Pernah tak terfikir, kenapa kita sekarang ni sibuk sangat dengan makanan organik? Kalau pergi pasaraya, mesti kita akan nampak sayur, ayam, dan daging yang ada label organik. Sebenarnya, semua ini bermula kerana ada sebahagian dari kita nak makan benda yang lebih sihat dan selamat. Sebab apa label ni ada dan wujud? Sebab sekeliling kita ni, makanan tidak lagi selamat.Dulu-dulu, semua makanan memang organik, tapi sekarang banyak makanan yang tak organik, penuh dengan bahan kimia dan racun perosak.
Makanan Organik vs. Tidak Organik: Produk organik ditanam dan dipelihara tanpa bahan kimia, dan ramai orang pilih makanan organik sebab mereka tahu ia lebih baik untuk kesihatan mereka. Produk yang tak organik, sebaliknya, mungkin bahaya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang, boleh bawa kepada penyakit seperti kanser. Jadi, kalau kita boleh pilih yang lebih baik dan selamat, kenapa nak ambil risiko, kan? Tapi sebilangan kita ada sifat malas. Malas nak cari yang organik sebab susah nak cari, tak tahu nak cari kat mana dan harga pun boleh tahan mahal dari yang biasa. Tapi bagi mereka yang pentingkan kesihatan,tidak ada kompromi. Makanan yang masuk kedalam badan mesti yang terbaik dan selamat, nak atau tidak, usaha yang lebih perlu dibuat untuk dapatkannya.
Kandungan AI vs. Kandungan Asli: Sekarang ni, dunia digital pula dikuasai oleh kecerdasan buatan (AI). Banyak kandungan digital seperti artikel dan grafik dibuat oleh AI. Memang cepat dan mudah, tapi masalahnya, kandungan yang dibuat oleh AI ni kurang asli dan tak ada 'jiwa'. Sebab tu, bila kita jumpa kandungan yang dibuat secara manual oleh manusia, kita rasa lebih berharga dan bermakna. Kandungan yang dihasilkan oleh manusia ada sentuhan peribadi, kreativiti, dan keaslian yang AI tak boleh tiru.
Keaslian dalam Beragama: Begitu juga dengan agama, kita bawa analogi yang ini kepada kehidupan beragama pula. Sama sahaja. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah murni dan begitu sempurna. Tapi, sepanjang berabad-abad sehingga agama ini sampai kepada kita hari ini, ada banyak pengaruh luar dan inovasi yang mencampur-adukkan amalan asal. Sehingga amalan yang bukan agama telah dianggap sebahagian dari agama. Pada hematnya, kita perlulah buat lebih untuk dapat ganjaran lebih, walaupun perkara itu nabi tak buat asalkan ianya berniat baik.Bukankah agama kita asalnya sudah sempurna lengkap. Namun, ramai orang lebih mudah ikut trend dan 'amalan' yang popular, tanpa fikir panjang tentang keasliannya. Mereka tak kisah nak buat bid'ah(perkara yang nabi tidak amal), yang penting ikut apa yang orang ramai buat, itu sudah cukup menjadi hujah yang menunjukkan amalan itu betul dan benar. Bid'ah itu samalah macam makanan tak organik, ia bahaya. Tapi kebanyakkan kita tak kenalkan, sebab ia masih dianggap 'makanan' walaupun pada hakikatnya bukan. Jajan bukannya makanan, melainkan sampah yang dianggap makanan.
Tapi disebalik itu mesti ada golongan yang betul-betul serius tentang keaslian dalam beragama. Macam golongan yang nak makan organik tadilah. Pentingkan kualiti.Mereka berusaha untuk mempraktikkan Islam seperti versi yang asal, tanpa campur tangan inovasi dan pengaruh luar. Islam yang hadir pada 3 generasi awal. Walaupun mereka mungkin dianggap pelik atau 'rare', bahkan dilabel dengan pelbagai labelan yang tidak enak didengar, mereka tetap teguh dengan pendirian mereka sebab mereka tahu apa yang mereka buat adalah yang terbaik dan paling selamat untuk agama mereka. Hujah mereka tidak lain dan tidak bukan adalah dari 2 sumber utama yang ditinggalkan Nabi, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Nabi beritahu, sesiapa yang melihat perselisihan yang banyak di akhir zaman, kemudian dia teguh berpegang kepada dua perkara ini, pasti mereka tidak sesat. Bila tidak sesat, pastilah mereka akan selamat.
Kesimpulan: Sama macam kita pilih makanan organik sebab nak jaga kesihatan, dan kandungan asli sebab nak kualiti, kita juga patut pilih dan pastikan amalan agama yang kita nak buat tu betul-betul yang asli dan murni. Mempraktikkan agama dalam bentuk yang asal adalah penting untuk memastikan kita berada di jalan yang betul dan menjaga kesucian agama kita. Kerana apa? Kerana ada ancaman yang besar dari Nabi bagi mereka yang mengamalkan amalan yang Nabi tidak ajarkan.Jadi agama ni takleh buat pandai-pandai, Nabi adalah contoh kita, nak selamat,ikut sahaja. Jadi, jom kita sama-sama berusaha untuk lebih sedar dan pilih keaslian dalam setiap aspek kehidupan kita, termasuk dalam beragama. Anda punyai pandangan yang berbeza? Kongsikan di ruangan komen!