh? Bila kita meninggal...sekejap saja mereka bersedih...kemudian kembali berhibur...sbb itulah didikan yang kita beri, sbb kita tak ikut apa yang nabi dan agama suruh dulu.....


  


"....ibu, along dah hafal surah al-waqiah,as-sajdah dan ar-rahman...." ~ ketika berusia 10 tahun
"....umi, angah dah hafal 3 hadis dari hadis-hadis 40..." ~ ketika usia 12 tahun
"...umi...Along nak hafal quran..."






"...siapa dikalangan anak-anak mereka yang lidahnya lunak melagukan Al-quran dan fasih mendoakan kebaikan untuk kedua-ibubapanya...? " ~ 
oh tidak, jarang benar kita jumpa sekarang....tanya diri kita, selalu berdoa pada mak ayah?


Macamana kita nak jamin kita dapat doa anak yang soleh kalau dari kecik kita dah didik dengan cara mcm ni?  ~ to be continue


Rujukan :
1. (Musnad Ahmad (II/537-538), Tirmizi dari Anas dalam Jami’ At-Tirmizi, bab Az-Zuhd. Juga dalam Sahih Bukhari, kitab Al-Fitan (XIII/81-82, al-Fat-h))




Coretan insan alpa,

Monday, October 18, 2010

Surah yang lebih penting dari Thesis PhD...

Alhamdulillah...sudah suku abad kehidupanku berlalu..Allah masih panjangkan umurku dan aku memohon agar sisa-sisa hidup yang berbaki ini tidak dihabiskan dengan amalan-amalan yang sia-sia...manalah tahu, Izrail a.s bakal menjemput bila-bila masa sahaja....mudah-mudahan peringatan hari ini dapat memberikan peringatan untuk mengislahkan diri sendiri,keluarga, rakan taulan serta semua umat islam yang semakin jauh dari kehidupan islam...amin~



Al-Fatihah, Ummul kitab dan Thab'ul Mathani, itulah antara nama-namanya yang mulia....mungkin surah ini tidak selalu terlintas dalam kehidupan sehari-hari kita, atau tidak langsung meniti membasahi bibir kita... Tapi tahukah bahawa surah yang kita pandang sepi ini lebih penting dari diploma, ijazah, master dan thesis Phd kita?

"Al- Fatihah itu Rukun Solat, tak betul maka tak sah solat...."
Maka sia-sia la solat kita.....mintak jauh sangat2..

Membaca surah al-Fatihah dalam solat termasuk dalam rukun Qauli iaitu wajib dibaca dengan betul. Kalau tak betul, dibimbangi boleh membawa kepada batalnya solat. Pentingnya Al-Fatihah ? Di riwayatkan dari Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Hibban menyebut: “Barangkali kamu membaca di belakang imam kamu?”Kami menjawab: “Betul.” Maka sabda baginda: “Janganlah kamu berbuat (demikian) melainkan membaca Faatihatul Kitab (surah al-Fatihah), kerana tidak ada solat bagi yang tidak membacanya.

 “Perlu diingat bahawa adalah wajib memelihara segala makhraj dan tajwid ketika membaca al-Fatihah tiap-tiap rakaat dalam solat.” ~ 

Tanpa bacaan yang betul, maka tidak sah la solat kita...ya Allah..., jika solat tidak sah dan tidak diterima, maka sia-sia la amalan kita yang lain....kalau mula baligh pada umur 12 tahun, kini umur meniti 25 tahun, bayangkan jika bacaan Fatihah kita tidak betul...13 tahun solat kita sia-sia wahai sahabatku...

"Tidak ada keuntungan yang lebih untung bagi seseorang hamba jika Allah menerima solatnya...masyaallah"

Soalah kite untuk diri kita....Solat kita selama ni Allah terima tak?

Bila kita nak belajar supaya Fatihah kita betul? Sekarang la...mari kita sama-sama dengar bacaan bertajwid oleh Imam Mahmud Khalil Husary, mudah-mudahan dapat perbaiki bacaan Fatihah khusus untuk dalam solat kita....

(Right click > Save Link As )



Peringatan bersama : Untuk memastikan bacaan betul dan tepat, hendaklah menyemak bacaan kita dengan guru yang diakui atau apa yang disebut sebagai penyampaian secara talaqqi dan musyafahah.


Coretan insan alpa,

Saturday, October 16, 2010

Bila Malaysia boleh jadi camni ?



"Awak ingat orang suruhan tutup aurat ni main-main ke?"


Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki. Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.


SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

Mudahan Malaysia kita akan jadi seperti ini

Read more: http://wartawansukarela.blogspot.com/2010_04_01_archive.html#ixzz12VVqFDeU

Bercinta lepas kahwin....


Monday, October 11, 2010

Istidraj....kita bagaimana?

Salam sejahtera rakan2.....pagi ni, ambe belek2 blog rakan2..and terbaca satu entri (http://redline7.blogspot.com/ - Adib Marzuki ) berkaitan istidraj....ape itu istidraj? Berikut ialah sedutan daripada blog Adib....thanks Adib atas peringatan bersama ini :)
"Orang yang selalu buat suruhan Allah, compare dengan orang yang selalu buat maksiat.. tapi dapat lebih dari segi nikmat dan kurniaan dari tuhan, lagi berjaya dari orang yang selalu tunaikan perintah Allah.

benda ni selalu juga aku kompiuskan kat diri aku.. kadang-kadang yela.. tengok orang lain yang kurang lebihkan ibadah kat tuhan.. apa yang kita nampak dari segi kehidupan dia la.. dari segi solatnya, tapi sendiri nye solat dan ibadah pon takdela sempurna sangat kan.. tapi die beroleh kejayaan lebih..kenapa kan..aku lupa kat 'istidraj' ni...

dr.fadzilah bagitau tadi.. orang yang lebih banyak buat maksiat..tetapi dapat nikmat lebih.. bermakna..Allah bagi juga.. tapi Allah bagi dengan perasaan yang sangat benci...
berbanding dengan orang yang tunaikan perintah dan ibadah ni, namanya Allah bagi nikmat kat hamba dia tu.. Allah bagi dengan perasaan kasih sayang.."

Ambe pun teringat nasihat ustaz masa di sekolah menengah dulu, Istidraj ni Allah berikan sebagai satu bentuk kelebihan kepada diri seseorang, supaya diri manusia tu lebih jauh dari Allah...dengan nikmat2 yang diberikan, maka dia akan bertambah lalai...bertambah ego...bertambah2 jauhnya dari jalan kebenaran....lalu keluarlah kenyataan2 seperti....

" ...ape yang korang dapat kalau sembahyang? Ade untung ke? letih ade la..."

Kalau setiap kali solat kite dapat RM50, mesti ramai orang sembahyang kan?
Sebab kita ni materialistik sebenarnya, benda yang nampak depan mata kita nak,benda yang tak nampak kita tak peduli....

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]

Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya.

Jadi marilah kita sama-sama ambik peringatan dan mohon supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang menerima istidraj daripada Allah....amin!

Sunday, October 10, 2010

Fotografi dan Dosa....antara sedar dan tidak....!




"...Dan kita sebenarnya tolong menyebarkan dosa kita, dosa orang lain...kita menyebabkan diri kita sendiri & orang lain bertambah2 dosa...setiap masa,setiap detik ketika, dan kita langsung takde rasa bersalah, tak rasa berdosa dengan Allah...tp mungkin kita tak tau kan?"


Salam sahabat2...rasa terpanggil malam nak mencoret skit...pasal kamera...Ramai dikalangan sahabat-sahabat sekarang, termasuk diri saya ini...yang mempunyai hobi fotografi dan videografi, menyediakan perkhidmatan fotografi utk event2 seperti wedding,engagement,graduation...dan tak kurang pula yang sekadar suke2 ambik gambar untuk kenangan...dalam entry kali ni untuk membawa kite sama2 berfikir,merenung dan bermuhasabah kembali tentang kerja2 yang berkaitan dengan fotografi ni.

Lumrah la bagi kite semua ni bila ambik gambar,kite akan post kat facebook, flickr ,publishkan kat blog,website dan sebagainya supaya karya/gambar kite ni dapat dilihat oleh ramai org,..mendapat pujian dan komen daripada rakan2, dan pengguna lain..dan sterusnya kalau bagi yang bisnes, mengkagumkan bakal pelanggan dan yang akan menggunakan perkhidmatan mereka pada masa akan datang....

Cuba cek balik gambar2 kat album FB, banyak mana gambar kite, kawan2 dan kawan2 kite yg tak menutup aurat kite publish....DOSA 24 Jam tu...saham sama2 kongsi..

Jadi mari kite pakai kemudahan kamera ni dengan sebaik mungkin.....

