Monday, June 20, 2011

Aku ade awek...

Dari meja penulis Tasmania dengan tajuk "Jangan Hampiri Zina...."

" Mana ade aku berzina...aku couple je.." 

Memang kita kate kite tak akan buat benda tak molek, tapi siapa yang dapat bagi jaminan yang dia  tak akan kearah itu dengan sifat manusia yang serba-serbi lemah, iman lemah, agama lemah dan segala mcm lagi lemah...berada di jalan itu dan menyebabkan Allah murka kepada kita...

Zaman umur remaja memang kita didatangkan dengan pelbagai perasaan. Perasaan ingin tahu, dan yang pasti perasaan cinta kepada kaum yang berlawanan jantina. Lelaki mula rasa nak suke ke perempuan, perempuan dah mula nak kenal laki-laki...dan bermula dari hantar mesej, pastu berdating, dan seterusnya bersayang2...n bla-bla-bla...

Wahai saudara2ku,
Aish, awok-awok semua tak tahu ke bercouple sblum berkahwin ni haram....apatah lagi keluar berdating...

" Aku keluar je ngan die, mane ade pegang-pegang tangan pun"



Haaaa...tu la jawab budak2 sekolah yang galok gatal nak bercouple leni. Tak tahu halal haram, hukum agama letak tepi....apa yang die fikir ialah dunia khayalan cinta fantasi...

Mu jangan nak tipu aku, laki mane yang tak suke pegang tangan perempuan, mula-mula mmg kata tak nak pegang, tp kalau dapat pegang atau terpegang, atau buat-buat tersentuh, mesti mung kate, " Aish, sedap jugak.." Mula-mula tak biasa, lama-lama jadi biasa...itulah bijaknya syaitan merperkona-konakan, memperdayakan anak-anak adam supaya jadi member diorang ke dalam api nanti.
Zaman leni ade facebook pulok, koho la galok. ambik gambor pastu edit-edit skit, letok love,letok I sayang you,pastu letak dalam facebook....bangganya kita dengan kawan-kawan kita yang kita ada pakwe-makwe...bangganya kita bila orang kata kite pasangan "soo sweeet" ," pasangan bahagia"....korrok kering.....

Satu hari dalam satu mesej sms,

Pakwe : Salam sayang, awak tengah buat ape tu?
Makwe: Wassalam sayang, syg tengah rindu ke abg la...
Pakwe: Mudahan Allah merahmati cinta kita berdua...
Aku : Korrok mu....

Eeewww! , budak sekolah dah pandai mesej2 gini, buat lauk ikan singgang pun tak lepas lagi, menanak nasik jadi plastesin, dah galok nak berlaki. SPM pun tak lepas lagi... kamon guys, berfikir jauh skit...Islam ajar kita adab dan tertib....

Islam tak melarang untuk kita berkasih sayang, tapi ada caranya...kalau suka dan sayang sangat ke orang puang,islam ada anjur cara, bukan dengan berdating, keluar makan bersama n seumpanya yang mendekatkan kita dengan zina... Berkenalan untuk dijadikan pasangan hidup samada isteri/suami tak salah, tp yang menjadi kesalahan ialah apabila melampaui hukum agama, berdating,keluar makan sama2, duduk dekat2,mesej pagi petang malam tak ingat dunia, pegang tangan n sebagainya...

Kalau nak sangat bercouple ada syarat-syarat die, kalau tak cukup syarat ni...bolayang laa....gi buat kerja lain dulu...kalau tak buat malu company je...

1. Tanya diri sendiri, dah bersedia ke nak jadi suami/isteri?
2. Boleh ke dia jadi suami/isteri yang soleh
3. Boleh ke dia bakal menjadi ibu/ayah yang baik kepada anak-anak aku nanti...
4. Bersedia ke aku untuk merisik dan masuk meminang atau kahwin...dalam erti kata serius untuk berumahtangga..( ni tak tahu hujung pangkal,tengok org bercouple nak bercouple jgk...)


Keluarga solehah yang seperti ini yang sepatutnya menjadi idaman setiap insan bernama lelaki...

Sebab itu dalam Quran Allah sebut jangan hampiri zina, Allah takde sebut jangan berzina...

Sebahagian dari asas-asas yang telah ditetapkan oleh Islam ialah: Apabila sesuatu itu diharamkan(zina dan seumpamanya), maka perantara (wasilah) yang membawa kepadanya juga dihukumkan sebagai haram (berdating). Dan, perlu ditutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada perkara haram itu. Apabila Islam mengharamkan zina, sebagai contoh, diharamkan juga segala mukadimah zina dan perkara-perkara yang boleh membawa ke arah itu. Seperti mempamerkan perhiasan (tabarruj jahiliyah), berkhalwat/berdua-duaan yang diharamkan, bercampur gaul dengan bebas, gambar lucah/porno, tidak berkahlak, nyanyian tidak bermoral dan seterusnya…. Dari sinilah  fuqahak telah menetapkan  kaedah: “Perkara-perkara yang boleh membawa kepada haram adalah haram.”

Apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan dan kedudukan. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena karektor selainnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Jadi Nasihat penulis : 

Kasih sayang yang halal lagi diberkati oleh Allah, iaitu kasih dan cinta suami kepada isteri.

1. Sebaik-baik cinta ialah cinta selepas berkahwin...
2. Jadikan dating pertama dalam hidup anda ialah dating bersama SUAMI/ISTERI , bukan dengan MAKWE/PAKWE...Akad nikah dulu baru keluar dating boh...itu baru betul... 

Peace,

Yang Benar,
Abdul Azim 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...