Bila bercakap pasal aurat, banyak dikalangan kita yang masih tak ambik indah, ambik remeh. Jangan tengok orang kat luar sana, tengok lah dalam keluarga kita sendiri..tengoklah Facebook saudara sepupu kita...macam2 jenis gambar yang kononnya nak menunjukkan kecantikan,cute la, padahal taksedar membuka aib diri sendiri..auratya tidak ditutup dengan sempurna menjadi tatapan lelaki ajnabi (asing) yang pastinya mengundang dosa. Tapi mereka tak kisah kan? Sebabnya Mereka tak tahu atau Mereka tahu tapi buat tak tahu...entah apa yang nak dibanggakan pun tak tau...
Aurat sepupu sepapat yang kita semua ambil ringan...
Wahai adik-adik dan sepupu-sepupuku,
Bagaimana kita nak jaga aurat kita bila ada sepupu-sepapat ni. kita kena tahu la dengan siapa kita mahram dan dengan siapa tidak...Bila ada keluarga sudah pasti kita ada sepupu di sebelah mak dan di sebelah ayah. Lelaki dan perempuan. Khas bagi yang perempuan , sepupu lelaki adalah off-limits. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:
1. Tutup aurat sebaik-baiknya, haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.
Untuk sepupu yang merangkap suami, wajib anda utk menasihatkan isteri anda supaya menutup aurat. Anda tak buat anda berdosa...tak kira la anda doktor ke, anak dato' ke, tan sri ke, gaji besor ke, anak paling tua ke...xkisah la sape2 pun...
"Kite tak leh bersalaman dengan Suami/Isteri kepada bapa/mak saudara kita...."
Iaitu suami/isteri kepada mak/bapa saudara kita sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut kita dia tak boleh lihat. Tubuh badan kita juga sejak kita akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.
Kesimpulannya...
1. Untuk si ayah, nasihatkan isteri dan anak-anak supaya panduan agama ini menjadi syarat asas dalam memperolehi keberkataan dalam keluarga.
2. Untuk si isteri, ingatkan suami kalau suami dan anak-anak kalau-kalau mereka terlupa akan perkara ini...
3. Untuk abang dan kakak, ingatkan adik-adik anda yang perempuan sepaya menjaga aurat mereka, bukan hanya bila keluar nak ke bandar, tp juga bila pergi ke rumah datuk dan nenek...kerana kat sini adanya sepupu-sepupu dan bapa/mak saudara sabit...
Sampaikanlah dan selamat beramal... :)

No comments:
Post a Comment