Sunday, July 26, 2009

Renungan 5 minit untuk mereka yang mahu ingat !

Semalam, kita dikejutkan oleh berita pemergiaan seorang pengarah filem yang tak asing lagi, Yasmin Ahmad. Kelmarin, kita mendengar beliau diserang strok/angin ahmar dan hari ini beliau sudah tiada lagi.

Kematian itu mengingatkan kita semua, yang ajal itu datang tidak mengenal masa dan tempat. Walaupun kita sedang sibuk bekerja, sibuk dengan projek itu dan ini, kematiaan tidak akan menunggu kita kurang atau lebih walaupun satu saat.

Berpisahnya roh dari badan,memisahkan kita juga dari segala benda kemewahan dunia. Harta, kereta mewah, rumah dan sebagainya. Sesungguhnya apabila matinya anak adam itu maka terputuslah segalanya amalanya melainkan tiga perkara iaitu sedeqah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh. Adakah kita anak yang soleh yang mampu menhadiahkan doa-doa kepada ibu bapa kita?

Kita selalu merenung masa depan kita 10 tahun, 20 tahun akan datang...tetapi tidak untuk masa yang tiada akhirnya..Ayuh kita renung masa depan kita di akhirat nanti...

Kematian itu memperingatkan kita semua akan amalan dan persediaan ke sana, apakah sudah sudah mencukupi atau belum. Apakah kita perlu menunggu usia 60 tahun untuk bersolat,puasa,pergi haji dan melakukan amalan-amalan soleh?
Oleh itu, hari ini mari kita sama-sama memperingati diri kita dan sahabat kita masing-masing dengan menghayati sabda baginda Nabi S.A.W dalam hadith berikut:

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Amin...Ya Allah jadikan aku tergolong dalam golongan yang sentiasa dalam payungan rahmatmu, dan matikanlah aku dalam golongan hamba-hambaMu yang beriman...amin ya Rabbal a'lamin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...