Contoh gambar haram;

1) Gambar sendiri yang tak menutup aurat dengan sempurna , ditambah pulak dengan aksi2,mimik muke yg tak sepatutnya( laki ke pompuan xkisah la) ~ ramai orang buat nih...

a) Subjek misalnya menutup aurat dengan sempurna (seperti baju
kebaya walaupun menutup badan tapi menampakkan bentuk tubuh,
hukumnya tetap haram... orang laki pakai sluar pendek pun...termasuk dalam aurat jgk..lagi2 kalau bergambar dengan awek...ambik gambar model yang posing sana sini..fuhh...

c) Kalau kita ambil gambar dalam kumpulan ada yang tidak menutup
aurat, hukumnya tetap haram.

Jadi soalan yang kite kena tanya diri kita,
rupenye banyak benda haram kite buatkan? ..macamana hasil yang kita dapat daripada sumber yang terpalit dengan mungkar ( tidak menepati syariah,aurat) ni digunakan utk makan minum kita sekeluarga....bukan itu sahaja,xpe ke kalau org tgk aurat kite? kite ok je ek? sendiri tanya, sendiri jawab...belum terlambat lagi utk kita menyesal n bertaubat... :)

Jadi mari kite sama2 kawal penggunaan teknologi ni supaya kita tak saje2 dapat dosa FREE!

"...Dan kita sebenarnya tolong menyebarkan dosa kita, dosa orang lain...kita menyebabkan orang lain bertambah2 dosa...setiap masa,setiap ketika, dan kita langsung takde rasa bersalah dengan Allah...tp mungkin kita tak tau kan?"


Ambe kagum dengan Ustaz Azhar..n antum2 bleh lihat karya ustaz bleh lihat http://www.digitalmukmin.com/ ...fotografi yg camni la sbenarnya dapat dekatkan kite dengan keindahan ciptaan Allah... the way of dakwah...dan seorang lagi fotografer dari UK, Peter Sanders , http://www.petersanders.co.uk/ .... moga kita dapat inspirasi daripada mereka... :)




Mau berubah? Masih ada masa....Jom!

Thursday, October 7, 2010

Al-Quran, lama mana dah tak baca...

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ”

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because


Translation


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Mari kita sama-sama amalkan dan sampaikan....wassalam...

Wednesday, October 6, 2010

Laman Portal Homestay

Bercerita pasal homestay...ia antara idea2 awal yg muncul utk idea bisnes...cuma nak sampai ke tahap nak ade rumah tu bile la agaknya...bleh berangan saje.. Mak ade kata nak buat homestay,tp xtart lagi..wallahua'lam...bisnes homestay ni menarik kalau kena caranya...menyediakan penginapan alternatif yang selesa sebagai ganti kepada hotel dan sebagainya...so, dalam melilau2,tiba datang idea utk wujudkan portal hub kepada homestays...insyaallah dengan wasilah ni, dpt kumpulkan n kembangkan idea utk memiliki satu brand homestays...ataupun guesthouse yg mempunyai satu standard..n setelah membuat research n mindmap..akhhirnya, website www.homestays.my terhasil.....alhmdulillah,sambutan semakin hari semakin baik....cuma teknik pemasaran strategi keuntungan perlu diatur susun kembali....


Sy masih ingat selepas pelancaran website ni, sy menerima panggilan daripada seorang pensyarah UTM utk projek kajiannya berkaitan homestays ni, dan mencadangkan utk memohon research grant sejumlah yg agak besar dan mengejutkan utk homestays.my yg agak masih baru....tp masih dalam peringkat perbincangan dan cadangan. wah,berita yg menarik dan mengejutkan jg...insyaallah. Berkaitan Pesaing...tidak dinafikan dalam mana2 bisnes atas muka bumi ini, mesti ada pesaing...contohnya apple and microsoft, nikon & canon, proton dan jenama lain dalam industri permobilan, dan tidak ketinggalan jg dalam industri lokal seperti peruncitan dan perkhidmatan...masing2 mempunyai pesaing yg mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri...dan kita harus melihat dari sudut positif..dengan ada pesaing,kita akan menjadi lebih kreatif dan innovatif utk mencari apa kelemahan pada diri sendiri,perbaiki utk lebih baik dan maju....melihat sudut kelemahan pesaing dan jadikan ia sebagai aspek utk bisnes kita...dan bukannya melihat pesaing sebagai musuh....adat org melayu kita ni, bila ada pesaing,itulah musuhnya...dan adalah kata2 yg tak elok, sihir la, khianat, hasad dan sebagainya...minta jauh la dari segala benda ni...be positive and professional...org bisnes bukan budak kecik...please look forward...

