Monday, August 1, 2011

Puasa, bukan sekadar tidak makan & minum!

Puasa Aku Sia-Sia Tahun ini...korang camner?

....Aku puasa, tapi aku tak tutup rambut...tak pakai tudung..
....aku puasa, tp pakai lengan sekerat...baju ketat menampakkan bentuk tubuh.....
...aku puasa,tp masih berdating ngan awek/pakwe...
....aku puasa,tp solat 5 waktu tak cukup.....
....aku puasa, tp tak leh nak tinggal mengumpat....
....aku puasa tp, jalan2 still pegang tangan awek...
....aku puasa,tp masih simpan perasaan iri hati dan dengki kat member sorang ni.....

...Puasa aku tak sempurna tahun ni...tapi aku lah orang paling suka sekali bile time raya.... :D


Salam sahabat2, sedar tak sedar kita telahpun menunaikan terawikh pada malam 1 Ramadhan, dan pelbagai ucapan dapat kita lihat di wall2 facebook. Alhamdulillah,masing2 mempunyai semangat yang kuat untuk mengharungi bulan tarbiyah ini. Mudahan, ibadah puasa yg kita lakukan tahun ini lebih baik kualitinya dari tahun2 seblumnya. Entry kali ini, adalah untuk kita sama2 hayati pengertian puasa.



Puasa adalah ibadah yg difardukan sama seperti ibadah2 lain, dimana memperlihatkan sejauh mana ketaatan kita menunaikan ibadah ini dengan sebaiknya. Seringkali kita dengar, syaitan dirantai pd bulan ini..dan Ramadhan adalah bulan untuk tarbiyah diri.Tarbiyah mcmana? Inilah masanya utk kita berubah...Bukan hanya dalam hal makan dan minum, tetapi segala lagi mcm perkara2 yg dituntut  oleh Allah s.w.t

Pertama, pastikan diri kita tidak tergolong dalam golongan sepertimana yg disebut sepotong hadith berbunyi,
" Berapa banyak orang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga".

Puasa yg sia-sia,macamana tu...dia berpuasa,tp dalam pada masa yg sama, melakukan perkara yg dilarang oleh Allah s.w.t. Perkara yg paling ramai yg lakukan ialah mendedahkan aurat,mengumpat,tak bercakap benar,tidur byk. Jadi sahabat2 seagama yg masih lagi tidak menutup aurat dengan sempurna, inilah masanya untuk kita semua mendisplin dan mentarbiyah diri untuk menutup aurat dengan baik....ini bukanlah masanya utk bersifat hipokrit,tak ada apa2 kerugian pun utk menutup aurat,bahkan akan mendapat ganjaran dan dipandang lebih manis utk dipandang...

Syaitan dah tak ada...kalau masih lagi gagal untuk berubah (utk menutup aurat), bukan salah syaitan la tu....diri sendiri yg dikawal oleh nafsu....


Jadi, mari kita sama2 mengimarahkan bulan ini dengan amalan2 yang baik...Ikut upin & ipin....puasa penuh :) Untuk akhiri entri ni, mari kita tgk sepotong hadith baginda berkenaan hebatnya Ramadhan...

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَىسَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ. قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِلاَّ الصَّوْمَ، فَإِنَّهُ لِيْ وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي
Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah ta'ala berkata: 'Kecuali puasa, maka Aku yang akan membalas orang yang menjalankannya kerana dia telah meninggalkan keinginan-keinginan hawa nafsunya dan makannya kerana Aku' (Hadith riwayat Imam Muslim)


Amin....Wassalam :) Semoga dapat amalkan dan sampaikan....
p/s : Owh..satu lagi...jgn lupa tanam azam untuk khatamkan Quran bulan ni....bukan bnyak pun...1 juzuk 1 hari je.... ;)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...