Saturday, June 18, 2011

Wahai adik dan sepupuku, dengar aku nak cakap sikit pasal batas aurat dengan sepupu-sepapat..

Salam rakan dan sahabat..lama cuti dari menulis, biasa la,kadang panas kadang sejuk..bile panas n semangat tulislah...itu lah, perkara yang paling payah dalam beramal ialah istiqamah...

Bila bercakap pasal aurat, banyak dikalangan kita yang masih tak ambik indah, ambik remeh. Jangan tengok orang kat luar sana, tengok lah dalam keluarga kita sendiri..tengoklah Facebook saudara sepupu kita...macam2 jenis gambar yang kononnya nak menunjukkan kecantikan,cute la, padahal taksedar membuka aib diri sendiri..auratya tidak ditutup dengan sempurna menjadi tatapan lelaki ajnabi (asing) yang pastinya mengundang dosa. Tapi mereka tak kisah kan? Sebabnya Mereka tak tahu atau Mereka tahu tapi buat tak tahu...entah apa yang nak dibanggakan pun tak tau...

Aurat sepupu sepapat yang kita semua ambil ringan...

Wahai adik-adik dan sepupu-sepupuku,

Banyak terjadi dalam keluarga kita, termasuk keluarga penulis, apabila melibatkan keluarga besar, batas-batas aurat ini tidak dijaga dengan sempurna atau langsung tidak diambil peduli. Ianya telah menjadi kebiasaan. Ada juga yang buat tak faham bila kata, " tak leh salam, nanti batal air sembahyang"...padahal ia adalah bentuk kiasan yang nak kata bahawa tak leh bersentuhan...Solat dan solat, puasa dah puasa,zakat dah zakat, tapi amalan kehidupan kita rompong dengan tidak menjaga batasan ini. Maka kita tidak mengambil Islam secara keseluruhannya...sparuh2, atau dengan kata mudah secara part-time...

Bagaimana kita nak jaga aurat kita bila ada sepupu-sepapat ni. kita kena tahu la dengan siapa kita mahram dan dengan siapa tidak...Bila ada keluarga sudah pasti kita ada sepupu di sebelah mak dan di sebelah ayah. Lelaki dan perempuan. Khas bagi  yang perempuan , sepupu lelaki adalah off-limits. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:

1. Tutup aurat sebaik-baiknya, haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.

Untuk sepupu yang merangkap suami, wajib anda utk menasihatkan isteri anda supaya menutup aurat. Anda tak buat anda berdosa...tak kira la anda doktor ke, anak dato' ke, tan sri ke, gaji besor ke, anak paling tua ke...xkisah la sape2 pun...


Aurat dengn bapa/mak saudara sabit...

"Kite tak leh bersalaman dengan Suami/Isteri kepada bapa/mak saudara kita...."

Iaitu suami/isteri kepada mak/bapa saudara kita sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut kita dia tak boleh lihat. Tubuh badan kita juga sejak kita akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.

Kesimpulannya...

1. Untuk si ayah, nasihatkan isteri dan anak-anak supaya panduan agama ini menjadi syarat asas dalam memperolehi keberkataan dalam keluarga.

2. Untuk si isteri, ingatkan suami kalau suami dan anak-anak kalau-kalau mereka terlupa akan perkara ini...

3. Untuk abang dan kakak, ingatkan adik-adik anda yang perempuan sepaya menjaga aurat mereka, bukan hanya bila keluar nak ke bandar, tp juga bila pergi ke rumah datuk dan nenek...kerana kat sini adanya sepupu-sepupu dan bapa/mak saudara sabit...

Sampaikanlah dan selamat beramal... :)

Monday, March 28, 2011

Alangkah sombongnya manusia kepada penciptanya!

Lama dah tak jenguk blog ni..sepi pulak..gitu la kehidupan ni, sekejap panas,kejap sejuk...pastu panas pulak...iyelah, istiqamah ni adalah satu benda yang agak payah..kalau cakap senang,tp sebenarnye payah kalau xde kekuatan yang betul-betul...amin..

