Sunday, October 2, 2011

PAS dan Jemaah Tabligh






Salam rakan2 seperjuangan....mudah je tajuk hari ni PAS dan jemaah Tabligh...PAS kate dia betul,tabligh kate dia betul, Tabligh kate ikut cara nabi, PAS pun kata ikut cara nabi, padahal dua-dua ikut cara nabi...…sape yg betul sebenarnya? Wahai saudara umat islam sekalian, mengapa kite nak berbalah kate itu salah ini betul…? jemaah ni yg terbaik,jemaah tu yg terbaik, jemaah ni tak elok, jemaah tu elok… itulah kelemahan kita khususnya umat islam,PAS & Tabligh adalah gerakan islam yg menyeru kepada perkara yg sama…kepada agama Allah, cumanya dalam cara yg berbeza.( satu naik motor, satu naik bas, tapi dua-dua nak pergi KL).. 


Sekarang ni, terdapat beberapa cara orientasi dakwah dalam usaha kita semua utk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kepada agama.Ada yg berorientasikan haraki (gerakan), ada yg berorientasikan siasi(politik), ada yg tablighi, dan ada yg berorientasikan sufi...terpulanglah mana pun asal tak lari dari akidah Islam,semuanya betul-betul blaka.


Melihat kepada masyarakat kini khususnya di Malaysia mempunyai pelbagai keresahan, dari masalah peribadi,keluarga,penceraian,hukum hakam  agama, masalah orang tua orang muda,budak sekolah, orang pejabat, orang kaya,orang miskin, keruntuhan akhlak - sosial, jenayah,juvana, ekonomi dan beribu-ribu kebejatan masalah harian memaksa kita untuk tidak hanya mempunyai dan bergantung dengan satu metodologi dakwah sahaja, tetapi lebih dari itu. (Ada orang belajar ilmu syariah di Al-Azhar, ada juga yg belajar di UIA dan UM, dan tak kurang yg menuntut di pondok-pondok tok guru,mengaji kitab kuning. Maqasidnya atau matlamat menuntut ilmunya adalah sama dan tak boleh pula mengatakan UIA adalah yg paling baik sbb kite belajar di UIA...~ apa kata orang UM dan Azhar?)


PAS dan tabligh tak terlepas dari kelemahan-kelemahan dan tidak jgk dinafikan mempunyai kelebihan masing2…PAS mengambil pendekatan politik dan dakwah 'ammah manakala jemaah tabligh tidak berorientasikan siasi dan melalui pendekatan dakwah fardhiah. Sebenenarnya, sbgian mukmin haruslah menjadi pelengkap kepada sbgian mukmin yg lain, bukannya kondem menkondem ,tak kira la dari PAS atau jemaah tabligh. Ada perkara yg PAS tak mampu buat, tp dibuat oleh jemaah tabligh...misalnya dakwah terus menerus, dari pintu ke pintu, dari bandar hingga ke ceruk pendalaman,dalam dan luar negara,dari hari ke tahun....ada yg jemaah tabligh tak mampu buat atau diluar bidang mereka, tp mampu dibuat oleh PAS misalnya memerintah negeri, gubal dan laksana islam di negeri yg ditadbir....kan elok tu...saling bantu n lengkap melengkapi... Dakwah bukan hanya dibuat oleh jemaah tabligh sahaja,dan bukan PAS sahaja...dan benar hidayah adalah hak mutlak Allah s.wt...Makanya Allah berhak memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yg buat usaha dakwah...samada PAS,tabligh,JIM,UMNO hatta MCA dan DAP sekalipun...takda siapa yg dpt halang...


Dakwah maknyanya luas...dakwah ada manhajnya, dan ada uslubnya, ada waqi’nya…tak perlula mana2 pihak samada PAS atau tabligh atau mana2 jemaah nak mendabik dada mengatakan jemaah dan usaha yg dilakukan adalah yg terbaik atau paling baik, itu hanyalah mengundang takabbur,ujub dan riak dan akan merosakkan amalan  yg dah dibina. Islam suruh buat dakwah….tp xde kate mesti atau wajib kene keluar 3 hari,40 hari dan sebagainya…ia adalah disiplin yg ulama ttpkan dalam gerak kerja dakwah…disiplin n istiqamah penting dalam dakwah.begitu jgk PAS jgk, ada tamrin, ada usrah,ada halaqah n sebagainya. Masing-masing ada cara n jalan yg sendiri yang mana telah digariskan oleh ulama dan bijakpandai agama....dan apa yg pastinya itu semua nabi suruh blake.. Ia hanya perkara khilaf dan bukannya akidah...pilihlah mana-mana yang kita rasa selesa untuk bekerja...(ada yg selesa bekerja dgn kerajaan ada pula yg suka kerja sendiri...ada juga yg kerja dengan kerajaan, tp buat bisnes sendiri2....nak yg mana? buleh belaka....)


