Monday, October 18, 2010

Surah yang lebih penting dari Thesis PhD...

Alhamdulillah...sudah suku abad kehidupanku berlalu..Allah masih panjangkan umurku dan aku memohon agar sisa-sisa hidup yang berbaki ini tidak dihabiskan dengan amalan-amalan yang sia-sia...manalah tahu, Izrail a.s bakal menjemput bila-bila masa sahaja....mudah-mudahan peringatan hari ini dapat memberikan peringatan untuk mengislahkan diri sendiri,keluarga, rakan taulan serta semua umat islam yang semakin jauh dari kehidupan islam...amin~



Al-Fatihah, Ummul kitab dan Thab'ul Mathani, itulah antara nama-namanya yang mulia....mungkin surah ini tidak selalu terlintas dalam kehidupan sehari-hari kita, atau tidak langsung meniti membasahi bibir kita... Tapi tahukah bahawa surah yang kita pandang sepi ini lebih penting dari diploma, ijazah, master dan thesis Phd kita?

"Al- Fatihah itu Rukun Solat, tak betul maka tak sah solat...."
Maka sia-sia la solat kita.....mintak jauh sangat2..

Membaca surah al-Fatihah dalam solat termasuk dalam rukun Qauli iaitu wajib dibaca dengan betul. Kalau tak betul, dibimbangi boleh membawa kepada batalnya solat. Pentingnya Al-Fatihah ? Di riwayatkan dari Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Hibban menyebut: “Barangkali kamu membaca di belakang imam kamu?”Kami menjawab: “Betul.” Maka sabda baginda: “Janganlah kamu berbuat (demikian) melainkan membaca Faatihatul Kitab (surah al-Fatihah), kerana tidak ada solat bagi yang tidak membacanya.

 “Perlu diingat bahawa adalah wajib memelihara segala makhraj dan tajwid ketika membaca al-Fatihah tiap-tiap rakaat dalam solat.” ~ 

Tanpa bacaan yang betul, maka tidak sah la solat kita...ya Allah..., jika solat tidak sah dan tidak diterima, maka sia-sia la amalan kita yang lain....kalau mula baligh pada umur 12 tahun, kini umur meniti 25 tahun, bayangkan jika bacaan Fatihah kita tidak betul...13 tahun solat kita sia-sia wahai sahabatku...

"Tidak ada keuntungan yang lebih untung bagi seseorang hamba jika Allah menerima solatnya...masyaallah"

Soalah kite untuk diri kita....Solat kita selama ni Allah terima tak?

Bila kita nak belajar supaya Fatihah kita betul? Sekarang la...mari kita sama-sama dengar bacaan bertajwid oleh Imam Mahmud Khalil Husary, mudah-mudahan dapat perbaiki bacaan Fatihah khusus untuk dalam solat kita....

(Right click > Save Link As )



Peringatan bersama : Untuk memastikan bacaan betul dan tepat, hendaklah menyemak bacaan kita dengan guru yang diakui atau apa yang disebut sebagai penyampaian secara talaqqi dan musyafahah.


Coretan insan alpa,

3 comments:

  1. Satu pendapat
    "Jika solat kita tidak betul maka tidak sah solat sbb Sabda Nabi saw"La solaata liman lamyaqra' bi fahatil kitab"Tidak ada solat bagi yg tidak baca fatihah. Maka bacalah dengan mengikut tartil atau ilmu tajwid.

    Sekiranya kita telah belajar namun masih lagi di dlm belajar maka tetap sah solat kita.jika kita membaca ketahap tidak sampai lari makna maka masih lagi sah solat.
    Namun "Ma tasaryyara minal quran" namun baca setakat kemampuan kita (setelah berusaha mempelajari) ketahap yang kita mampu.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. betul tu...tp kita tak bersungguh2 memperbetulkan bacaan kita sebagaimana kita bersungguh-sungguh dalam perkara dunia....solat kita skarnag sama saje mcm 10 tahun yang lalu tanpa2 apa improvement...dan mungkinkah akan sama lagi utk baki2 hidup kita?

    Kalau kita bersungguh belajar utk betulkan bacaan utk improve solat,tp lidah mmg tidak mampu utk bacaan tajwid fatihah dengan betul...maka itu tak menjadi kesalahan...yg menjadi kesalahan ialah ada kemampuan utk belajar tp tak belajar....sama2 kite improve.
    (tp bile menyanyi lagu2 omputih fasih plak...malu la kite nih )

    Wallahualam....

    ReplyDelete
  3. betul! aku pon lama da tak belajar ngaji dgn ko..dlu ko rajin ajar aku..skrg tak lagi sbb aku da bajet2 pandai..oh!.. ilmu yg ko bg, insyaAllah aku amal, and sampaikan nnti pada orang lain dan bakal2 anak aku :D :D :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...