Alhamdulillah, untuk peringatan diri dan sahabat-sahabat semua...Allah s.w.t berfirman dalam Al-quran,


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"

Ayat yang biasa kite dengar..Disingkapkan kehidupan kita pada hari ni, amatlah jauh dari beribadah kepada Allah...hari-hari kita lebih disibukkan dengan urusan kerja, assignment itu ini teori itu ini, design itu ini...dan pelbagai lagi...masyaallah...
Tuan2 Puan2..adik2 kakak2.., Allah s.w.t telah memberikan segala macam nikmat kepada manusia,bangun2 pagi lihat dunia dengan mata, dapat bernafas, dapat makan minum, dapat berjalan, melompat dan berlari...dapat berkawan dan mcm2 lagi.. jika diambil air laut sebagai dakwat, maka sehingga kering air laut pun takkan dapat menulis dan menghitung nikmat yang Allah kurniakan...tapi, hanya sedikit sahaja yang bersyukur...hanya sedikit sahaja yang menurut perintah.Alangkah sombongnya manusia terhadap penciptanya...

Semua orang tahu kehidupan dunia ni sementara...Tapi yang sementara itu lah yang orang kejar kan? Kita kejar betul2 dan bersungguh-sungguh untuk kehidupan dunia..
Tapi kenapa kita tak bersungguh-sungguh untuk kehidupan yang kekal? ke kite tak tahu akhirat tu kekal? Mari kita renung sama2...

Aku nak jadi akitek, aku nak jadi engineer, aku nak jadi doktor dan mcm2 lagi....kerja dan study siang malam...supaya senang hidup kemudian hari...duit ade senang nak beli itu ini...tak kata salah bekerja tu...kerja n studi pun ibadah jugak....

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.” Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya. (wanwma.com,2010)
Kalau kite ambik purata umur manusia 65 tahun.... - dengan purata umur baligh +/-15 tahun, maka kehidupan hanya ada sekitar 50 tahun sahaja....
  • Untuk satu hari , setiap manusia secara puratanya memperuntukkan 8  jam untuk tidur...ini bermakna kita akan gunakan lebih kurang 16 tahun daripada umur kita untuk tidur sahaja...
  • Kita menggunakan 8-10 jam untuk bekerja sehari, bermakna kita gunakan hampir 16 tahun sahaja untuk bekerja
  • 1 hari kita gunakan hampir 4 jam untuk beraktiviti,futsal,bola, hisap rokok, bercakap,sembang,termenung, hiburan muzik, buang masa dan sebagainnya..sudah hampir 8 tahun berlalu
  • Kita menggunakan 3 jam untuk diri kita...keluar masuk tandas,makan minum, hampir 6 tahun lebih...
campur tolak campur tolak, ada 2 tahun saje rupenye yang kite pakai untuk agama, iaitu solat....
sedihkan kehidupan kite nih.... ;(


" Ini baru kire solat, tak masuk ngaji,qiyammullail lagi"
Itupun kalau yang solat 10 minit, kalau yang mcm ayam patuk tanah...? kalau solat pun, apakah kita gerenti solat orang yang amalan mcm kite nih diterima?, mohon dengan rahmat Allah, amalan kite diterima....

Itu yang solat? kalau yang tak SOLAT? ~ fikir2lah...masih ada masa untuk bertaubat dan Allah Maha Pengampun.... :)

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…(wanwma.com)


....peringatan bersama, kehidupan yang kekal hanyalah kehidupan selepas mati.....
Ingat, hidup tak panjang... 

Pilihan terletak pada diri kita sendiri.....!

amin...wallahua'lam..apa yang baik dari Allah..apa yang kurang datang dari kelemahan diri sendiri...
Mudahan apa yang kite dengar ,baca....kite amal dan sampaikan untuk kebaikan diri dan sahabat2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...