Bisnes ni berkait rapatla dengan rezeki...rezeki ni kita kena percaya kepada Allah...bukan sekadar percaya, tp beriman....Rezeki kita ialah apa yg akan masuk kedalam mulut kita...rezeki anak adalah rezeki anak bukan rezeki ayahnya ,tp melalui perantara ibubapanya....jadi kalau dalam apajua bisnes...kalau ia lebih kepada pesaing...bukanlah bermakna pesaing itu wujud utk menutup rezeki kita...tp, sbb itu bukan rezeki kita dan sebb itu adalah rezeki pesaing kita...sbb apa? itu kita kene tanya n muhabah diri kita....maybe amalan kita,maybe ape2 la...yg penting dalam kehidupan kita ni ialah mencari berkat dan redha Allah...dan bukan mencari kesalahan org lain...jadi, takat tu la entry hari ni....nanti sambung cerite plak lain kali :)


Projek Pertanian

Menyedari sayuran di sini mcm ala-ala mahal gitu..kami mengambil inisiatif utk berbudi kepada tanah dan memulakan projek pertanian secara kecil-kecilan...bak kate TPM kite, pertaniaan adalah perniagaan...jadi projek ini disponsor oleh kerajaan malaysia...cewah..xdelah,saje suke2 menanam, mcm seronok jgk keluar belakang rumah petang2 dengan angin sepoi sejuk bahasa orang putih meniup...tgk pokok sayur baru nak tumbuh,hijau je...ok la daripada membiarkan tanah itu dan masa berlalu dengan begitu sahaja.....

so, pergilah ke chicken feed mencari2 benih anak pokok....sayur2 yg sedap je kami ambik...bendi,tomato, salad, cili...tp cili benih xbeli pun....,ubi kentang,kacang buncis,bawang putih dan pokok jagung....hehe...tunggu masa la nak makan hasilnya....rasa nak makan sayur,pergi ambik petik je...so salah satu cara jgk nak jmatkan perbelanjaan rumah...kalau bleh bela ayam n kambing pun, mungkin nak bela...rasa nak mkan je,pergi blakang sembelih ayam...:)

Erm....dah buat2 tu, maybe nak try jgk teknik penanaman hidroponik mungkin?

(kiri) Petani sedang bercucuk tanam :) (Kanan) Anak pokok bawang putih...


(kiri) Pemandangan Ladang kami :) (Kanan) Sayur salad untuk nasi ayam :) hehe...

Sunday, October 3, 2010

Picnic

Lame xmencoretkan sesuatu kat blog ni...Best sungguh cuaca hari ni, panas n xbrape sejuk,xmcm hari2 yang biase...sejuk saje....Launceston sekarang dalam musim bunga...suhu malam ni pun 10 degree je....xseperti malam2 winter yg kadang2 jatuh sampai 1 degree....mmg xtahan jgk...itu pun pakai 2 lapis baju sejuk dalam rumah...hhuu..nak buat kerja pun susah..tangan beku...

Semester dah hampir ke penghujung....kerja-kerja pun makin bertambah dan kene cepat2 siapkan....usia perkahwinan kami dah pun masuk bulan ke-3...alhamdulillah,byk betul perkara yg dapat dipelajari bila hidup bersama....saling bantu dan menguatkan antara satu sama lain....
Walaupun begitu,kami pun ade jgk mencuri2 masa skit, lari dari kehidupan kebiasaan....Semalam kami meluangkan masa bersama-sama berpicnic ke Hillwood dengan keluarga K.Sal n Abg.Khairul...sambil2 makan sambil memancing...cuaca enak banget,air tenang dan angin pun xsekuat mana....lama jgk tak memancing...so,sekali sekala pun ok n best jgk...Hillwood antara tempat yang best untuk memancing dan tempatnya pun xdelah sejauh mana...dan org pun xde semalam...jadi pontoon utk memancing tu kami yg punyer.....

Nak kira lama memancing tu,xdela lama...dari pkul 11 pagi sampai la Magrib...alhamdulillah, banyak jgk la hasil tangkapannya...boleh la buat lauk pauk untuk makan seminggu..dah lama benar nak makan ikan..asyik dok makan ayam je...nak beli ikan,mahal jgk...huhu....


Ha...nilah hasil tangkapannya....11 ekor semuanya....8 ekor australian salmon, 2 ekor flatheat (ikan baji) dan 1 ekor Cod...alhamdulillah :)




Friday, January 8, 2010

Cerite ceritera...

