Monday, March 28, 2011

Alangkah sombongnya manusia kepada penciptanya!

Lama dah tak jenguk blog ni..sepi pulak..gitu la kehidupan ni, sekejap panas,kejap sejuk...pastu panas pulak...iyelah, istiqamah ni adalah satu benda yang agak payah..kalau cakap senang,tp sebenarnye payah kalau xde kekuatan yang betul-betul...amin..

Alhamdulillah, untuk peringatan diri dan sahabat-sahabat semua...Allah s.w.t berfirman dalam Al-quran,


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"

Ayat yang biasa kite dengar..Disingkapkan kehidupan kita pada hari ni, amatlah jauh dari beribadah kepada Allah...hari-hari kita lebih disibukkan dengan urusan kerja, assignment itu ini teori itu ini, design itu ini...dan pelbagai lagi...masyaallah...
Tuan2 Puan2..adik2 kakak2.., Allah s.w.t telah memberikan segala macam nikmat kepada manusia,bangun2 pagi lihat dunia dengan mata, dapat bernafas, dapat makan minum, dapat berjalan, melompat dan berlari...dapat berkawan dan mcm2 lagi.. jika diambil air laut sebagai dakwat, maka sehingga kering air laut pun takkan dapat menulis dan menghitung nikmat yang Allah kurniakan...tapi, hanya sedikit sahaja yang bersyukur...hanya sedikit sahaja yang menurut perintah.Alangkah sombongnya manusia terhadap penciptanya...

Semua orang tahu kehidupan dunia ni sementara...Tapi yang sementara itu lah yang orang kejar kan? Kita kejar betul2 dan bersungguh-sungguh untuk kehidupan dunia..
Tapi kenapa kita tak bersungguh-sungguh untuk kehidupan yang kekal? ke kite tak tahu akhirat tu kekal? Mari kita renung sama2...

Aku nak jadi akitek, aku nak jadi engineer, aku nak jadi doktor dan mcm2 lagi....kerja dan study siang malam...supaya senang hidup kemudian hari...duit ade senang nak beli itu ini...tak kata salah bekerja tu...kerja n studi pun ibadah jugak....

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.” Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya. (wanwma.com,2010)
Kalau kite ambik purata umur manusia 65 tahun.... - dengan purata umur baligh +/-15 tahun, maka kehidupan hanya ada sekitar 50 tahun sahaja....
  • Untuk satu hari , setiap manusia secara puratanya memperuntukkan 8  jam untuk tidur...ini bermakna kita akan gunakan lebih kurang 16 tahun daripada umur kita untuk tidur sahaja...
  • Kita menggunakan 8-10 jam untuk bekerja sehari, bermakna kita gunakan hampir 16 tahun sahaja untuk bekerja
  • 1 hari kita gunakan hampir 4 jam untuk beraktiviti,futsal,bola, hisap rokok, bercakap,sembang,termenung, hiburan muzik, buang masa dan sebagainnya..sudah hampir 8 tahun berlalu
  • Kita menggunakan 3 jam untuk diri kita...keluar masuk tandas,makan minum, hampir 6 tahun lebih...
campur tolak campur tolak, ada 2 tahun saje rupenye yang kite pakai untuk agama, iaitu solat....
sedihkan kehidupan kite nih.... ;(


" Ini baru kire solat, tak masuk ngaji,qiyammullail lagi"
Itupun kalau yang solat 10 minit, kalau yang mcm ayam patuk tanah...? kalau solat pun, apakah kita gerenti solat orang yang amalan mcm kite nih diterima?, mohon dengan rahmat Allah, amalan kite diterima....

Itu yang solat? kalau yang tak SOLAT? ~ fikir2lah...masih ada masa untuk bertaubat dan Allah Maha Pengampun.... :)

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…(wanwma.com)


....peringatan bersama, kehidupan yang kekal hanyalah kehidupan selepas mati.....
Ingat, hidup tak panjang... 

Pilihan terletak pada diri kita sendiri.....!

amin...wallahua'lam..apa yang baik dari Allah..apa yang kurang datang dari kelemahan diri sendiri...
Mudahan apa yang kite dengar ,baca....kite amal dan sampaikan untuk kebaikan diri dan sahabat2..

Thursday, October 21, 2010

Selamatkah kita di persinggahan pertama?

Salam rakan2,
      Hari-hari kite bicara berkaitan perihal dunia, bahkan hampir 24 jam daripada masa kita peruntukkan membincangkannya, berfikir tentang perkara dan kebesaran2 dunia, kereta,rumah,shopping,kerja,sekolah, bermain dan pelbagai lagi perkara yang tidak tahu dimanakah sudahnya.....sudahnya bila Izrael a.s datang menjemput...begitu sedikit masa kita sediakan utk agama, mungkin tidak sempat atau mungkin tidak langsung?...Ini kerana kehidupan beragama semakin lama semakin terhakis dengan kebesaran dan kehebatan dunia...walhal kehidupan dunia sementara...

     Berbicara berkenaan surah al-mulk, ambe teringat kisah seorang ustaz ambe di SMKATJ dulu, Allayarham Ustaz Wan Nordin namanya...(Al-fatihah buat beliau,mudahan rohnya aman bersama orang2 yg beriman)....setelah kembalinya ustaz Wan..dalam satu sesi tazkirah di surau selepas solat zohor, ustaz Yusof menceritakan bagaimana beliau menerima panggilan  daripada ustaz wan, suaranya sama, menceritakan tentang hutang-hutangnya yang belum disempurnakan dan minta tolong disempurnakan... sedangkan ustaz wan nordin dah di alam lain...Wallahua'lam, Allah maha berkuasa...Ustaz Yusof mengakhiri  tazkirahnya dengan menceritakan fadhilat satu surah, surah yang ke-67 yang mengandungi 30 ayat, Al-Mulk.

" Mati adalah benar, Alam Kubur adalah benar, Mungkar & Nakir adalah benar...."



      Mengamalkan surah al-Mulk memang banyak fadhilatnya dan diceritakan dalam banyak riwayat. Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: 

“Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang
 menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
Suka atau tidak..kita pasti laluinya juga satu hari nanti...
     Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalu ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-mata. Seseorang bertanya kepada Umar sebab apa menangis  sebegitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

     Lalu Umar menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

....Jika kita nak amalkan satu sunnah baginda sebelum tidur, maka bacaan surah al-mulk la jawapannya..

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk (HR At Tarmizi)


Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi amalan dan peringatan buat diri sendiri, ahli keluarga, rakan sahabat, dan semua umat islam. Mudahan apa yang dibaca dapat diamalkan dan disampaikan ke seluruh alam~amin...

Coretan buat diri yang selalu leka,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...