Thursday, October 15, 2009

Komunikasi yang baik

Pada suatu hari, si anak pulang lewat sedikit daripada biasa,banyak kerja kata. Sesampai dirumah, si ayah sedang menunggu sambilk menonton televisyen. Si anak masuk dengan tenang kerana banyak perkara yang telah diselesaikan hari ini. Tiba-tiba si ayah meninggikan suaranya dengan nada yang semacam marah, “ Kenapa balik lewat? Dah pukul berapa ni..kalau banyak kerja pun beritahu la…ini tak” Si anak tidak melawan...kalau menjawab, lain pulak jadinya.Teguran sebegitu terus mematikan mood si anak dan dia berehat pun dalam keadaan tidak tenang…hendak makan pun tiada selera…

Sebenarnya,terlalu banyak cara yang lebih baik utk si ayah menegur si anaknya yang pulang lewat itu….misalnya, “ Lewat hari ni Man, mesti banyak kerja ni…dah,pergila mandi2 dulu,nanti turun makan..”
Ataupun mungkin, “ Anak ayah balik dah….mesti penat, pergila rehat2 dulu…” atau bermacam2 cara lagi yang boleh mengharmonikan suasana malam yang tenang. Cuba bayangkan jika anda berada di situasi pertama…

Jadi,komunikasi yang baik itu sangat penting, walaupun mungkin kita dalam keadaan marah,hilang sabar…tetapi dengan cara yang baik,kita masih boleh wujudkan suasana yang aman,tenang dan tenteram serta menyenangkan orang lain. Situasi kedua amat menyeronokkan si anak dan membuatkan dia ingin terus bersama si ayah…Kerana itulah pepatah ada menyebut, sebab pulut santan binasa ,kerana mulut badan binasa….jadi,sama-samalah kita wujudkan komunikasi yang baik untuk diri kita dan semua yang mengenali diri kita ataupun tidak….sama2 kita renungkan….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...