Salam...lama rasanya dah tinggal blog ni tanpa apa2 update..tp insyaallah,blog ni akan penuh semula nanti dengan crite2 menarik..hehe...insyaallah kalau rajin n ade kelapangan masa...
Banyak perkara2 yg terjadi akhir2 ni....sejak meninggalkan UIA,alhamdulillah banyak perkara yg dapat belajar,walaupun xmcm rakan2 yg lain yang sambung kedalam bidang architecture...
Sebenarnya mmg hasrat utk tak kerja lagi,sbb nak naikkan perniagaan yg sedia ada...iaitu butik baju Faeizeen Collection. Panjang crite bisnes ni...macam2 dah lalui sejak dari tahun pertama kat matrik ,tahun 2004..sekarang dah 2010...lip lap lip lap rupanya dah 6 tahun berlalu..daripada nama mediamuslim pembuat nametag program di matrik UIA, bertukar ke mediacitra, bertungkus lumus belajar buat website dan belajar2 ambik tempahan baju kolej...dari situ la start ade idea utk buat vertical marketing...buat design baju n pemasaran melalui internet..dengan berbekalkan ilmu web skit2 berkembang...org2 berjaya kate...start small,fisnish big..insyaallah.

Lepas je habis heritage studi...kitorang dah start survey lot-lot kedai di sekitar wangsa maju,taman melati n bt.caves...huhu makan hari jugak tu...last2..jumpa la satu kat wangsa maju,besar jgk tu..then lepas contact,alhamdulillah dapatla kedai tu ,contract selama 2tahun..
Alhmdulilah setakat ni, kami xde lagi buat mane2 pinjaman dari pihak bank mahupun along...hanya pakai yang mana ade sahaje...sewa pun agak tinggi jgk..almaklumlah kawasan mcm prime2 jgkla..so,sekarang alhmdulillah dapat berjalan dengan baik, walaupun xde pekerja...bos jadi kuli lagi la skarang...tp xpe...susah senang tu manis sebenarnya..mcm intipati dalam surah Al-Insyirah....Inna ma'al 'usri yusra yg bermaksud...sesungguhnya bersama kesusahan itu adanya kesenangan....jadi,susah2 la dulu...nanti baru senang...

Selain pada tu,ade jgk buat kerja2 lain...mcm buat website...client plak mintak pelik2..pergi jumpa client jauh nun...dah la naik moto..hujan pulak...tempat xkenal..nasib ade GPS...hehe..membantu la sket..tu pun selit kat topi keledar..tp ok je..seronok...

Pejam celik,aku dah pun 24...n dah pikir2 pun pasal nak berumah tangga..kawan lain pun dah banyak yang dah selamat...dari lepas DQ, Shahrulnizam,Athiq,Zuhdi, Jumadi,Zaki,Yazid,Ilmam pun dah bleh baby kawan bisnes Hafiz Ruzlan dan yang terbaru Tamin..Geng2 tok jiring Nasrul Hadi, Irfan, Husni n Razeman (Classmate TJ) rasa mcm mimpi je..hehe...skarang tibe la plak mase kite...status baru upgrade half..n dugaan banyak..kene jaga, Suffian kate..dalam fatrah ni kite kene jaga betul2....tunang xmenghalalkan lagi perhubungan...hanya satu bentuk ikatan janji sahaja...terimakasih kawan2 sebb banyak nasihat...skarang payah nak jumpe kawan2 yg bagi nasihat...huhu.. :) jadi, rancang2nya insyaallah dalam bulan 6 kami akan langsungkan majlis....tp tgkla keadaan mcmana...kalau cuti kat UTAS tu awal...insyaallah awalla...cuma sekarang tengah berkira2 tarikhnya...borang2 pun kene start isi dah tu...huhu :)

Kurang lagi 5 minggu lagi kat sini...lepas pada ni..dah nak sambung studi architecture part II..kat tasmania,australia la plak tu...sebenarya xde terlintas pun nak pergi sejauh ni...tp nak wat camner kan...kite rancang....dan allah juga merancang...tp ketahuilah..perancangan Allah tu lebih baik...jadi sekarang ni, aku,zul dan nik aziz tunggu date je utk fly...alhmdulillah semua urusan visa,medical checkup,tuition fees semua dah settle...cuma urusan kat sane je la xselesai lagi...contact bro2 yg ade kat sana tu utk adjust tempat tinggal mcmana...doa2kan kami ye...insyaallah fly pada 7 Februari 2010..

Jadi begitula serba sedikit kisah2 suke,duke kehidupan....hehe...panjang la plak bile dah tulis ni...okla..nanti sambung lagi cerite lain...wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...