Wajar untuk kita ambil ibrah dari Kisah Ibnu Umar r.a yang melarang orang berselawat ketika bersin diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi:
عَنْ نَافِعٍ، أَنَّ رَجُلاً، عَطَسَ إِلَى جَنْبِ ابْنِ عُمَرَ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ . قَالَ ابْنُ عُمَرَ وَأَنَا أَقُولُ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَلَيْسَ هَكَذَا عَلَّمَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَّمَنَا أَنْ نَقُولَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ . قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ زِيَادِ بْنِ الرَّبِيعِ .
Daripada Nafi', bahawa seorang lelaki bersin berhampiran dengan Ibnu 'Umar, lalu lelaki itu membaca: Segala puji bagi Allah, salam ke atas Rasulullah s.a.w. Ibnu 'Umar berkata: Aku juga membaca 'Segala puji bagi Allah, salam ke atas Rasulullah' akan tetapi bukan begini Rasulullah s.a.w mengajar kami. Baginda mengajar kami menyebut: Alhamdulillah, 'ala kulli haal (segala puji bagi Allah atas setiap keadaan). (HR Jami' at-Tirmizi)
Ibnu 'Umar melarang hal ini kerana menggabungkan tahmid dan salam ke atas Nabi s.a.w apabila bersin bukanlah apa yang diajar nabi s.a.w, yang nabi s.a.w ajar adalah tahmid sahaja. Riwayat ini menunjukkan pentingnya dalam ibadah kita berusaha mencontohi Rasulullah s.a.w kerana itulah yang terbaik.
Begitulah, selawat bagus, namun kaitkan selawat dengan perbuatna seperti berjabat tangan diikuti pula dengan fadilat tertentu pula, seakan mencipta agama sendiri atau menjadi Tuhan pula, sampai tahu amalan itu hapus dosa sedang tiada wahyu jelas dalam pengkhususan itu.
No comments:
Post a Comment