Islam suruh buat dakwah, tp xde pulak kate mesti atau wajib dalam cara politik, dan tak de pulak larang berpolitik.Selagi mana ada jalan yg baik utk sampaikan dakwah, maka itu ia menjadi satu pilihan yg baik.. Islam tu luas wahai rakan2…uslub dan cara dakwahnya dinamik dan versatile, dakwah bil-hal (perbuatan),dakwah bil-lisan (dengan lidah) dan dakwah bit-tadwin (penulisan)...semuanya jalan dakwah yg terbaik....anda pandai menulis, anda tulis kitab dan sebagainya, anda pandai mengajar,anda mengajar, anda berani tegur mungkar terang2 , anda boleh berperanan sedemikian..anda boleh bagi ceramah n boleh tarik ribuan masyarakat awam utk dengar peringatan agama mcm ustaz azhar buat, anda buat la cara tu……anda pandai berfacebook, atau blog,atau website...maka itu jg satu jalan n cara yg baik, mcm iluvislam.com dan byk lagi, itu jg jln dakwah...tp, jgnlah kata usaha anda itu yg terbaik..mudah je kan..tak yah berbaloh2…Cukuplah kita semua, berlapang dada lah dalam perkara ini, semua islam semua muslim, dakwah ajak kebaikan, larang buat mungkar semuanya kerana Allah….kalau kita selesa dengan PAS, kita ikut n bekerjalah cara PAS...kita selesa dengan jemaah tabligh...kita teruskan usaha kita, jgn burukkan diri sendiri dengan mengata dan memandang kecil usaha jemaah lain. 


Contoh yg sangat mudah, di sekolah untuk menegur,menasihati atau menyampaikan ilmu, ada pengawas  yg membuat pilihan utk terus berjumpa dengan pelajar, cakap face to face. Ada pengawas yg melaporkan, atau memberi tahu kepada pentadbiran sekolah utk mebuat risalah,program dan sebagainya....kedua-dua cara ini berkesan belaka...dua-dua cara ade lebih ade kekurangan masing-masing...


Kalau kita ada keluarga, kita jaga nama baik keluarga kita dan dalam masa yg sama tak boleh memburukkan keluarga orang lain...senang je kan..Masing-masing ada peranan masing-masing,ada kelemahan dan kelebihan masing-masing yg mesti kita terima dengan hati yg terbuka....wallahua’lam sekadar pendapat dan cetusan dari seorang yg kurang ilmu .... :) 


(Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan situasi ,pengalaman yang dialami, pembacaan dan perbicangan bersama rakan-rakan, segala kelemahan mohon maaf dan harap diperbetulkan dan tiada apa-apa niat memburuk atau merendah-rendahkan mana-mana pihak. Sekadar cetusan dan harapan untuk melihat suasana jemaah-jemaah Islam yang baik terus subur dan mekar di Malaysia, Amin!)

8 comments:

  1. penulisan yg baik, jelas.. jazakallahu khair sheikh..

    ReplyDelete
  2. sekadar cetusan pendapat dari apa yg kita bincang2...byk kekurangannya, mintak Allah tambah ilmu n bagi kefahaman...

    ReplyDelete
  3. pandangan yang sama dalam ceramah Ustaz Nuruddin al banjari, di awal dan diakhir link ni..Semoga sama-sama kita korban utk agama Allah.

    http://www.youtube.com/watch?v=983OgpFw0LM&feature=related

    ReplyDelete
  4. bersetuju dengan pendapat penulis dan sebenarnya telah lama merindukan kedamaian.Ini adalah penyakit yang dihadapi kita sekarang, berpunca dari hati. Hati yang busuk, salah sangka maka tmimbullah perasaan marah yag membuak-buak. Saudara sesama islam dipersalahkan. Sedarlah bahawa kutukan dan cemuhan tidak dapat mengangkat martabat islam dan tidak membantu menyerdarkan ummah. Berdamailah demi agama

    ReplyDelete
  5. secara umumnya pandangan di atas boleh boleh diterima tetapi bila diperincikan maka akan nampak jurang perbezaan yang besar.perkara basic yang perlu semua orang islam kena jelas ialah agama tidak boleh dipisahkan dari politik.kalau di pisahkan maka akan ujud fahaman sekularisme.

    Inilah pokok perbezaan antara Pas dan Tabligh.saya setuju dengan pandangan penulis bahawa perbagai jemaah islam itu adalah pelengkap antara satu dengan yang lain tetapi kita kena pastikah perkara pokok itu sudah clear.

    Cuba kita perhatikan jemaah ABIM sebagai contoh yang punya mathod tersendiri dalam berdakwah tetapi dalam masa yang sama prinsip mereka terhadap sistem politik sangat jelas dengan ahlinya berpolitik dan mengundi dalam pilihanraya.

    sebaliknya dalam tabligh berlaku percanggahan dalam isu pokok ini.kita boleh perhatikan sebahagian orang tabligh menolak terus politik,sebahagian yang lain(lulusan agama)terlibat secara langsung dengan gerakerja politik seperti di kelantan dan yang paling malang ada sebahagian yang menjadi ponyokong dan mengundi UMNO dalam pilihanraya.

    perkara ini yang merupakan musibah dalam jemaah tabligh.mereka boleh sahaja berdakwah 3,7,40,4 bulan dll tetapi perkara pokok mesti clear.Kita tidak mahu masih ada lagi yang menganut fahaman politik suku,agama suku (sekular) dalam jemaah tabligh walaupun seorang.

    ReplyDelete
  6. assalam..
    saya tak rasa pas dan tabligh ada masalah..mana penulis tau yang mereka(pas dan tabligh) ada masalah??

    ReplyDelete
  7. jgn kita menuduh tanpa bukti dianggap fitnah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...