Thursday, October 23, 2008

Hidup perlu kepada berfikir

Penting berfikir ni…kadang2 kite rasa macam berfikir tapi fikiran kite tidak sepanjang mana….berfikir perlu untuk membuat pelbagai2 keputusan dalam kehidupan kite seharian yang melibatkan pelbagai risiko yang mahu atau tak mahu kite terima…Beribu2 keputusan dan pilihan yang kite perlu buat daripada pagi hinggalah sebelum mata kite rapat terpejam…dari awal pagi kita dah membuat keputusan samada terus untuk bangun ataupun sambung tidur sekejap lagi….pakai baju warna apa….kene buat ape dulu…lepas ni apa…dan lepas ni apa…semuanya melibatkan perancangan yang memerlukan kita berfikir secara betul dan waras…Namun…kadang2 fikiran kita memberikan keputusan yang memungkinkan kita merasa benar dibawah pengaruh2 tertentu seperti emosi, tekanan dan sebagainya…Percayalah..hampir 90% kebijaksanaan kita akan hilang apabila kita tidak berada dalam keadaan tenang ataupun alpha…Perasaan ataupun tahap pemikiran alpha sangat penting untuk mencari idea2 bernas…menyusun strategi kerja agar lebih efektif dan sebagainya.Sama seperti solat dimana permikiran kita berada dalam keadaan yang paling tenang…Sbb itulah kita mudah untuk mengingati perkara2 yang kita lupa di luar solat…betulkan?

Jam pun dah menunjukkan 4.30 pagi..saje ambik masa skit untuk tulis2 sebagai panduan untuk kongsi bersama sahabat2. Tenang…sangat penting…ia dapat membantu kite membuat keputusan yang bijak dan rasional ketika walaupun hakikatnya kita berada dalam keadaan yang tidak menentu….apbila membuat keputusan dibawah pengaruh emosi,maka kita telah membuatkan keputusan hampir 80% menjurus kepada keputusan yang tidak tepat.Tapi ini adalah sekadar fakta…sbegai contoh, dalam menghadapi peperiksaan,submission drawing atau ape2 yang memakan masa seperti kursus architecture ni….mmg memerlukan kita sentiasa dalam keadaan yang biasa dan tenang…kerja2 kita akan lebih terurus dengan baik…keputusan dapat dibuat dengan betul dan seluruh proses kerja tidak mendatangkan masalah yang kritkal…..so…dengan itu…biar hidup kita lebih bertenang, berfikir dan selalulaa mentafsir… :>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...